Saturday, August 20, 2011

Resipi Lalu Mengusik Jiwa untuk dijual!


Cantik tak tulisan dia? rendam dalam air panas, kemudian minum air dia. Insyallah hilang pening kepala dan sengal badan. 

Resit Pizza Hut cawangan Komtar ini bertarikh 31 Disember 2007.


Gua jumpa cebisan resit ini dalam wallet gua. Kebetulan gua beli wallet baru tadi. Jenama Esprit. Jangan risau, nampak macam branded, tapi gua beli kat bundel jer dengan kawan. Harga segan nak kasi tahu. Masa tengah kemaskini dan pemindahan dokumen didalam wallet baru, banyak juga khazanah lama yang gua jumpa. Salah satunya adalah resit ini yang dibelakangnya baru gua perasan ada resipi tulisan tangan dari makwe lama gua. Entah gua tak ingat bila kala gua dapat resit dan resipi ini. Tulisannya pun dah tak berapa jelas. Resipi apa benda pun gua tak tahu. Tapi tidak dapat gua nafikan yang tulisan tangan dia lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan tulisan tangan gua.

Gua bercadang nak jual resit ini kepada sesiapa yang berkenan. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh kontek gua dengan segera sebelum raya pertama. Ada orang cakap tulisan tangan makwe ni kalau dijampi boleh buat menang nombor ekor. Tapi kesahihannya gua tidak pastilah. Gua bukan jenis kaki main nombor dan segala judi. Jadi kepada sesiapa yang berminat boleh beli dan cuba. Tengok macam mana pergi dia. Tak mahal, gua jual starting bid harga RM500 sahaja.



4 comments:

  1. Agak2 kalau combine semua bahan2 nye jadi kuih ape la tu ye
    Mesti ade name untuk kuih tu.................

    ReplyDelete
  2. pundek la rega dcnf tu..

    ReplyDelete