Monday, October 10, 2011

Cuti sakit, bersentubuh dan kucing dalam balang.

Pergi jahanam la! hari ni gua MC. Tak larat. Pinggang rasa macam nak tanggal. Setelah hampir berbulan-bulan solid bersentubuh dengan kren, akhirnya hari ini gua tewas juga dengan pinggang sendiri.

Tak susah, cakap sahaja sakit pinggang. Doktor paham. Sakit pinggang dengan operator kren macam gua ni memang sinonim. Lagi pun gua jenis manusia yang jarang MC. Tahun ni kalau termasuk hari ini gua baru pakai enam hari MC. Padahal kompeni kasi setahun dua puluh dua hari MC. Kira tahap cemerlang juga gua ni.

Walaupun gua MC, tapi gua tak rasa rajin pula nak update blog panjang-panjang hari ni. Pinggang sakit. Menulis dan berfikir pun sebenarnya banyak bergantung pada kesihatan pinggang juga. Kalau pinggang sakit macam mana nak berfikir dengan waras?

Hari ni gua nak share gambar sedap jer. Sempat snap masa tengah mengemas tadi. Okey, tengok la sana puas-puas. Kalau tak ada pergi la cari. Jangan cemburu dengan apa yang gua ada. Sekian terima kasih.

 Pagi-pagi dia dah buat perangai! Nasib tak pecah balang kaca tu.

Ada pulak kawan yang datang nak tumpang menyibuk! 

 Dah lama kena. Sejak sama-sama masih kecik lagi.

Siapa kata kucing dan tikus tak boleh berkawan baik?

10 comments:

  1. eh eh dia tak ngap pun tikus tu...huhu :)

    ReplyDelete
  2. dia kawan baik la,bukan macam awak, semua benda nak ngap!

    ReplyDelete
  3. Geli teng0k ek0r.kurus runcing panjang. ad0i. 0k dah xnak teng0k. *tut0p bel0g ni cecepat*

    ReplyDelete
  4. cemerlang! asal dia mcm kena paksa masuk balang je.

    ReplyDelete
  5. eh..takut je kalau tikus tu kna hempap ngn kucin tu dlm balang....

    ReplyDelete
  6. Bai, bersetubuhlah bukan bersentubuh...

    ReplyDelete
  7. org belum kawin memang salah eja setubuh..
    tengok dah kawin nnt..
    heheheh...

    ReplyDelete
  8. din, gua geram la tgk kucing lu. gua turun jb nnt gua nk picit idung dia.. bleh?

    ReplyDelete
  9. gambar kucing yg sentiasa mengiurkan

    ReplyDelete