Sunday, February 27, 2011

Bala bala

Lu orang perasan tak, setiap kali kalau ada banjir besar ke, kebakaran ker, bangunan runtuh ker, kemarau panjang ker. Apa sahaja la yang melibatkan banyak kematian, kemusnahan, kerugian, orang baca berita akan cakap ini semua bencana alam. Lagi best pulak ada yang menyalahkan parti politik. Contohnya masa banjir besar kat Kelantan hari tu. Pembaca berita tu cakap ini semua berpunca dari kerajaan Pas yang tidak membangunkan infrastruktur negeri.

Berdekah-dekah gua ketawa. 

Apa punya bengap la orang-orang penyiaran merangkap orang kerajaan ni yer. Banjir punya hal pun nak dikaitkan dengan parti pembangkang. Macam palat pula gua tengok. Kalau nak cerita soal malapetaka ni mana ada kira negara maju ker tidak. Melbourne yang maju pun hari tu kena banjir juga. Lu rasa Melbourne tu kerajaan Pas ke yang pegang. Masalah juga yer kalau berkerja dan membaca hanya mengikut skrip. Kalau skrip tu bodoh, maka secara tak langsung bodoh juga la orang yang baca tu.

Cuba sekali-kali baca kes-kes bencana alam tu ditukar kepada BALA. Gua rasa mungkin ini lebih sesuai kot. Banyak sebenarnya BALA dah berlaku kat Malaysia ni, tapi dia orang ni masih buat tak tau jer. 






Bala oh bala...

5 comments: