Wednesday, January 26, 2011

Sekolah lama, Shinichiro Sakurai dan kereta moden



Pakai Skyline kalau tak kenal dengan orang tua ni memang poser besar namanya! Okey. Orang tua yang kat atas sekali tu namanya Shinichiro Sakurai. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta kereta lagenda  Datsun / Nissan Skyline. Skyline adalah satu jenama besar dalam industri automotif dunia. Duduk dekat eskimo pun gua rasa orang kenal Skyline. Pencapaian cermerlang Skyline dalam dunia permotoran memang agak digeruni oleh pengeluar-pengeluar kereta dunia. Sampai sekarang pun Skyline masih wujud dengan generasi barunya. Baik dalam sukan drift, rally, lumba haram, gokart, teksi sapu, scene kereta kecik, Skyline memang ramai peminat. Gua sendiri mempunyai lebih dari sepuluh koleksi kereta kecik Skyline. Orang cakap kalau tak mampu beli yang real, dapat beri yang kecik, lepas tu modify pun jadilah.  Janji ada dan merasai kepuasannya. Tak. Sebenarnya gua bukan reti sangat  pun nak buat cerita hal-hal permotoran ni. 

Sebenarnya gua cuma nak kasi tau yang pencipta atau lebih tepat bapak Skyline ni dah meninggal dunia pada tanggal 17 Januari 2011 lepas sebab masalah komplikasi jantung. Maklumlah dah tua dan rasanya memang dah patut mati pun. Hidup lama-lama pun kalau tak sihat tak guna juga. Beliau pergi pada umur senja 81 tahun. Ingat senang ke nak bertahan hidup sampai umur banyak? 81 tahun tu kira dah hebat juga la kalau mengikut kadar pencemaran pada zaman sekarang ni. Gua terima berita ni dari kawan gua  sendiri kat Jepun ( Masaki ). Dia sendiri yang email gua. Walaupun Masaki ni budak punk, dia email gua pasal hal ni sebab dia tau gua memang suka  Skyline dan hal-hal kereta kecik dan ol skool. Walupun gua pengguna  tegar jenama Toyota dan tidak pernah sekalipun memiliki dan menggunakan Nissan atau Datsun rasa hormat gua pada orang tua ni memang tinggi la. Memang  gua tak pernah kenal dia secara dekat apatah lagi bersalam  atau  karate leher dia, tapi gua cukup kenal dengan benda yang dia dah cipta. Secara otomatiknya orang tua ni dah menjadi legenda. Lu ingat senang ke nak jadi lagenda? Gua rasa dari sekecik-kecik budak  umur Aniq sampai  la ke orang tua baik perempuan mahu pun lelaki mungkin kenal jenama kereta Skyline.

Orang dulu-dulu  kalau cipta dan merekabentuk kereta memang dengan penuh semangat dan jiwa raga. Mereka akan mencurahkan semuanya tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Kalau hasilnya bagus, memang bagus la sepanjang hayat. Kalau kurang bagus pulak, tetap akan menjadi lagenda dan akan dicari oleh manusia-manusia yang hidup pada zaman moden. Masa dulu orang cipta kereta idea tidak disekat-sekat. Tidak ada guideline atau mengikut  kehendak pasaran. Orang zaman dulu bukan demand sangat. Apa yang diberi, itu lah yang digunakan. Kereta tanpa alat penghawa dingin pun tetap heaven juga. Mereka akan cipta apa yang mereka rasa perlu mengikut naluri. Sebab tu kalau kita tengok, jiwa kereta dulu dengan jiwa kereta moden sekarang sangatlah berbeza. Walaupun kereta sekarang dilengkapi dengan teknologi yang canggih. Kereta lama ni dia punya pergi  memang lain macam la. Kereta dulu dicipta dengan harapan akan berkekalan sampai bila-bila.  Senang cerita untuk tahan lama. Mereka mementingkan kualiti dan akan menggunakan material terbaik supaya dapat bertahan lama. Manakala kereta sekarang pula dicipta kerana mengikut kehendak pasaran. Secara tak langsung pencipta dan pereka bentuk kereta sekarang mempunyai guideline untuk menghasilkan produk terbaru mereka. Tak bebas! kalau nak berkarya sepatutnya kena bebas. Mencipta kereta pun sebenarnya seni juga. Bila ada term boleh dan tidak boleh dalam berkarya, maka hasilnya memang agak palat la. Semuanya kerana terpaksa tunduk dengan pasaran dan kehendak.

Kalau nak dibandingkan kereta lama lebih tahan lasak dari kereta baru. Baik dari segi chasis mahupun enjen. Bukan gua nak tipu, kalau tak percaya pergi lah tanya atok-atok atau pengguna dan pemandu kereta yang dah berstatus datuk atau pak haji. Gua bukan tak pernah nampak Honda Civic baru bukak bonet depan kat tepi hiway, gua bukan tak pernah jumpa Toyota Vios yang baru berapa bulan beli tak boleh start sebab bateri kong.  Kat bengkel Amy pernah masuk Gen 2 angkat head sebab overheat. Kereta baru tu bai! Kereta lama kalau tersadai tepi jalan sebab ada masalah  pada enjen pun, rasanya memang patut. Macam kereta merah spotrim 13 inci, enjen A15 dengan Webber iaitu Datsun 120Y Farid Awaluddin. Bawak laju-laju kat hiway sampai meter cecah redline, lepas tu overheat park tepi hiway siap kena marah dan halau dengan polis peronda lagi. Senang jer, jangan gelabah sangat, kasi sejuk enjen, lepas tu sambung lumba balik. Dan sampai sekarang  kereta beliau masih sehat lagi  tanpa mengalami masalah head atau blok bengkok. Yerlah benda dah uzur. Tapi hakikatnya gua memang jarang jumpa. kereta lama tersadai tepi jalan. Ini terbukti, teknologi dulu lebih baik dari sekarang.

Apa benda gua cerita ni pun gua tak tau. Shinichiro Sakurai punya cerita pun entah kemana. Ah lantak la. Yang penting hari ni gua kena naik kapal lagi. Memang farkinggg!

5 comments:

  1. gua nak tengok lu pegi keje hari2 bwak corona jek..ade kete enjen beso pakai webber lsd sume simpan umah pon x gune juge..

    ReplyDelete
  2. kete baru-dibina untuk discrap lepas 5 tahun

    ReplyDelete
  3. Hi Deаr, are уοu actually vіsіting this wеb site regulаrlу, if so then you will defіnіtely
    get fastidious knowlеԁge.

    Fееl fгee tо ѕurf to mу website three unlock iphone

    ReplyDelete
  4. I've been exploring for a little for any high-quality articles or blog posts on this kind of house . Exploring in Yahoo I eventually stumbled upon this website. Studying this info So i am happy to convey that I have an incredibly excellent uncanny feeling I came upon exactly what I needed. I such a lot indubitably will make sure to do not put out of your mind this site and provides it a look regularly.

    My weblog - optus unlock iphone

    ReplyDelete