Thursday, April 7, 2011

Gigit

Gua hairan, pagi tadi masa gua tengah konsentrate tidur, kucing gua yang gua beri nama Senyum datang kat gua dan menjilat-jilat muka gua, telinga gua digigitnya, hidung gua juga. Hampir satu badan disentuhnya. Aneh. Selalu dia tak macam ni.

Gua pula pesen tidur bersepah. Asal ada ruang selamat, gua bentang toto dan on kipas memang lena la. Seperti minggu-minggu yang sudah gua tidur depan bilik air. Maksud gua kat ruang dapur la!

Gua jadi risau juga. Senyum ni bukan jenis manja yang suka main jilat-jilat. Kalau gigit manja memang selalu. Ini dah lain macam. Bila gua tengok jam dah nak masuk waktu subuh. Oh, mungkin dia tolong kejut gua untuk solat subuh. Dan oh, mungkin juga malam tadi malam Jumaat. Malam untuk bermanja dan bermesra. Gua terlupa.

Bila gua buat tak layan dan tak bangun, dia mula gigit ibu jari kaki gua pula. Kemudian gigit telinga gua semula. Gua tepis-tepis manja. Bila gua dah tak boleh tahan gua tangkap dan peluk dia kuat-kuat. Tapi dia berjaya juga melepaskan diri. Memang dasar kucing miang!

Gua bukan apa, satu yang gua risaukan ialah, gua ni pesen lelaki yang tidur pakai kain pelikat. Gua risau juga kalau dia gigit benda-benda yang tak sepatutnya dia gigit.Maklum la gua ni lelaki sejati. Lelaki yang masih aktif. Itu yang paling gua risau sebenarnya...

6 comments:

  1. kucing tu jantan ke betina? dia suruh bangun subuh tu..*pikir positif*

    ReplyDelete
  2. bawak2 kahwin din, takut tak aktif pulak nanti

    ReplyDelete
  3. baca tang nama kucing nama senyum , aku dah tersenyum..salam jenjalan kat sini..

    ReplyDelete
  4. aktif ke tak aktif ke..cubala kawen dulu

    ReplyDelete
  5. maksu dah bukak jalan tue!

    ReplyDelete
  6. Kah kah kah, ini kucing jantan la Cik Habsah.
    Nama Senyum ni ada kisah yang tersendiri. Pasangan dia Wave dah hilang.
    Woi Fakrol! gua nak kawen dengan siapa siaa.
    Maksu nak kena?
    Timmi, lu ramai skandal boleh la!

    ReplyDelete