Sunday, November 25, 2012

Engko perasan tak?



Engko perasan tak?
Sebenarnya aku baru perasan juga ni.
Baru tadi aku perasan masa tengah angkat kontena.

Isteri kalau suami dia kata nak kawen lagi,
otomatik dia akan jadi marah.
Sangat marah sampai pinggan mangkuk melayang.
Periuk belanga terbang.
Berus gigi dan tukul besi juga tekadang melayang.

Engko perasan tak?
Aku baru perasan juga ni.
Baru tadi perasan.
Suami kalau kata nak kawen lagi,
kadang-kadang isteri sampai mintak cerai.
Katanya tak sanggup dimadu.
Tak sanggup berkongsi kasih.
Tak sanggup jadi isteri tua.
Bercerai bermaksud putus kasih.
Kasih anak kepada bapa
dan kasih bapa kepada anak.

Ya, aku baru perasan juga ni.
Soal hati memang susah untuk dibahagi-bahagikan.
Engko masih tak perasan?

Engko perasan tak?
Kalau masih tak perasan mari sini aku hagul kepala engko kat tombol pintu.
Kalau suami tak sembahyang.
Tak puasa.
Tak bangun pagi.
Tak pergi kerja.
Tak bayar zakat.
Tak menutup aurat.
Tak mahu pergi haji.
Isteri tak marah pun.
Kalau marah pun jarang ada pinggan yang melayang.
Tak pernah ada berus gigi dan tukul besi yang terbang.
Tak pernah marah sampai mintak cerai.
Tak pernah kan?
Perasan tak?

Ke buat-buat tak perasan ni?
Jangan begitu..

Suami kalau dia kata nak kawen lagi,
engko jangan la mengamuk tak tentu pasal.
Jangan la marah sampai pinggan mangkuk melayang.
Janganlah sampai mintak cerai.
Suami kalau dia kata nak kawen lagi,
engko pikir la dulu.
Engko doalah pada tuhan.
Kasi mintak petunjuk ke, apa ke.
Bukan kasi pinggan terbang.

Suami kalau tak sembahyang.
Tak puasa.
Tak bayar zakat.
Tak menutup aurat.
Barulah boleh kau hadiahkan pinggan terbang.
Berus gigi dan tukul besi melayang.
Kalau nak mintak cerai pun boleh.
Tapi bagus tanya yang lebih arif.
Aku ni sekadar baru perasan je.
Jangan terikut-ikut sangat dengan nasihat aku yang entah apa-apa ni.

Engko perasan tak?

4 comments:

  1. Kan dah penah buat entri pasal ni. Asek berulang2. Kering idea ke macam mana. Los lobos!!

    ReplyDelete
  2. perasan perasan. kita kalau laki kite nak kawen lagi, kite tampo je. hahaha

    ReplyDelete
  3. aku pn baru perasan.....hahahaha

    ReplyDelete