Sunday, October 28, 2012

Sebenarnya Aidiladha jatuh pada hari Isnin, bukan hari Jemaat!


Sebelum bergerak. 

Baru bergerak. 

Maintain 90 kmj sambil menongkat dagu.

Apa benda? mana ada orang pergi kerja hari Isnin. Nak buat apa sibuk-sibuk bangun pagi, gosok baju, gosok tudung, kilatkan kasut, sapu gincu, celet eyeshadow semata-mata untuk masuk opis? gila la. Tak dibuat orang pekerjaan macam tu. Lepas tu terpaksa pulak merempuh kesesakkan lalu lintas. Hantar anak pergi nursery. Ahh, mengarut semua tu. 

Kan semua orang tahu. Hari Isnin adalah hari yang paling power sekali untuk lepak kat rumah, tengok tivi, sarapan sedap-sedap, basuh kereta, tido sampai begkak mata, main dengan anak dan suami ataupun bersihkan halaman rumah. Mana ada orang pergi kerja pada hari Isnin. Yang pergi kerja hari Isnin ni biasanya lipas dan mentadak mentadu je.

Sebab tu orang tua-tua selalu pesan, kalau nak cari calun suami yang bagus, baik, power, rajin, pembersih, penyayang, romantik, setia dan selalu menghargai, carilah lelaki yang cutinya pada hari Isnin. Insyallah hidup kamu akan bahagia sampai ke syurga. Jadi, tunggu apa lagi? carilah cepat!

Disebabkan hari ni aku offday dan baru dapat merasa nikmat hari raya Aidiladha, jadi aku pun luangkan sikit masa untuk "kawan" aku ni. Bawak dia ronda-ronda pekan Senai sambil cari kalau-kalau ada warung yang masih konsisten jual rendang sama ketupat sambil tengok kesesakkan lalu lintas dan bungkus sarapan untuk dibawak balik rumah. Hah tengok, diam je dia duduk kat dashbord tu.

Comel kan?


3 comments:

  1. ceh, mentang-mentang simpang tiga senai dah power sekarang...

    ReplyDelete
  2. KULIT STERENG ADA 3 BINTIK? CAREFULL BRO, ITU MUNGKIN KULIT BABI..CUBA LU GOOGLE PASAL HAL NI...!!!

    ReplyDelete