Saturday, January 22, 2011

Rokok dan kecerdasan minda.

Diam tak diam rupanya dah sebulan juga gua tidak merokok. Ini satu pekembangan yang boleh dibanggakan bagi seorang perokok harcdore seperti gua. Gua pun tak tau macam mana dengan begitu mudah gua boleh tak merokok. Sebenarnya nak berhenti merokok ni tidaklah sesusah mana seperti yang selalu dimomok-momokkan oleh perokok tegar dan badan kerajaan. Gua tidak perlukan ubat khas, gua tidak perlukan nasihat doktor, gua tak perlukan  warning dari tunang, apatah lagi bebelan dari makwe atau keluarga. Tiba-tiba gua rasa tak ada mood langsung untuk merokok, dan gua pun tidak merokok sampai la sekarang. Bila gua kira-kira balik kos membeli sekotak rokok dalam sebulan, memang dah boleh buat bayar ansuran bulanan kereta. Bukan BLM, tapi Evo 10 sebiji! Satu hari sekotak rokok, harganya dalam RM10. Kalau sebulan? Kalau setahun? kalau dua tahun? tiga tahun? empat tahun? boleh buat menara seratus tingkat woi!

Tapi Alhamdulilah sepanjang gua merokok, masih belum ada tanda-tanda yang gua kena penyakit kencing manis, stroke dan sawan. Ini semua kuasa Allah. Ada orang tak hisap rokok pun boleh kena barah paru-paru.  Ada orang tak merokok pun boleh kena penyakit hati busuk. Ada orang tak merokok pun boleh jadi sombong. Masa gua merokok hari tu pun sebenarnya tak ada la rancak sangat seperti arwah kawan gua. Kalau melepak dengan orang yang tak merokok, tekak gua boleh tahan berjam-jam menghormati kawan-kawan yang tidak merokok. Gua tak pernah merokok depan Aniq. Tapi kalau tune nak merokok tu dah datang, rekod cermerlang gua pernah buat, tak sampai sejam 20 batang rokok gua boleh kasi setel tanpa henti. Ada juga dalam sehari tu, masa duduk rumah sewa, gua pernah hisap rokok tanpa henti sampai demam! kes yang macam ni lu jangan tanya kenapa.

Sepanjang gua menjadi perokok pulak, gua memang setia pada sejenis rokok jer, iaitu Semporna Hijau. Merah, biru, jingga, pink memang gua tak layan. Rokok lain memang gua tak boleh masuk langsung. Bagi la Gudang Garam Suria ker, rokok sejuk ke, panas ke, memang tak boleh masuk. Satu kelebihan gua ialah, gua tak pernah ketis rokok kawan-kawan melainkan kalau ada yang hisap rokok sama paten dengan gua. Kalau kena ketis tu memang selalu. Anggap jerlah gua bersedekah. Gua mula belajar merokok dengan Semporna Hijau. Jadi, gua setia dengan Semporna juga la. Tak. Masalahnya dalam banyak hal pun gua memang setia.

Gua mula menjadi perokok hardcore masa berumur 28 tahun. Masa tu memang zaman gelap gua. Memang masa tu macam dah terlambat  sangat nak merokok. Tapi siapa peduli. Jangan tanya kenapa gua mula merokok pada usia ni. Tuhan jer yang tahu. Dan kini gua berhenti merokok pada usia lagi berapa hari nak menjangkau ke 32. Gua harap keputusan gua ni berkekalan sampai ke akhir hayat gua. Gua nak kembali menjadi gua yang dulu. Gua masa zaman sekolah yang tidak merokok. Gua masa zaman sekolah yang baik-baik saja orangnya.

Kalau gua yang "jahat" ni boleh berhenti merokok secara mendadak, kenapa lu tidak? ahhh, sebenarnya kalau tuhan masih sayangkan kita, nak berhenti dari buat perkara-perkara yang membinasakan diri dan tidak senonoh memang mudah. Tak perlu sokongan atau bantuan dari siapa-siapa pun. Secara tak langsung sebenarnya tuhan masih sayangkan gua la ni! terima kasih tuhan.

Dipendekkan cerita, gua nak kasi tau, siapa yang merokok memang poser! keh keh keh. Sekian terima kasih.

P/s : Kalau marah, pergi la hisap rokok lagi sebatang!

1 comment: