Friday, August 19, 2011

Selamat datang ke dunia enam inci!

Masih basah dan segar lagi. Ingat tak sakit ke salin kulit? 

Ini gambar tanpa flash. Sebab tu gelap. 

Ini namanya Mexican Fire Leg. Salah satu species berbontot besar. Tak garang, tapi bulu dia boleh buat gatal-gatal kalau terkena.

Diam tak diam dah dekat empat tahun juga benda ni hidup dalam rumah gua. Alhamdulilah sihat, cukup makan, pakai apa semua. Cuma belum terfikir nak carikan dia pasangan.


Tarantula pertama yang gua beli pada tahun 2007 setelah kena tinggal dengan makwe. Masa ni gua tak banyak info pasal tarantula. Tapi minat memang menebal. Tak tahu nak beli dan cari kat mana. Akhirnya gua beli kat salah sebuah pasaraya kat area Plentong dengan harga RM120. Setelah tahu selok belok dan info mengenai tarantula secara underground, rupanya spesis ni kalau beli kat internet dengan kawan-kawan harganya tak sampai RM100 pun. Sebab ini bukan spesis rare sangat pun. Dah ramai kawan-kawan yang biakkan spesis ni. Cilaka.

Masa gua beli dulu, saiznya cuma separuh besar ibu jari. Memang kecik. Tapi malam ni dia salin kulit untuk entah kali yang ke berapa sepanjang tempoh gua beli. Setiap kulit lama yang tersalin, gua simpan dalam satu tempat khas untuk buat kajian. Kini saiznya telah mencecah enam inci. Masih belum cukup besar. Saiz maximum mampu mencapai sehingga sembilan / sepuluh inci. Sepanjang gua bela binatang ni, ada sekali kaki dia putus sebab tersepit dengan penutup akuarium. Gua bukan main gelabah lagi masa tu. Maklumlah masih baru dengan scene tarantula. Tapi rupa-rupanya, bila setiap kali dia bersalin kulit, akan tumbuh sekali mana-mana kaki kalau ada yang putus. Tak perlu risau.

Mexican Fire Leg ni antara spesis yang lambat membesar. Dalam setahun cuma berapa kali sahaja dia bersalin kulit. Ya, setiap kali bersalin kulit, maka saiz badannya akan turut membesar. Maximum umur untuk spesis ini mampu mencapai sehingga tiga puluh tahun. Gua dah arwah pun silap-silap binatang ni masih hidup lagi. Bila saiz dah besar, tarantula berupaya memakan tikus atau hamster. Tapi setakat ini gua masih maintain kasi dia makan cengkerik. Tak mampu nak kasi makan hamster. Semua binatang nak kasi makan hamster, kopak la gua!

Ok, dah malam. Gua nak masuk tido. Esok kena bangun pagi sebab nak pergi kerja. Kalau ada yang sama hobi dengan gua, rajin-rajin la berkongsi dengan gua. Sekian terima kasih.



4 comments:

  1. eksotik habis. kalau pegang dia gatal2, habis dah dekat empat tahun jugak lah binatang ni tak kena belai?

    ReplyDelete
  2. tarantula, tanduk bunga atau hamster... yang mana senang jaga dan tak cerewet pasal makan pakai? gua dah bosan bela ikan, cerewet tak tentu hujung pangkal.

    ReplyDelete
  3. Fuhh..td aku check si gogy (nama tarantula aku le). Aku ingat ntah hapa dh jd kat dia. Nak kata ada dua eh tetiba la plak selama ni seko je dlm akuarium tu..mana dtg lg seko tu. Aku ingat dia dh berkecai ke apa..ohh rupanya salin kulit. 1st time sejak bela dh dekat 6 bln ni tgk camtu jd..mau aku x terkejut..sib baik aku x kejung time tu. Ye la masa bela dia pon dh mmg beso. Saiz tapak tgn aku dh. Aku ingat dia xkan la beso lg. So nk tnya diaorg ni kan salin kulit seumur hidup ke hapa? Ke ada had masa tertentu? mcm mana nk tau kalau dia nk salin kulit? Ada tanda2 cam org pompuan nk beranak ke hapa? cerciter sket. Tarantula aku ni spesis earth tiger. masa tgh potong balak pakcik aku jumpa dia. Hapa lg dh kena kidnap la. Sian dia. Pastu bg kat aku plak yg tak tau apa2 n fyi fobia pd labah2 aka segala benda yg merayap la. Sian punya pasal aku bela la jgk. lama2, bia tgk2 aksi2 dia cam jatuh cinta plak..hahaha..cuma jantan ke betina ke x tau la plak aku..hihihi

    ReplyDelete