Sunday, August 21, 2011

Revolusi Ibu Tunggal


Lepas gua break dengan makwe gua, selang berapa tahun lepas itu, gua berkenalan pula dengan seorang ibu tunggal. Ibu tunggal yang tidak nampak seperti ibu tunggal. Muda dan masih segak. Jenis anak belum berderet lagi. Tinggi lampai dan berjawatan tinggi. Orang kata kalau makwe atau isteri lebih tinggi dari lelaki, murah rezeki. Gua rasa macam betul juga. Gua pun tidak tahu entah macam mana boleh terjebak berkawan dengan ibu tunggal. Tapi seingat gua semuanya bermula dengan Myspace Celaka. Ini merupakan pengalaman pertama gua berkawan dengan ibu tunggal. Namun jarak gua dengan ibu tunggal tadi jauh. Gua di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan dia di bandaraya Kuala Lumpur. Sampai sekarang ini bila gua kira-kira baru lebih kurang tiga atau empat kali sahaja kami berjumpa. Itu pun sekejap-sekejap.

Hubungan gua dengan ibu tunggal ini hanya mampu bertahan selama setahun kalau tidak silap gua. Kejap sahaja. Gua pun tidak tahu apa punca hubungan kami menjadi renggang. Tapi gua rasa kesilapan dan kekhilafan banyak berpunca dari gua. Hati gua masa ini masih dibelenggu oleh kisah silam yang sangat palat. Bukan serik atau mendendami kaum makwe. Tapi hati masih tidak mampu buka luas untuk makwe baru. Cilaka betul. Walaupun begitu, gua ada juga khabar niat suci pada mak gua yang gua sedang berkawan dengan ibu tunggal. Gua pasang niat memang hendak mendirikan rumahtangga. Tapi mak gua pula yang tidak mengizinkan. Sejak dari itu, gua punya semangat dan keyakinan diri untuk bersama dengan ibu tunggal tadi jadi down. Serta merta layanan gua terhadap dia menjadi berkurangan. Tapi hati masih ada sayang. Kah kah kah. Kalau tidak, tentu sekarang ini gua dah ada enam belas orang anak.

Tapi hal ini gua tidak kasi tahu pun pada ibu tunggal tadi. Cuma perangai gua sahaja yang mungkin dia perasan. Akhirnya dia pun semakin menjauhkan diri. Gua perasan juga. Dan bila ini terjadi macam-macam ikhtiar juga gua buat untuk maintain hubungan tadi. Ada sekali tu gua siap hantar bunga dengan kueh bom sebab nak pujuk dia. Tapi apakan daya, kita mampu merancang tuhan juga yang menentukan. Perlu diingat, makwe berjawatan tinggi yang berkerja dipejabat berhawa dingin tidak lut dengan bunga dan kueh bom. Akhirnya kami pun berpisah tanpa bermasam muka dan hentak-hentak kaki. Tidak! sebenarnya tidak ada hitam putih pun yang kami telah berpisah. Cuma langsung tidak berkomunikasi. Itu sahaja.

Diam tak daim dah dua tahun juga berlalu. Gua pun tak tahu sangat apa perkembangan dia sekarang ini. Tapi jangan risau, kebanyakkan kawan-kawan dia kawan-kawan gua juga. Jadi pusing-pusing pun tidak kemana juga. Kalau nak tahu pasal perkembangan dia, bila-bila sahaja boleh. Tapi tidak sampai hati pula gua nak berbuat demikian. Baru-baru ini gua dengar cerita anak dia pun dah besar. Dah lima tahun, dan sudah bersekolah tadika. Gua harap kalau jumpa, anak dia masih ingat gua. Serius, anak dia sangat comel dan cerdik. Suka pada siri kartun dan permainan dari Thomas. Tapi agak gembeng juga, kuat menangis. Pertama kali gua mendukung anak dia adalah semasa kami berjumpa di Mc Donalds Batu Pahat. Ibu tunggal tadi pergi toilet, dan gua terpaksa mengambil alih menjaga anaknya sekejap. Walaupun sekejap, tapi gua tetap tidak berjaya kasi budak keci itu diam dari berhenti menangis. Habis semua orang kat Mc Donalds tu pandang-pandang gua. Sehingalah ibunya tiba baru dia berhenti menangis. Baru gua lega. Ini merupakan pertemuan kedua kami, tetapi pertama kali bagi anaknya. Pertemuan seterusnya tidak timbul lagi masalah gua dengan anaknya.

Tak. Sebenarnya gua buat entri ini cuma nak kasi tahu yang ada seorang pekerja kat pelabuhan ini muka mirip dengan ibu tunggal tadi. Bukan mirip, tapi gua rasa memang sama sangat! sebiji! Bercermin mata, tinggi lampai dan kurus. Ahhh, memang sama sangatlah. Tapi makwe yang kat pelabuhan ini sudah berumahtangga. Suami dia yang berbadan tegap dan rambut ada simpan ekor kat belakang tu pun kerja sini juga. Mereka dalam department polis dan keselamatan. Boleh dikatakan setiap hari jugalah gua perasan kelibat mereka berdua. Setiap kali gua terlihatkan makwe jelmaan ibu tunggal tadi, gua akan teringat pada ibu tunggal dan anaknya yang sebenar tadi.

Apa yang menarik tentang pasangan tadi, mereka sangat romantik walaupun ditempat kerja. Berjalan sentiasa berpimpin tangan dikhalayak ramai. Sentiasa berdua bila ada kelapangan. Pendek cerita mereka berdua memang pasangan yang paling romantik la kat tempat kerja gua ni. Jarang nak tengok scene laki bini hari-hari romantik macam ni kat tempat kerja. Gua rasa Tok Rimau dengan bini dia pun tak macam ni walaupun sama-sama kerja kat UTM. Cuma anak mereka sahaja yang gua masih tak perasan. Nasib baik dalam pelabuhan ini tidak ada sekolah. Kalau ada, konfirm anak mereka pun disekolahkan kat sini.

Lagi satu fenomena yang gua perasan tentang kawan-kawan gua yang bekerja kat pelabuhan ini ialah, ramai diantara mereka yang memilih ibu tunggal sebagai calun isteri walaupun pasangan lelaki masih berstatus bujang. Bukan sedikit, malahan gua rasa sangat ramai. Tak tahulah sama ada benda ini satu kebetulan atau memang lelaki pesen kerja perlabuhan ini memang suka memilih ibu tunggal sebagai peneman hidup. Macam mana pun jodoh, pertemuan tetap ditangan tuhan. Tapi setakat ini gua tengok semuanya okey sahaja. Bahagia juga. Anak bertambah juga setiap bulan. Meriah juga. Sampai kadang-kadang gua terfikir juga, mungkinkah jodoh gua memang dengan ibu tunggal juga?

Tapi gua ingat andai satu hari nanti gua bertemu jodoh dengan anak dara, gua bercadang nak cari ibu tunggal untuk dijadikan isteri kedua, ketiga dan keempat. Insyallah jika diizikan tuhan...


4 comments: