Ok. Jam dah pun menunjukkan pukul enam pagi. Dan azan subuh pun baru sahaja berkumandang. Gua pula masih tak tidur lagi. Entah kenapa mata gua hari ni cergas tidak seperti biasa. Mungkin sebab siang tadi dah puas seharian tidur atas sofa empuk di selimuti hujan lebat.
Yang tak ok sekarang ini ialah bila gua terpaksa dan baru sahaja selesai menyelamatkan nyawa seekor hamster comel dari menjadi gurauan kasar sang kucing yang bernama Senyum.
Gua pun tak pasti macam mana hamster yang satu, yang tunggal, yang comel dalam rumah ini boleh terlepas dari sangkar. Bila gua sedar Senyum sedang mengonggong dan ada adegan kejar mengejar.
Mula-mula gua ingat mungkin dah tak ada harapan untuk hamster tu terus hidup bila melihat separuh badan dah masuk dalam mulut Senyum. Lagi pula bila kucing gua tu langsung tak ada niat nak lepaskan dari mulut dia walaupun dah dua tiga kali juga gua tepuk kepala dia. Jadi gua pun biarkan dengan meletakkan situasi itu sebagai rezeki dan habuan Senyum untuk hari ini. Tapi bukan rezeki gua untuk memelihara hamster.
Selang beberapa minit gua tengok berlaku lagi adegan kejar mengejar. Gua yakin yang hamster gua masih mampu bertahan hidup. Sebab tu dia masih boleh berlari. Dengan pantas gua pun pergi selamatkan dia dari jadi mangsa permainan kucing.
Anehnya dalam misi menyelamatkan diri pun hamster ni masih sempat makan kacang bila gua perasan masa dia sembunyi bawah peti sejuk tadi. Kuat betul semangat hamster yang satu ni. Bila gua dapat tangkap gua tengok Alhamdulilah tak ada sebarang pendarahan pun. Maknanya kucing gua tadi memang tak ada niat langsung nak jadikan hamster sebagai santapan subuh. Tapi lebih kepada teman bermain dan bergurau.
Kucing, kalau dia betul-betul nak makan, dia akan gunakan kuasa kuku dan taring.
Benda-benda macam ni la yang menyebabkan gua semakin bersemangat untuk memastikan hamster ini terus hidup. Gua masukkan semula dalam sangkar dan sekaligus gua beri nama hamster ni sebagai Kuat.
Siang nanti gua akan pergi ke pet shop dan pastikan yang Kuat tidak akan keseorangan lagi di dalam sangkar. Gua nak carikan dia kawan!
Ok. Misi dah selesai dan gua nak bersubuh sekejap.
Lepas ni nak bagi ular makan ape kalau hamster dah jadi binatang peliharaan?
ReplyDeletehahaha tak per beli hamser yang lain.yang ni bela sebab dia dah hadapi banyak sangat rintangan untuk hidup.
ReplyDeletelara pernah bela hamster. namanya yaya. dia juga pernah berhadapan situasi seperti di atas. berada didalam mulut kucing lara.
ReplyDeletetapi dia selamat. macam kuat juga.
tapi dia kemudian hilang. sebab lara pesen bela tak bubuh dia dalam sangkar. mungkin kucing lain dah makan.
entah lah. maafkan lara ya yaya.