Saturday, February 26, 2011

Mimpi. Bahagian Dua

Semalam ketika tertidur disurau ditempat kerja, aku telah bermimpi menerima panggilan dari seorang teman lama ( Linda Denyut ). Sambil menangis teresak-esak dia memberitahu ku bahawa "Dia" telah kembali ke Rahmatullah. Yang dimaksudakan dengan "Dia" sebenarnya adalah Uda. Yang dimaksudkan dengan Uda pula sebenarnya ialah makwe lama ku. Linda memberitahu ku, yang Uda meninggal dunia ketika melahirkan anak. Sebagai seorang yang masih waras, aku agak terkesima juga mendengar berita dari Linda sedangkan dia sudah lama tidak menghubungi ku ( di alam mimpi ketika ini aku sedang memandu bas sekolah ).

Bila aku pulang ke rumah, aku dapati seluruh ahli keluarga termasuk makcik-makcik sedang membacakan Yassin untuk arwah, sambil berpesan kepada ku "bersabarlah". Berberapa minit kemudian aku pun tersedar dari lena, dan mendapati beberapa orang sedang menunaikan solat subuh... Subhanallah. Apasal tak ada orang yang kejutkan aku?


Kenyataannya.

Malam tadi sekali lagi gua kena naik kapal buat kali ketiga berturut-turut. Kerana semangat jati diri yang kuat, gua tak jadi nak amik MC ( sebenarnya gua dapat rankin A 3x3, balik pukul 4 ).

Niat dihati nak tido sikit sementara tunggu pukul 5.30 pagi. Sebab nak balik pukul 4.00 gua memang tak berapa berani sangat.

Kesimpulan yang gua buat berdasarkan mimpi tadi ialah, gua rasa makwe lama gua harini baru dapat anak. Sebab mimpi gua tak lebih dari waktu berakhirnya waktu subuh.

Sebenarnya gua memang tak ada jodoh dengan dia...

5 comments:

  1. cakap ngan bebudak tak yah mc..nyusahkan je..
    dah baik2 aku plan gang sikit, dah jadi makin banyak..kalo dorg tak mc, ko takkan jadi onbod!

    ReplyDelete
  2. tiga hari straight! dah la bulan ni sampai 28!ngam2 aku last day!komfom box aku tak cukup seribu!
    budak2 Qcc / Obc tak puas hati insentif la...

    ReplyDelete
  3. sama befday dengan chegu la kalau macam tu

    ReplyDelete
  4. woi..mandai jek tak puas hati insentip.suroh ptp bagi elaun kedatangan la woi

    ReplyDelete
  5. setia betul ngan makwe lamenyer......

    ReplyDelete