Saturday, October 27, 2012

Mana ada orang nak baca blog time hari Ahad?




Mana ada orang nak baca blog time hari Ahad?
Jangan kata hari Ahad, hari biasa pun tak ada siapa nak baca blog gila ni. 
Tapi aku peduli apa. 
Aku menulis bukan kerana nama atau kerana makwe.
Menulis memang hobi aku sejak dari sekolah.
Itu pasal aku dapat 1 untuk subjek Bahasa Malaysia masa SPM dulu.
Sementara semangat tengah ada ni, elok juga tiap-tiap hari aku update entri baru. 

Entah apa cerita agaknya Facebook dan akaun Twitter aku. 
Biarkan dulu. 
Biarkan sampai bersawang dan berhantu. 
Dah boring dengan blog nanti aku balik la ke Facebook dan Twitter.
Sebenarnya aku nak kasi tahu yang kad ATM Maybank aku kena telan semalam.
Memang celaka.
Sekarang ni duit dalam wallet cuma ada RM7.
Entah dapat survive sampai hari Isnin entahkan tidak.
Aku tawakal.
Makan kena catu untuk dua hari.
Minyak kena save untuk dua hari.
Nasib baik aku tak merokok sangat.

Aduhai. 
Celaka betul.
Mimpi makwe lama pulak malam tadi.
Aku tengah plesing bawak AE86.
Dia nampak dan tersipu-sipu malu.
Ngam-ngam alarm bunyi dah pukul 5.00 pagi.
Syaitan memang tak berjaya nak lajakkan tido aku sampai ke siang hari.
Kah kah kah.
Padan muka syaitan!

Oh ya, lupa nak kasi tahu.
10 November 2012 nanti kompeni buat famili day.
Lokasi Legoland.
Inilah masanya nak berseronok kat Legoland sampai pengsan.
Tapi malang pasal date tu time shift aku kerja.
Baru nak terajang pintu...
Nasib baik kompeni kasi tiket khas untuk yang bekerja pada hari tu.
Inilah risiko bekerja disektor perkhidmatan.
Operasi tak berhenti selama 24 jam.
Sedih aku tak ada anak bini.
Kalau ada semua sekali kasi bawak bersuka ria.


1 comment:

  1. orang gila yang baca blog niOctober 29, 2012 at 6:03 AM

    Bawak kita!
    Tapi dia mesti nak bawak Ezan Idma.
    Sebab Ezan Idma tak pakai selipar jamban.
    Ok takpe.

    ReplyDelete