Tuesday, October 18, 2011

Kepincangan Aaron Aziz dalam arena permotoran.


Siang tadi, gua dan beberapa orang rakan telah bertandang ke track Pasir Gudang untuk menyaksikan M7 punya track day. Errr sebenarnya tak berapa nak track day sangat pun. Lebih pada promosi untuk M7 dan pelancaran air isotonik jenama Drive. Kira jenama di bawah M7 juga la. Benda ni memang tak planning sangat pun. Amik masa seminggu jer nak buat persediaan dan keputusan. Gua apply cuti, ngam-ngam lulus, kemudian kebetulan Farid Awaluddin pun dah self employ, Along pun macam gua juga, apply cuti, Pet pulak tengah bercuti panjang dari belayar dan Mike Izwan sama macam Farid Awaluddin, self employ.

Tepat jam sepuluh gua dah sampai track. Seingat gua, adalah lebih kurang tiga-empat tahun juga gua tak jejakkan kaki ke track ni. Lama sangat dah. Tapi tak banyak yang berubah.

M7 ni kalau yang tak tahu, dulu dia terkenal dengan nama Greedy. Pengeluar barang-barang berprestasi tinggi untuk kereta. Kira macam komponen kenderaan untuk perlumbaan la. Cawangan asal di Jepun. Tapi sekarang Mutiara Motor kira macam dah beli Greedy, dan menukar namanya kepada M7. Hebat tak hebat juga la Mutiara Motor ni kalau nak dibandingkan dengan Naza.

Gua berkobar-kobar juga nak datang event ni disebabkan teruja nak jumpa dengan Taniguchi dan juga Amemiya. Dua orang ni merupakan nama besar dalam sukan pemotoran di Jepun. Baik kategori lumba haram mahupun perlumbaan yang legal. Apa nak heran, kalau di Jepun, pelumba atau tuner yang dah tahap selebriti, mereka masih lagi aktif lagi dalam scene lumba haram. 

Memanglah nama mereka tidak segah nama Tomi Mekinen, Mark Webber, Arton Senna dan yang sebaris dengannya. Tapi bagi pemilik kereta Jepun dan sebagai seorang yang boleh dikatakan aktif dalam scene ubahsuai kereta lama, dan sedikit sebanyak aktiviti yang melanggar undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan nama mereka tetap sebaris dengan kebanyakkan selebriti sukan pemotoran bertahap dunia. Amemiya tu kalau nak tahu merupakan seorang pakar tuner bagi enjen Rotary dan Taniguchi pula seorang drifter, driver bagi kebanyakkan acara perlumbaan di Jepun.

Aduuhhh, gua memang tak pandai sebenarnya nak cerita hal-hal pemotoran dalam blog. Kalau nak baca blog pemotoran lu boleh baca blog Farid Awaluddin. Kalau gua yang cerita alamat banyak nanti fakta yang menyimpang. Disebabkan gua malas nak bercerita panjang, lu orang tengok jer lah gambar yang gua upload ni. Memang la! gua lagi banyak shoot gambar kereta penggunjung dari kereta yang berlumba. Keh keh keh. Suka, tak suka itu lu orang punya pasal!

* Maaf kualiti gambar tak berapa sedap pasal shoot pakai Sony Eriksoon K800i sahaja.

Enjen Subaru Impreza. 

 Evo 10. Gua tak berapa teruja sangat. Jadah apa berlumba pakai gearbox auto? tak ada spirit perlumbaan langsung!

Subaru Impreza version berapa pun gua tak tahu. Lu tanya Farid Awaluddin la. 

Siap-siap. 

Jadah apa kereta lumba kalau roll cage pun tak ada? 

Helmet ni gua bajet harga dia lebih kurang dalam RM5000 atau lebih. 

Kereta kecik berskala 1:32. Harga sebiji RM180. Jangan terperanjat. Ini normal. 

Mike Izwan berposing sama Taniguchi. Mike Izwan tu salah seorang drifter dikalangan kawan-kawan yang main kereta lama. Juga seorang mekanik dan pemilik bengkel.

Yang gemuk tu Farid Awaluddin. Gua tak tahu Taniguchi tu tengah buat apa benda. 

Bagi orang macam gua, individu macam Taniguchi ni lebih penting dan hebat dari Siti Nurhaliza atau Aaron Aziz atau Neelofa. 

Jangan marah, Amemiya tengah autograf atas kotak kereta kecik gua. 

Bayangkanlah, seorang bertaraf mekanik yang namanya ada tertulis dalam scene kotak-kotak kereta kecik. 

Gua hairan juga, apa pasal sampai dua tempat pam tayar dia? rim harga mahal-mahal memang macam ni ke apa? 

Mentang-mentang Amemiya datang, dia orang ni pun amik kesempatan buat gathering RX7 kat sini. Palat betul! 

Bagus juga event-event macam ni tak sesak. 

Along posing dengan GTR. Gua rasa ini suami Juliana Banos yang bawak. Sebab dia pun ada kat event ni. 

20 inci dengan tayar Potenza. Memang seksi! 

Jadah apa Skyline R34 pakai rim ala-ala VIP macam ni? siap pakai spacer setebal tidak. Tak reti nak cari rim yang offset sedap ke apa? itu tangan Along. 

Evo tu memang la Evo, tapi gua lebih tertarik pada Enkei RPF1 tu. 

Kombinasi yang ngam. Semi slick dengan RPF1 = Seksi! 

Subaru memang antara kereta mahal. Rim dia memang sampai gua dan rakan-rakan menoleh. 

Bila datang dekat, kah kah kah. Jadah apa beli Impreza mahal-mahal boleh, tapi rim pakai cap ayam. Walaupun cap ayam tapi rim ni seksi dan sedap pada gua. 

Enjen kereta Wak Kemin. Kalau tak tahu ini enjen apa, cuba lu Google. 

Mata gua memang tajam kalau bab-bab kereta lama ni. Jauh disatu sudut ada tersembunyi kereta ni. Tak tahu siapa pemiliknya. 

Opel Rekod dengan body work yang cukup tegak dan kemas. Interior dalam semua masih asli. Mana nak cari? 

Dah la complete bodykit Varis, carbon fiber pulak tu. Celaka betul la pesen orang banyak duit ni. 

Dah la rim Weds Sport tu harga dia tahap-tahap meninggal, dia tambah lagi dengan 6 pot lengkap Endless. Kerja apa agaknya pemilik kereta ni.

Seksi la sial brake Endless tu! 

Pet posing dengan Evo. Gaya orang dah bertunang dan tahap-tahap 2nd engineer memang macam gini. 

Volk Racing. Tapi gua tak ingat dari model apa. Ni TE37 ke apa?

Caliper dengan disc tu yang buat rim ni jadi lagi seksi. Aduhhh... rasa macam nak onani pun ada tengok seni kejuruteraan dia.


Okey yang ni agak lari topik sikit. Tapi cerita dalam sehari juga. Balik dari track Pasir Gudang, sampai rumah gua tengok ada satu kotak besar kat dapur rumah. Bila gua jenguk, dalam ada dua ekor kucing comel. Satu bulu biasa-biasa, satu lagi bulu pesen kucing mahal. Tak tahu mana datang. Tapi mak gua kata anak kucing ni datang sendiri rumah gua. Mungkin sesat, mungkin juga orang buang. Benda-benda comel macam ni memang tak boleh dibiarkan begitu sahaja. Secara tak langsung dua ekor anak kucing ni dah jadi keluarga gua. Apa pun semoga mereka berdua panjang umur bersama keluarga gua. Amin...


Bukan main aktif lagi kucing-kucing dalam balang ni.

Harap kucing ni panjang umur bersama keluarga gua. 

Dari kecik kena ajar dia berkawan dengan tikus. Esok dah besar dah senang.





6 comments: