Monday, November 26, 2012

Untuk Tiga Hari dan realiti yang sebenarnya.



Iklan dari penaja.


Baru-baru ni aku baru berpeluang tengok cerita Untuk Tiga Hari. Hasil karya dari Afdlin Shauki kalau tak silap. Macam biasa la, aku ni memang selalu lambat dalam banyak hal. Bila benda dah basi, dah tak hot baru aku sibuk-sibuk mencari. Lagi-lagi kalau dalam hal yang berkaitan dengan wayang atau hiburan. Perasaan kurang minat tu selalu menghantui diri. Tengok cerita Untuk Tiga Hari ni pun setelah dipaksa bertubi-tubi oleh Kak Lin. Kalau tak berat hati juga nak tengok. Sambil tengok Untuk Tiga Hari, sambil kena jaga Adam. Tapi sebenarnya dari dulu lagi aku memang minat dengan karya-karya dari Afdlin Shauki. Dia punya lawak tu tak macam kebiasaan lawak orang Melayu yang mual. Ada banyak jugalah karya-karya beliau yang aku tengok sendiri kat wayang. Tapi banyak juga yang aku tengok guna dvd cetak rompak kat rumah je. Jimat. Boleh tengok sambil baring dan tak pakai baju. Siapa nak marah? mari sini aku terajang kepala dia. 

Pelakon-pelakon yang menjayakan Untuk Tiga Hari ni pun boleh tahan sedap dan power juga. Antara yang aku hafal dan ingat mukanya ialah Vanida Imran, Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Ayu Raudah dan Zaibo. Aku dari dulu lagi memang minat pada Vanida Imran. Sejak aku ada makwe lagi. Kalau tak kerana Rashidi Ishak, dah lama aku mengorat dia. Nyaris-nyaris juga mak aku nak kahwinkan aku dengan beliau. Vanida Imran ni jenis muka lembut kemudian boleh tahan berdenyut dan pandai masak juga. Oh ya, aku terlupa siapa makwe yang memegang watak sebagai Balkis? itu pun muka boleh tahan aku minat. Jenis muka lembut dan pesen telinga capang. Tak banyak artis kat Malaysia ni yang bertelinga capang sebenarnya. Baru aku perasan. Aku fikir sebenarnya Malaysia memerlukan lebih banyak artis bertelinga capang, baru industri perfileman kita lebih maju. Tapi watak Balkis tu tak berapa lama. Itu pun untuk scene flashback. Aku tak rasa yang Maksu tu bertelinga capang. Tapi kalau makwe lama, memang konfirm telinga capang. Pasal aku pernah nampak rupa bentuk telinga dia.

Untuk Tiga Hari ni sebenarnya cerita tentang sepasang kekasih yang telah berjanji untuk berkahwin dan sehidup semati. Memang dah lama mereka merancang. Bercinta dari zaman belajar dikolej lagi. Macam-macam perancangan dan angan-angan telah dibuat, hakikatnya masing-masing terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapa. Benda kalau dah membabitkan arahan dari ibu bapa ni sebenarya agak payah juga untuk ditolak. Lagi-lagi kalau jenis anak yang cengeng dan lurus bendul. Jenis dari kecik memang manja. Tak ada jiwa rebel. Rebel ni bukanlah bermaksud melawan ibu bapa membabi buta. Tapi maksud aku sekurang-kurangnya kita masih diberi peluang untuk berbincang untuk menyatakan tidak atau mungkin diberi option lain. Kalau jenis diam memanjang, susah juga ibu bapa nak faham perasaan dan apa yang ada dalam hati dan kepala kita. lagi-lagi kalau yang jenis berkapel dah lapan belas tahun tanpa pengetahuan ibu bapa. Semua nak kasi rahsia. rahsia kepala bana dia. Tapi bila kita fikir semula dan macam-macam usaha dah kita buat hakikatnya tetap berbalik pada "jodoh itu rahsia tuhan". Macam mana power pun kita merancang masa depan, esok tetap juga ditangan tuhan. 

Vanida Imran dan Rashidi Ishak memang dah rancang untuk berkahwin, tapi masing-masing terpaksa berkahwin dengan pilihan ibu bapa. Oleh kerana nak layankan permintaan ibu bapa, maka mereka telah merancang satu plan yang boleh dikatakan agak bengap juga. Mereka bersetuju untuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa, tetapi berpakat untuk meminta cerai setelah tiga hari bergelar suami dan isteri. Majlis kahwin pun bukan calang-calang, memang pesen orang kaya yang makan belanja yang banyak. Satu yang aku tak gemar tentang drama Melayu ni ialah, semuanya nak nampak kaya. Kereta besar, rumah besar dan masing-masing muka tak ada jerawat. Cubalah buat cerita dengan latar belakang kehidupan orang kelas pertengahan atau paling bawah. Nampak la realistik sikit suasana kat Malaysia ni. Bosan la kalau dalam tivi asek kereta BMW dan Mercedes saja yang muncul. Apa salahnya pakai kereta Wira ke, Tiara ke, Kancil ke. Apa dia orang ingat golongan sederhana yang hari-hari pergi kerja bawak Proton Wira konvert Evo Tiga tak ada masalah kena kahwin dengan pilihan ibu bapa ke?

Okey, aku tak nak review cerita ni pajang-panjang. Kalau nak tahu kena la tengok sendiri. Rasanya cerita ni tak tak keluar kat wayang lagi. Memang kena beli dvd kalau nak tegok. Setelah habis tengok cerita Untuk Tiga Hari, ada beberapa benda dan kesimpulan yang dapat aku fikir.

1. Kalau kena kawen dengan pilihan mak bapak dan dalam masa yang sama kita dah ada pilihan sendiri, seelok-eloknya bincang la dengan mak bapak dulu. Terus terang dengan mereka yang kita dah ada pilihan sendiri yang kita dah kenal dan konsisten bercinta dari zaman belajar lagi. Bawak jumpa mak bapak pilihan kita tadi. Tunjukkan pada mereka yang pilihan kita pun power juga untuk dibuat teman hidup. Suruh pasangan kita tadi masak sedap-sedap, kemudian kasi mak bapak kita rasa. Orang tua-tua kata kalau perut mak bapak selesa Insyallah hati pun jadi lembut. Kalau tak jalan dengan masakan, buktikan pada mereka pula yang kita boleh obehol enjen kereta. Buat depan dia step by step proses obehol enjen. Pak mentua biasanya cepat suka pada menantu yang pandai obehol enjen kereta dan boleh setting twin kaberater. Kalau semua pun tak jalan juga, kau tawakal la. Jangan buat kerja bodoh pergi jumpa bomoh. Dari kau duduk diam je, memang sampai kesudah memang makan hati la. Walaupun berkahwin atas kehendak dan pilihan ibu bapa. Tapi orang kata cinta itu boleh dipupuk. Mungkin la. Tapi sebelum tu memang makan hati dulu. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun. Mungkin la.

2. Jangan mandai-mandai nak buat kerja bodoh yang mana risiko dan padahnya bukan kita seorang je yang tanggung. Kalau kita buat pilihan untuk berpisah selepas tiga hari kita berumahtangga, bukan pasangan kita sahaja yang merana dan berendam air mata, malahan kedua ibu bapa kita dan saudara mara kita juga akan terasa tempiasnya. Banyak hati yang akan terluka. Jagan main-main dengan hati dan perasaan orang. Nanti buruk padahnya. Mungkin akan ada lebih banyak pintu yang terkopak. Ini untuk lelaki la. Kalau perempuan mana ada kuasa nak jatuhkan talak pada lelaki. Nak tak nak kena tunggu la suami ceraikan. Kalau lapan tahun, lapan tahun la kau tunggu. Kau ingat senang ke lelaki yang muka pesen pecah rumah sekali dapat kahwin dengan perempuan muka dan badan sedap macam Ayu Raudah senang-senang tak memasal nak ceraikan isteri dia? Melainkan kalau suami kau ada problem sampai kau boleh mintak fasakah. Mati pucuk atau mandul misalnya. Tapi kebarangkalian mak bapak kita nak kahwinkan kita dengan lelaki yang mati pucuk atau mandul memang jarang berlaku.

3. Kalau dapat pilihan mak bapak yang sedap, berdenyut dan mantap macam Ayu Raudah tu, mustahil la kau dapat menahan nafsu selama lima jam. Eh, lima minit pun kau dah resah la, dahi pun dah berpeluh-peluh menahan nafsu. Apatah lagi tiga hari. Benda dah halal ada depan mata. Manja, seksi dan lemah lembut takkan kau nak biarkan dia duduk diam? hari-hari pakai gaun seksi kain satin. Takkan kau nak tengok sambil makan nasik? paling tidak pun perasaan nak cuit sikit-sikit mesti ada. Ini dalam cerita memanglah kau boleh tahan nafsu. Itu pun atas arahan pengarah. Hakikatnya kalau mat salleh yang buat cerita ni dan tak ada kisah halal haram ( walaupun hakikatnya dalam cerita ni banyak juga yang tidak peduli dan peka tentang halal dan haram ), aku fikir dah lama juga adegan bersetubuh dengan Ayu Raudah terjadi. Silap-silap sehari lapan kali kau bedal. Makwe yang kau dah kenal selama bertahun-tahun dan plan nak kawen lepas tiga hari kau nikah tadi? pergi jahanam la. Ini lelaki walaupun ada plan nak cerai, tanggungjawab batin tetap perlu dipenuhi.

4. Kalau yang perempuan pulak, mungkin boleh menolak permintaan suami pilihan mak bapak kau tadi dengan banyak alasan. Paling kukuh cakap je datang bulan. Tapi takkan datang bulan sampai lima tahun? takkan selama tu suami kau nak percaya? kau kena ingat, suami ada hak untuk tengok alat sulit kau samada betul berdarah atau kau menipu. Sebagai orang islam, kau tentu tahu apa hukumnya menipu suami dan menolak permintaanya untuk bersetubuh. Dan sebagai seorang islam kau kena ingat yang bersetubuh dengan suami itu juga satu ibadah. Kau setuju atau tidak dengan pilihan ibu bapa, sebaik saja kau sah menjadi isteri memang susah kau nak menolak untuk tidak disetubuhi. Melainkan kau dah welding kasi tutup alat sulit kau. Itu kes berat sikitlah. Kalau terpaksa Kasi ubat tido pun kasilah. Janji dapat bersetubuh dan dara kau hilang dengan suami kau yang sah. Bukan dengan pakwe yang kau dah rancang untuk kahwin tiga hari je tadi. Padan muka.

5. Ada beberapa orang makwe yang mana kalau mak bapak aku paksa aku kahwin dengan dia aku berat nak menolak.

1. Vanidah Imran.
2. Ayu Raudah.
3. Intan Azura.
4. Rozita Che Wan.
5. Shafarina Ramli.
6. Habsah Harun.
7. Syalala Syahiza.
8. Makwe lama.

Siapa gelak aku lempang dengan penanda buku!



8 comments:

  1. hahaaa..maksu top 5 dlm list..kehekeh

    ReplyDelete
  2. Din.. Din... Adoiyai..

    ReplyDelete
  3. "3. Kalau dapat pilihan mak bapak yang sedap, berdenyut dan mantap macam Ayu Raudah tu, mustahil la kau dapat menahan nafsu selama lima jam."
    aku setuju bab ni din, aku yg tgk pn berdenyut inikan plak mamat yg dh halal nikah dgn pompuan tu. pepehal pn ni cume citer, benda x lojik mmg bnyk. kalo dh kire lojik x jadi citer la ye dak? kekekeke. tp bnyk pengajaran la bole amek dari citer ni, aku yg kurg gemor tgk citer melayu pn bole layan. heheheh

    ReplyDelete
  4. tang jerawat itu sensitipp ! tahniahhh ;)

    ReplyDelete