Sunday, February 27, 2011

Meletup woi! meletup!

Baru malam tadi gua dapat merasa bawak RTG semula. Tangan ni memang dah gian nak pegang joystik. Gua memang dah plan awal, kalau kena naik kapal lagi memang gua nak MC.  Gua dah tak peduli. Sebelum masuk ke perkarangan tempat kerja, gua mintak tolong kawan gua tengokkan booking gua. Bila dia kata gua naik RTG jer, fuhhh, dia punya semangat nak kerja datang semula. Tak cukup seribu kontena, dapat topap sikit-sikit pun jadi la. Target nak mendirikan rumahtangga dah nak dekat ni. Kebetulan  pulak bulan Febuari ni sampai 28 hari bulan saja dan malam ni gua last day. 

Dipendekkan cerita, masa gua tengah sedap layan loading satu slot, tiba-tiba terdengar satu letupan yang kuat disertakan dengan kepulan asap yang tebal dan percikkan api. Gua jadi kaget sekejap lalu berhenti dari melakukan sebarang pergerakkan. 

"Apa lagi yang tak kena kat PTP ni?". Getus hati gua sambil jantung berdebar-debar seperti orang ditinggalkan makwe.

Perlahan-lahan gua trolley ke belakang mencari punca bunyi letupan dan percikkan api tadi. 

Pehhhh... PM meletup! Gua rasa ini kes pertama kot membabitkan PM meletup kat PTP. Gua tak tau apa punca, yang pasti PM tu dah terbakar hangus dengan api yang menjulang tinggi. Gua rasa pemandu sempat keluar kot. Selang beberapa minit, bomba dan pasukan penyelamat pun sampai.

Kejadian berlaku di blok 11 Echo, betul-betul belakang gua jer.  Masa ni kabin gua memang dah penuh dengan asap hitam. Mau sesak napas juga gua dibuatnya.

Macam-macam hal yang berlaku kebelakangan ni kat tempat kerja gua, sedangkan baru jer tadi  gua perasan sebiji PM masuk dalam slot. Nasib baik tak langgar semua kontena. Kalau jatuh, hempap kepala PM, confirm awal tahun dah ada kes kematian lagi.  Tak sampai berapa jam, dah ada yang meletup pulak. 

Tepat pukul tujuh pagi, gua balik kerja macam biasa naik moto. Dalam perjalanan, kawan gua terlanggar burung tiong, dan burung tiong tu terus mati serta merta kerana rempuhan yang kuat.


Ok, gua nak tido.

*PM = Prime Mover ( lori khas yang digunakan diperlabuhan untuk mengangkat kontena )

*Slot = Satu tempat dilapangan kontena, dimana setiap kontena yang diturunkan dari kapal akan disusun disatu tempat khas mengikut jaduan dan pengkhususan.


3 comments:

  1. Ada macam iklan Perillys Action Movie tak dia punye letup?

    ReplyDelete
  2. bior betol ko!?apsal kejadian yg grand2/hebat2/gempak2/mistik semua terjadi masa aku off?awal2 dulu kren terbako pun aku off?kenapa?apsal?jawab!jawab!

    ReplyDelete
  3. jangan mintak leng..hari hari 30++ mane sempat sume nak jaga..mintak mintak di jauhkan le!!

    ReplyDelete