Tuesday, January 25, 2011

KLMJ dan kerosakkan kren


Okey. Ini gambar masa gua tengah kemaruk jadi pemain gitar bass untuk kumpulan Hellexist. Tak. Sebenarnya gua kena paksa bermain untuk kumpulan ni, kerana bakat gua yang memang  hebat. Banyak band nak tarik gua, tapi hati gua memilih untuk bermain dengan kumpulan ini. Sekarang gua tak pasti kumpulan ni masih wujud lagi ker tidak. Kalau tak silap masa ni tahun 96. Gua tau lu belum lahir lagi masa tu. Farid Awaluddin pun mungkin masih merangkak lagi.


Yang ni masa zaman gua belajar kat Amsterdam dulu. Masa ni zaman kegemilangan gua. Gua amik kos menjahit. Kawan-kawan gua ni nampak jer ganas, tapi kesemuanya kerjaya tukang masak dan  paling ganas pun tukang jahit. Tapi jahit anggota badan manusia la. Yang pegang botol kicap tu  pulak kerjaya sebenar sebagai penari latar.


Okey. Ini bukan makwe gua. Tapi hampir-hampir jadi makwe gua. Dulu gua dah ada makwe, jadi gua terpaksa rejek dia. Kalau gua tau hal percintaan gua kandas dulu, sure gua terima cinta dia.  Lagi lawa dari makwe lama gua kan? Gua panggil makwe ni Along. Budak Temerloh. Sekarang dah kawen dengan pilihan ibu bapa dan gua pun dah lama lost kontek. Gambar ni dirakam masa sepupu gua buat kenduri potong jambul. Dia sanggup datang dari Temerloh nak jumpa gua setelah hampir sepuluh tahun tak jumpa! mak gua masa ni dah suka gila! dia ingat gua dah ada pengganti. Kah kah kah.


Ini gambar masa dating bertiga kat Mid Valley, kalau tak silap tahun 2007. Nasi yang gua makan tu harganya Rm belas-belas ringgit juga la. Keluar dengan makwe, setakat duit makan apa la sangat. Kalau bab makwe gua memang jarang berkira.


Lu rasa mana yang sedap? gua vote yang baju pink! dengar cerita sekarang ni dah nak kawen. Ini gambar masa Hellexist main kat Penang tahun 2000 dulu. Ada jambang pun masih ada makwe nak himpit gua kan?


Ini gambar paling sedih. Kucing yang gua dukung tu namanya Mikro. Milik seorang teman. Tapi sayangnya dah mati sebab makan mengkarung. Kucing kampung jer, tapi dia punya badan kalah peha Jimbo. Sangat gemuk dan comel. Setiap kali gua datang rumah kawan gua ni, benda pertama yang gua akan cari adalah Mikro! Lu tengok berapa punya besar kucing ni!

P/s : Entri ni gua buat sebab gua dah tak ada kerja nak buat. Kren gua rosak tadi kena langgar dengan lori. Gantri dari 13 Bravo sampai  3 Juliet dengan hanya 1 knot! budak kecik merangkak pun lagi laju la sial!



6 comments:

  1. 1996 gua dah jadi Polis dalam permainan polis sentri....lu jangan main-main,gua ada gari plastik masa tu.

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah. Cibik pun belum ada lagi kan masa tu?

    ReplyDelete
  3. Gua cukup tak suka entri yang main knot knot ni

    ReplyDelete
  4. akak yang hampir-hampir jadik makwe tu gaya p0sing dan pakai tudung sepesen.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  5. kehkehkeh..maksu jangan sepesen sangat.paksu din cepat bosan sebenarnya..puii

    ReplyDelete
  6. hehehehehe tang sing tong maseh mencari ko......rindu katanya.....

    ReplyDelete