Tuesday, August 2, 2011

SOLID : Perihal kerjaya gua dalam sehari ini.



Hai nama saya Sri. Tapi nama penuh gua tak tahu. Berketurunan India. Tak ramai India bawa RTG kat port ni. Hairan.

Badan lebih kurang sama dengan Farid Awaluddin ( MOFAWAL ) dan Farid Sadri ( MOFASAD ) kah kah kah!

Budak-budak baru nak naik memang kemaruk pegang dan gelek joystik berpuaka ni.

Ini pun alatan wajib pada setiap RTG. Kalau benda ni rosak, dah boleh tido sampai kesudah. Harganya sama dengan sebiji kereta nasional.

Ini kipas yang telah diubah suai oleh tangan-tangan anjing untuk dijadikan mesin parut kelapa. Tapi  jadi projek terbengkalai. Menyusahkan orang!

Ini walkie talkie. Alatan yang wajib ada pada setiap RTG. Kalau tak ada benda ni, lu mati kat atas pun tak ada orang tahu.

Dia buat kerja dia, gua kat belakang siapkan kerja gua. Sekurang-kurangnya gua tak membuta dan makan gaji buta dibulan puasa.

Dah elok-elok ada langsir, ada saja tangan-tangan gatal pergi cabut. Bila dah silau jadilah macam ni. Tutup dengan surat khabar yang ada muka artis atau perdana menteri.


Alhamdulilah dalam keadaan penat dan mengantuk di bulan puasa ini, ada juga tenaga-tenaga yang tidak diduga datang membantu.

Hari ini kerja gua mengajar budak bawa RTG sahaja. Sebenarnya bukanlah mengajar sangat pun. Budak ni kena ikut gua sebab dia baru dalam bidang RTG dan pelabuhan. Budak yang masih dalam praktikal. Tak semua orang dapat apa yang gua dapat untuk hari ini. Kira macam nasib juga la ni. 

Bila ada tenaga-tenaga tidak diduga macam ini, kerja gua pun jadi mudah dan selesa. Sebenarnya dipermudahkan olehNya. Kebetulah budak yang sepatutnya gua ajar ini dah boleh bawa dan buat kerja walaupun masih dalam kategori 'perlahan'. Memandangkan ini bukanlah minggu pertama dia 'attachment'. Macam mana pun gua tetap kena 'monitor' segala pergerakkan dan kerja-kerja yang dibuat. Ini melibatkan nyawa dan prestasi kerja gua juga sebenarnya.

Biasanya budak-budak baru nak 'naik' ni spirit dia nak mengenal dengan jentera dan cara berkerja memang berkobar-kobar. Bagilah kerja banyak macam mana pun, mesti tenang dan semangat nak buat. Tangan asyik nak pegang joystik sahaja. Pantang 'No Work'. Dulu gua pun serupa macam ini juga.

Gua kasi dia resipi lebih kurang, kemudian gua suruh dia bawa dan buat kerja. Resipi tak boleh bagi banyak-banyak sangat. Bukan senang-senang gua nak bagi resipi pada orang yang baru gua kenal. Dah lama kerja nanti taulah dia dapat resipi tu dari mana.

Sementara dah ada pembantu ni, sebenarnya elok juga gua bersihkan keadaan dalam kabin RTG yang huru hara ni. Buang sampah, bersihkan lantai yang penuh dengan habuk rokok, tampal cermin dengan surat khabar sebab silau. Bila semua kerja mengemas dah setel, gua pun dapat berehat dengan selesa...

Semoga ilmu yang gua ajar pada hari ini dapat dimanafaat sebaiknya hingga ke anak cucu. Amin.




2 comments: