Gua ada beberapa soalan untuk dikongsi. Jawapannya mungkin berguna untuk masa depan gua nanti. Soalannya :
Tenaga apakah yang perlu digunakan untuk meminta nombor telefon makwe?
A. Tenaga Solar
B. Tenaga Nasional Berhad
C. Tenaga Nuklear
D. Tenaga dan kekuatan dalaman.
Sumpah! sampai sekarang pun gua masih tak dapat lagi jawapan bagi soalan ini. Walaupun gua dah masuk lelaki kategori awal 20an, tapi gua masih belum ada kekuatan untuk tegur dan mintak nombor telefon makwe secara direct action.
Soalan gua lagi :
Adakah tindakan dan perlakuan gua ini menjerumus kepada dayus atau penakut atau pemalu atau kurang bertenaga?
Jadi, apakah tindakan dan kekuatan yang gua perlukan untuk tidak menjerumus kepada tindakan dan perlakuan gua tadi?
Bagaimana pula pandangan seorang makwe apabila dihampiri atau ditegur oleh seorang lelaki lantas meminta nombor telefonnya?
Ada sesetengah kes, sudah berurusan secara langsung pun tetapi masih belum punya kekuatan untuk meminta nombor telefon. Ini mungkin kes yang lebih teruk.
Tidakkah seorang makwe itu akan menganggap seorang lelaki yang meminta nombor telefonnya itu sebagai gatal? miang? mengada-ngada? atau sebagainya.
Atau mungkin lebih selesa saat ini gua meminta alamat rumahnya sahaja? alamat email? facebook? blog?
Rasanya kalau alamat rumah mungkin lebih mudah dan berani bagi gua.
Ahhh, gua pening dengan soalan-soalan yang selalu bermain dalam kotak fikiran gua tentang makwe. Mungkin gua harus melanjutkan pelajaran ke tahap PHD atau Master untuk mendalami ilmu ke'makwe'an.
Masalahnya, pusat pengajian mana sekarang ni yang ada sediakan kos yang berkaitan dengan masalah gua ni?
Gua dah pening. Kalau lu terer tolong bagi jawapan bagi soalan-soalan gua tadi. Elok gua sapu sampah sekejap.
gua ingat lu ni ada sakit orang panggil The Yips.
ReplyDeletesaya seorang wanita nak jawab
ReplyDeleteyang penting kalau nak mintak no telepon wanita tanpa direjek ialah
BERWAJAH HENSEM DAN MENEPATI CITARASA WANITA ITU
kalau muka kau macam Farid Kamil tapi wanita tu tak suka beliau, wanita tu suka Johnny Depp, maka berkemungkinan besar kau akan direjek walaupun kau rasa Farid Kamil tu hensem!
duit, tenaga luaran dalaman, kereta idaman will coming along lepas pandangan mata.
Lu tengok din,gua dah agak dah....muka pecah rumah macam gua ni memang takde la nak dapat no telepon kehkehkeh
ReplyDeletenampak gaya kita sama la parid...
ReplyDeleteehem..ehem..nak komen jugaklah..:p
ReplyDeletemenurut Ustaz Kazim Elyas, lelaki yang sesuai dijadikan suami adalah lelaki yang beragama islam dan mempunyai akhlak yang baik. Kalau ada dua perkara tu, insyaAllah rumahtangga bahagia...
so bro, kalau dah ada dua ciri tu, yakin lah diri sendiri untuk takel mana2 wanita idaman hati...selebihnya, tawakal..:)
Parid! kita ada peluang lagi woi!
ReplyDeleteOk. Kalau macam tu saya akan cuba takel awak dulu la...
eceh..hahaha..
ReplyDeletefuhh...ada can...
ReplyDelete