Thursday, June 2, 2011

Rumah sewa


Dah lama gua tak balik rumah sewa. Petang tadi hujan lebat. Oleh kerana malas nak meredah hujan balik Senai, jadi gua pun buat keputusan untuk menginap semalaman di rumah sewa gua. Maksud gua bekas rumah sewa gua.

Rumah sewa gua ni dekat Gelang Patah. Nama tempatnya Desa Paya Mengkuang. Memang dekat sangat dengan tempat kerja gua. Kalau naik motosikal tak sampai pun lima minit. Secara tak langsung, kalau gua duduk rumah ni, gua tak perlu huru hara bangun pukul lima pagi untuk ke tempat kerja. Bangun pukul enam pagi pun masih sempat tengok tivi sebelum pergi kerja.

Bila gua ingat balik, dah dekat setahun juga gua tak balik rumah ni. Penghuninya pun dah semakin berkurangan. Zaman rancak dulu penghuninya mencecah sepuluh ribu orang. Memang huru hara. Sampai satu tahap nak tido pun kena berhimpit-himpit. Ada satu masa terpaksa tido bawah tangga juga.

Sekarang ni penghuninya cuma tinggal tiga orang sahaja. Yang lain dah keluar secara semulajadi sebab dah mendirikan rumahtangga. Gua sorang jer yang keluar dari rumah ni bukan dengan alasan kerana berumahtangga.

Gua tak balik rumah ni sebab tak tahan dengan keadaan rumah yang terlalu chaos. Bersepah sana sini. Gua tak boleh berhadapan dengan benda-benda yang bersepah. Kalau setakat berhadapan dengan harimau, singa, buaya memang gua senyum lagi. Ini sampaikan kasut pun ada kat ruang tamu. 

Hal-hal kemas rumah ni memang boleh dikatakan seratus peratus gua yang handle. Tak kiralah balik kerja solid macam mana pun, sebelum gua tido, sebelum gua bersenang-senang, pasti rumah ni gua kasi kemas dulu. Gua basuh pinggan, sapu sampah, susun dvd, buang sampah dan basuh baju.

Selalunya benda-benda tu dapat bertahan dalam masa berapa jam sahaja. Kalau semua penghuni dah balik, memang gua tak dapat nak kawal lagi. Banyak sangat tangan yang rajin sepahkan rumah ni. Ahh, gua rasa semua orang dalam rumah ni memang suka buat sepah, kecuali gua. Sebab tu gua cuma mampu bertahan duduk dalam rumah ni selama dua tahun sahaja. Eh, lebih dua tahun kot.

Situasi dia macam ni masa mula-mula gua masuk dalam rumah ni tadi.

  • Pintu bilik air dah tertanggal. Padahal masa gua duduk elok sahaja. Nampak gaya sambil mandi sambil pegang pintu la.
  • Depan peti ais ada sarang semut merah. Kaki gua baru lepas kena gigit semut. Sakit juga sebenarnya.
  • Gua buka peti ais. Makanan memang banyak. Tapi kek dah jadi batu, kek marbel dah penuh dengan kulat. Pisang goreng pun dah jadi batu. Entah dah berapa lama benda-benda tu terperuk dalam peti ais ni agaknya. Tekak dahaga gua perasan ada air Vanilla Coke. Tapi nak minum gua tak berapa konfiden.
  • Kepala paip pun dah boleh pulas 360 darjah. Memang jenis air keluar tak berhenti. Cuma gua boleh seting kasi air tu tak deras jer.
  • Pinggan mangkuk, cawan, kuali memang penuh atas sinki. Entah bila kali terakhir budak-budak ni masak pun gua tak tau.
  • Lantai rumah memang rasa kasar. Gua rasa lagi sedap pijak kertas pasir dari pijak lantai rumah ni.
  • DVD porno memang selamba sepah-sepah depan tivi. Gua ingat nak tengok juga, tapi memandangkan setting tivi rumah ni dah lain, jadi gua tak tau nak ejas celah mana. Kalau dulu DVD porno memang sembunyi bawah katil. Kalu tak bawah katil pun jenis cover DVD cerita kung fu, padahal dalam porno.


Bila keadaan dah huru hara macam ni, terus gua tak ada semangat nak kemas rumah. Kalau nak kemas juga gua kena duduk rumah ni lebih dari tiga hari baru boleh ngam.

Sudahnya gua baring depan tivi sambil makan biskot lagi baik...



5 comments:

  1. "Sudahnya gua baring depan tivi sambil makan biskot lagi baik..."

    iye ke din? macam tak caya je.

    ReplyDelete
  2. ramai gila umat..rumah panjang ka apa neh?

    ReplyDelete
  3. Hahaha...muka ganas tp pembersih orgnya.

    ReplyDelete