Thursday, June 2, 2011

Rotary dan Nora Elena

Enjen Rotary yang dah dikerat-kerat.

Gua pun tak tau apa hebatnya cerita Nora Elena ni sampai begitu ramai kawan-kawan gua yang terpengaruh untuk menontonnya. Gua drama-drama melayu ni memang kurang terpegaruh. Tak. Masalahnya gua nak tengok tivi pun tak cukup masa.

Setelah gua buat kajian, bukan golongan biasa macam lu sahaja yang layan cerita Nora Elena ni. Tapi mekanik yang tengah sibuk tune enjen Rotary pun gua tengok tepat jam tujuh bergegas lari mengadap tivi sebab tak nak terlepas episod dalam Nora Elena. Gua rasa aneh dan terpinga-pinga.

Padahal gua perasan masa tu dia bukan main tekun mengadap enjen Rotary tu. Tengah sibuk ukur mounting agaknya. Nora Elena punya hal, Rotary pun di tinggalkan begitu sahaja. Enjen Rotary woi! bukan enjen Proton Saga yang senang nak pasang tu!

Eh, sebenarnya bukan mekanik saja yang layan cerita ni. Gua baru perasan, sorang kawan gua yang kerjaya sambilannya sebagai seorang drifter pun turut terjebak. Dia kata cerita ni best! Lebih hardcore bila dia kata dia dari dulu lagi dah baca Nora elena ni dalam bentuk novel. Ahh sudah. Gua tak tau pula yang cerita ni asalnya dari novel.

Budak-budak punk pun gua dengar cerita ramai juga yang layan Nora Elena. Yang paling gua perasan sekali Fakhrul. Bukan sekadar budak punk, malahan dia juga berstatus sebagai seorang guru sekolah rendah. Ini satu fenomena ke apa? Lagi parah bila siap dah berangan-angan kawen dengan Nora Elena.

Maknanya gua sorang jer dikalangan kawan-kawan yang tak layan cerita ni. Tapi ada satu hari tu gua terpaksa juga layan cerita ni dengan Faid Awaluddin sebab layankan mekanik kereta gua yang memang gila dengan cerita ni. Kalau gua tak layan, alamat dia tak nak tune kereta gua sedap-sedap nanti.

Sudahnya, sekarang ni bila balik kerja awal, gua lekas-lekas campak beg, buka stokin, terus mengadap tivi tiga. Kalau banyak sangat iklan gua dah mula maki-maki.

Dia dah baik dengan hasben dia rupanya. Kah kah kah!

8 comments:

  1. terjebak ke dindang? gua pun sama! kahkahkah!

    -bakat-

    ReplyDelete
  2. babi macam mana gua tak perasan entri ni!

    ReplyDelete
  3. huhuhuu..da best romance n love story rite??? ^_^

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah... muka lagend, hati kiut....

    ReplyDelete
  5. cilake,gua ingat lu macam gua hari tu amik hati Apai buat-buat layan,rupenya kosentret betul-betul!

    ReplyDelete
  6. bila hari kamis je mesti tak sabar tunggu hari isnin pulak kan. keh keh keh

    ReplyDelete
  7. Agaknye apai pasni buat enjin dgn penuh kasih sayang agaknye...

    ReplyDelete
  8. gugu gaga...lawok gulin2....

    ReplyDelete