Saturday, January 22, 2011

Cik Corona dan pesanan ringkas

"I'm very proud of you tau! tak sia-sia kan awak jaga Cik Corona tu. Tahniah lagi sekali eh!" - 06 November 2010


Semangat-semangat macam ni yang gua perlukan sebenarnya!

Kah kah kah! Okey. Sms ni gua terima masa gua terlantar sakit kat hospital hari tu akibat kecederaan serius pada kepala lutut. Dalam diam tak diam, rupanya makwe lama gua ni masih lagi mengikuti perkembangan gua dan Cik Corona. Terkedu juga gua masa mula-mula terima sms ni. Maklum lah, selepas dia mendirikan rumahtangga memang haram sesen pun gua tak berubungan dengan dia. Malas nak cari penyakit. Biasanya dia yang akan mulakan dulu bertanya khabar dan sebagainya. Gua tak kisah pun dapat sms dari dia. Tipu lah kalau gua kata gua tak suka, mesti la suka juga. Suka yang tidak kemana sebenarnya. Terharu sebab dia masih ingat kat Cik Corona walaupun entah ye entah tidak Cik Corena masih ingat kat dia. Apa tak ingatnya, dia pernah membesar bersama Cik Corona. Kalau dia lupa, mau gua hempuk dahi dia dengan tork wrench! Cik Corona pernah bersusah senang suatu masa dulu dengan dia. Bukan dengan dia jer, tapi ahli keluarga dia sekali. Ini kalau dia terbaca, mau mengamuk gua rasa. Nasib. Gua cuma sekadar nak berkongsi cerita lama gua. Bukan gua nak mengungkit pun. Jangan la lu fikir yang bukan-bukan bengap! Sikit pun gua tak down dengan kenangan ni.

Sekarang dia dah senyap dan tak tau perkembagan Cik Corona lagi. Cuma gua rasa agak terkilan sebab dia tak sempat duduk sebelah gua dan rasa nikmatnya pukulan twin mikuni gua dan mendengar bunyi angin berebut-rebut masuk dalam intake. Ahhh, gua sebenarnya memang tak ada idea nak cerita benda-benda sedih sekarang ni sebab gua dah tak sedih. Sekian terima kasih.

P/s : Hasben awak pakai Kelisa lagi ke?

3 comments:

  1. hasben dia pakai seg blacktop skarang

    ReplyDelete
  2. Hello I am so delighted I fοund yοur ωebpаge, I гeally found уou by аccident,
    ωhile I was researchіng on Googlе
    foг something else, Regarԁless I am
    hеre now аnԁ wοuld јust like to say thankѕ
    for а remarkable pоst and a all rounԁ
    enjoyable blog (I alѕo love the themе/design), I ԁon't have time to look over it all at the moment but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a great deal more, Please do keep up the excellent work.

    my site: unlock iphone 4

    ReplyDelete