Wednesday, August 3, 2011

Tiga Kali Seminggu



Abaikan henpon tu!

Petikan dari cerita Antiplot

Petikan dari cerita Setelah Diciptakan Adam.

Sisters In Islam is tottaly bullshit!

Petikan dari cerita Bulan Penuh Di Saigon.


Gua mula membaca hasil nukilan Dr Faisal Tehrani sejak beliau mula aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Siasah. Kalau tak silap Siasah mula aktif dan terbit sekitar awal tahun 2000. Masa tu beliau belum lagi menerima gelaran 'Dr' dan mungkin juga masih belum berumahtangga. Yang sebenarnya gua sendiri pun dah lama tak baca Siasah sebab dah susah nak dapat dan gua pun dah lama tak nampak kelibatnya lagi. Mungkin dah kena banned dengan kerajaan.

Tertarik dengan cara dan penulisan beliau yang sangat kritis, politikal, berterus terang dalam banyak topik serta lebih kepada islamik. Dalam usia yang masih muda beliau sudah mampu menulis sesuatu yang bisa mengoncang senario politik mahupun sosial semasa. Sudah tentu gua klaskan beliau ini sebagai seorang penulis yang power. Punya aura yang tersendiri. 

Sebenarnya gua nak cerita yang gua sedang membaca hasil karya beliau yang nak kata baru pun tak baru sangat yang bertajuk Tiga Kali Seminggu. Ada 15 cerita pendek yang mencabar minda didalam buku ini. Semuanya mempunyai motif dan objektif yang tersendiri. Bukan sekadar tulisan-tulisan 'kosong' tanpa initipati ilmiah. Mengandungi rasa syahdu, lucu, pilu yang membawa sindiran, peringatan, kekuatan semangat dan tanda tanya.

Antara cerita yang terkandung didalam buku ini ialah Rindu Ini Luar Biasa, Abuya Dongeng Tokoh Yang Memakan Babi, Antiplot, Bulan Penuh Di Saigon, Cinta Medeni, Dangai, Pau Dan Maruku, Hajah Abidah, Latar, Manifesto Mergastua, Muhammad Ulul Albab, Muthupalaniappan, Perlak Emak, Tiga Kali Seminggu, Setelah Diciptakan Adam dan Kegawatan.

Semua cerita-cerita pendek ini mempunyai makna yang tersirat dan tersurat. Dikupas dan ditulis secara islamik. Dari isu berbangkit mengenai filem Fitna yang menjadi topik hangat suatu masa dahulu, isu feminisme, perihal bahasa inggeris sebagai bahasa untuk mata pelajaran matematik di Malaysia yang disampaikan secara ringan tetapi penuh dengan sindiran, cerita mengenai hak-hak asasi haiwan, poligami dan anak angkat dalam pandangan dan pengertian islam dan banyak lagi. Hampir kesemua cerita disertakan dengan potongan ayat dari Al Quran sebagai bukti hujah yang tidak boleh disangkal lagi kebenarannya.

Ada sesetengah cerita dan topik memang agak berat. Sangat berat, sampai gua rasa silap hari bulan boleh diketengahkan sehingga melibatkan ISA. Lebih-lebih lagi dalam keadaan politik Malaysia sekarang ini yang diancam Bersih. Macam mana pun setiap penceritaan disediakan dengan bukti dan nas yang sah iaitu petikan dari ayat-ayat dari Al Quran. Kalau dah ayat-ayat didalam Al Quran sebagai bukti, dalil apa lagi yang harus digunakan untuk menyangkal sesuatu kebuntuan? Ini bermakna buku Tiga Kali Seminggu ini tidaklah layak diletakkan sebaris dengan majalah Remaja, URTV atau mungkin suratkhabar Metro! selayaknya diletakkan ditempat yang tinggi supaya tidak terlangkah dek manusia atau haiwan.

Gua kalau baca buku-buku macam gini, semangat nak review datang lain macam. Sampai satu tahap sebenarnya gua pun tak tahu nak mula macam mana. Semua idea keluar serentak. Berkecamuk. Kalau ada yang masih tidak faham, cukup gua katakan yang buku ini memang power! tak rugi habiskan RM19 untuk bahan bacaan yang mendatangkan ilmu dan keinsafan. Tak susah mana pun nak cari buku ni, jangan risau kerana ada dijual di toko-toko buku besar. Carilah sementara masih ada peluang.


Sempena bulan puasa ni, elok juga baca buku-buku yang mendatangkan kesedaran dan keinsafan. Semoga kita beroleh manafaat dan hidayah dari Allah setelah habis membaca buku ini.

4 comments:

  1. Pernah baca ketupat cinta karya beliau.. kalau belum elok pergi cari.. memang best...

    ReplyDelete
  2. tang Sister in Islam totally bullshit gua setuju!!

    ReplyDelete