Saturday, January 12, 2013
KL112 dan scene bundel Rengit.
Truttt truttt truttt
Pung pang pung pang Rengit.
Pung pang pung pang okey gua on.
Pung pang pung pang lepas maghrib la gua keluar rumah.
Pung pang pung pang naik kereta lu.
Pung pang pung pang nanti gua kasilah duit minyak.
Pung pang pung pang gua boleh drive.
Pung pang pung pang okey gua mandi kejap.
Solat maghrib.
Sarung baju baseball putih merah.
Minyak rambut Gatsby dan sikat rambut ala kadar.
Picit minyak wangi satu badan.
Pakai jam tangan Swiss made.
Sarung seluar jeans biru kepala kain.
Semangat hari Sabtu untuk anak muda.
Truttt truuttt truuttt
Pung pang pung pang tak jadi!
Pung pang pung pang gua ada hal sikit.
Pung pang pung pang minggu depan la kita pergi.
Pung pang pung pang grrrrrr.
Bancuh teh o panas tipis kurang gula.
Baring depan tibi dengan seluar jeans kepala kain, minyak wangi penuh satu badan, tshirt baseball dan jam tangan Swiss made.
Malam minggu paling power pernah aku buat.
Akhirnya aku berrevolusi sorang-sorang dirumah.
Wednesday, January 9, 2013
Seluar jeans dan baju pengantin.
Dalam masa lima tahun boleh dikira berapa kali sangat aku beli seluar. Entah kenapa aku ni jenis malas dan tak berminat sangat nak beli benda-benda pakaian. Kalau sekali aku beli, maksudnya aku akan pakai seluar tu sampai lunyai. Kalau koyak aku akan tampal, tampal dan terus tampal selagi boleh sampai semua bahagian seluar kainnya jadi nipis.
Paling lama jangka hayat seluar yang aku pakai adalah empat tahun. Itu pun aku ingat dah lebih dari dua puluh kali punya tampal. Biasanya seluar jeans aku akan koyak area lutut, peha dan celah kelengkang. Aku pun tak tahu kenapa bahagian tu kerap sangat koyak. Selagi boleh tampal aku tampal. Sampai satu tahap tukang jahit pun dah kenal dengan aku. Kalau aku datang dia tahulah apa aku nak. Tak ada benda lain selain dari kerja menampal.
Walaupun aku beli seluar lima atau empat tahun sekali, semua seluar yang aku beli tu tak pernah sekali pun aku beli baru atau beli dibutik. Semua seluar dan baju aku beli kat bundle. Ya. Aku lelaki yang tak reti nak beli seluar atau baju kat butik. Bukan tak ada duit. Tapi aku jenis yang tak reti nak buang masa lama-lama duduk dalam shopping complex. Sebenarnya pergi bundle pun aku malas jugak. Malas nak habiskan masa pilih-pilih seluar mana yang sesuai. Sebenarnya aku memang malas nak pening kepala dengan hal penampilan diri.
Dulu masa aku makwe, dia yang rajin pilih-pilihkan baju atau seluar untuk aku. Maklumlah, masyarakat pun tahu yang golongan perempuan ni memang power dalam hal-hal yang berkaitan dengan penampilan diri. Teliti dan agak cerewet. Penat macam mana pun, mereka tetap ada masa untuk ke shopping complex dan pilih-pilih pakaian. Itulah salah satu kelebihan perempuan yang aku tahu. Lelaki pun ada juga yang jenis macam ni. Tapi tak ramai. Biasanya lelaki yang macam ni adalah dari jenis golongan yang sikat rambut ke tepi dan memuja Anuar Zain. Susah kan nak jumpa?
Aku? kalau hal yang berkaitan dengan kereta atau benda-benda lain, In Sya Allah rajin. Tapi hal yang berkaitan dengan penampilan diri, beli baju atau seluar memang aku malas dan kurang berminat. Entah kenapa aku memang jenis tak suka betul buat kerja-kerja membeli belah ni. Biasanya aku gamble suruh kawan-kawan belikan atau beli secara online. Kasi tahu je apa spek yang aku nak. Tahu-tahu dah ada depan mata dan bayar.
Untuk tahun 2013 ni aku baru beli dua seluar jeans bundle. Itu pun macam aku cakap tadi, aku suruh kawan aku yang carikan. Aku oder, tahulah dia nak buat apa. Kebetulan pulak dia ni memang jenis rajin selongkar bundle dan dia sendiri pemilik kedai bundle yang menjual kasut. Alhamdulilah aku berpuas hati dengan seluar yang dia pilihkan dan dengan harga yang mampu milik. Kalau nak harap aku yang cari sendiri memang tak jumpa-jumpalah. Bertahanlah aku pakai seluar yang dah bertampal-tampal tu.
Sepanjang 25 tahun aku hidup atas bumi ni, tahun nilah pertama kali aku beli seluar yang ada kepala kain. Entah haram jadah apa ada istilah kepala kain pulak pada seluar. Aku memang tak pernah amik tahu pasal scene kepala kain ni. Rupanya kepala kain ni merujuk pada ada lipatan kecik kat belakang seluar dengan warna sama macam seluar. Celaka, entah aku pun tak tahu macam mana nak cerita benda kepala kain ni. Kepala kemaluan dan kepala bana aku tahu lah. Ahh bukan penting sangat pun benda kepala kain ni. Apa guna pakai seluar jeans ada kepala kain tapi malas basuh pinggan.
Tapi itulah, aku harap seluar dan baju paling mahal yang aku beli untuk tahun ni adalah seluar dan baju pengantin. Dah lama sangat aku mengidam nak pakai. Aku harap tahun ni misi aku nak memakai baju pengantin menjadi kenyataanlah. Aku nak melaram pergi shopping complex, zoo, padang bola, pergi pasar karat, hafkat dan masjid dengan baju pengantin. Aku nak melaram puas-puas. Beli baju pengantin mahal-mahal setakat pakai atas pelamin nak buat apa. Rugi.
Tuesday, January 8, 2013
Sambal.
Masyarakat tak tahu ke yang sambal dah lama berjaya menyatupadukan kaum kat Malaysia ni? Kalau nak harap politik, entah sampai bila pun tak menjadi.
Sambal ni dah lama menjadi ejen kasih sayang dalam alam rumahtangga.
Itupun masyarakat masih tak sedar lagi.
Sambal juga dah lama menjadi pengubat rindu pada anak-anak perantauan.
Sambal juga adalah pengikat kasih sayang antara ibu dan anak.
Dan rindu yang paling power sekali adalah rindu kepada sambal tumis ibu.
Apa jenis kaum pun kat Malaysia ni semuanya makan sambal.
Kaya, miskin, cantik, hodoh, bodoh, pandai semuanya makan sambal.
Cina, India, Melayu, Kadazan Dusun, hatta orang putih pun makan sambal.
Sambal tidak pernah memikirkan soal kasta. Sambal untuk semua.
Sambal tidak rasis juga sexist.
Penjenayah makan sambal. Polis pun makan sambal.
Kita semua tetap sama bila ada sambal.
Tapi aku sedih.
Kenapa artis Malaysia tak ramai yang nak menyanyi pasal sambal.
Aku rasa tak ada seorang pun artis muda kat Malaysia ni yang menyanyi pasal sambal. Apatah lagi menyanjungi sambal sebagai ejen perpaduan.
Dunia hiburan kita perlu ada 'sambal' untuk menjadi lebih berperisa.
Aku dah muak dengan lagu-lagu hal percintaan.
Hal mari pimpin tangan ku, peluklah daku, cium pipi ku, aku rindu padamu, goyangkan pinggulmu, bibirmu merah bak delima dan seterusnya...
Aku muak dengan hal percintaan yang penuh dengan maksiat.
Aku muak dengan hal percintaan yang tak berkesudahan.
Aku perlukan lagu yang bermotifkan sambal.
Sambal adalah lambang perpaduan kaum di Malaysia.
Sambal adalah kuasa penyatuan umat.
Sambal adalah segala-galanya bagi masyarakat Malaysia.
Monday, January 7, 2013
Makan tak habis.
Sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa, aku rasa malu betul hari tu. Malu pasal tak dapat habiskan makanan dan minuman didepan kawan-kawan. Didepan Farid, Along, Ahmad Nizam dan Shafarina Ramli Sarip.
Sepanjang menjadi lelaki perkasa, tak pernah sekali pun aku tak habis makan. Tapi entah kenapa hari tu aku tewas. Aku tewas dengan nasik dengan lauk ayam dan segelas jus nenas. Dengan segelas jus nenas sekali tak boleh habis tu yang lebih tak masuk akal. Susah nak tengok aku tak habis minum. Kalau air suam itu lain, ini air sedap. Air nenas sejuk!
Aku dah cuba kunyah, cuba telan, cuba habiskan. Tapi aku gagal. Kalau tewas dirumah sendiri mungkin aku tak rasa malu. Masalahnya aku tewas dihadapan kawan-kawan yang sama pesen kuat makan dengan aku. Mana nak letak muka? kalau persatuan tahu mesti teruk aku kena marah. Dan yang lebih memalukan aku tak habis makan makanan tersebut dihadapan Maksu.
Mana aku nak letak muka? reputasi aku sebagai lelaki gagah perkasa dah musnah. Dan yang lebih malang lagi aku juga tak dapat nak habiskan ciken chop Maksu. Maksu tu perot dah la nipis, makan ciken chop baru berapa cubit dah kenyang katanya. Maksu ni sebenarnya kalau makan kuici dua tiga butir pun dia dah kenyang. Inikan pulak ciken chop sebesar dulang. Mana aku nak letak muka? kalau dulu makwe aku tak habis makan, akulah plastik hitamnya. Akulah lori sampahnya.
Sebenarnya ini pengalaman pertama aku makan kat William Kelana Jaya Budak-budak ni bawak aku makan kat sana. Entah, aku sebelum ni tak pernah tahu pun pasal benda William ni. Maklumlah, dah lama sangat tak online Facebook. Aku ingatkan makanan dia biasa-biasa, sekali semuanya besar dulang. Portion dia banyak nak mampus. Satu pinggan bersamaan untuk makan empat orang. Tapi aku makan sorang. Semua pun makan untuk seorang. Memang stail makan kat William macam tu.
Budak-budak lain semua habis makan. Kecuali aku dengan Maksu. Aku tengok Farid pun steady makan walaupun hujung-hujung nampak semput juga nak habiskan sebiji meatball carbonfibre tu. Aku rasa tak puas hati betul hari tu. Bila dah sampai rumah rasa menyesal pasal tak habis makan. Kalau aku bungkus-bungkus kasi kucing pun ada betul juga sebenarnya. Aku fikir bila ada masa terluang, aku nak return semula makan kat situ. Aku kena balas dendam pada makanan-makanan tu. Hal makan tak habis ni bukan boleh dibuat main-main.
Setelah aku fikir-fikir balik, punca aku tak dapat habiskan makanan pada malam tu adalah kerana perut aku masih penuh dengan makanan. Mana taknya, sarapan pagi nasik goreng dua kali tambah kat rumah nenek Ahmad Nizam. Sampai tempat kejadian sempat lagi makan roti apa benda nama dia kat Hailam Kopitiam. Niat dihati sekadar nak temankan Chubby Harus Direjam. Tapi tak boleh tahan, aku pun makan sekali. Tengahari makan pulak nasik kandar yang disponsor oleh pihak penganjur. Benda dah ada depan mata mustahil sekali aku nak menolak. Dan selang beberapa jam, malamnya terus pergi William pula.
Manalah aku tak semput nak habiskan makanan-makanan tu. Makanan dalam perut ni pun masih tak habis diproses lagi. Dan yang lebih malang sekali punca semua hal ini berlaku adalah kerana aku masih lagi tak berak-berak untuk satu hari tu. Biasanya aku akan berak setiap pagi lepas bangun tidur. hari tu entah kenapa aku tak berak. Aku rasa kalau aku berak sikit hari tu tentu aku dapat habiskan semua makanan-makanan tu. Rasa menyesal betul pasal tak berak sebelum makan.
Kesimpulan yang aku buat kat sini ialah, kalau kita nak makan banyak-banyak kita kena berak dulu banyak-banyak kasi perut kembali kosong.
Tuesday, January 1, 2013
Budak naik sekolah.
1986. Hari pertama aku nak menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pelajar darjah satu di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Bergambar kenangan bersama adik lelaki aku.
Sempena budak-budak dah naik sekolah ni, aku ada pantun sikit untuk budak-budak sekolah. Pantun lama dengan nafas baru.
Budak-budak pergi sekolah,
Pergi sekolah naik bas sekolah,
Budak-budak balik sekolah,
Balik sekolah naik bas sekolah.
Engko baca la pantun ni dengan nada yang paling sayu sekali. Seolah-olah engko pergi sekolah dan tidak akan pulang ke rumah lagi sampai bila-bila.
Sebenarnya kalau aku kawen enam tahun dulu, mungkin sekarang ni aku tengah kelam kabut hantar anak-anak aku kesekolah. Mana yang bersekolah menengah, mana yang bersekolah rendah dan yang akan ke universiti. Tapi aku bersyukur kerana masih belum ada anak dan tak perlu kelam kabut untuk semua itu.
Kalau aku ada anak sekarang ni, mungkin aku baru lepas lempang anak aku pasal dah darjah satu tapi masih tak reti-reti ikat tali kasut sendiri.
Dan kalau aku ada anak sekarang ni, bila anak-anak aku semua dah ke sekolah maksudnya aku dah boleh bermain-main dengan isteri aku diruang tamu seperti sediakala.
In Sya Allah...
Monday, December 31, 2012
Lipas
Dulu mak aku selalu tanya bila aku nak kawen. Selalu sangat.
Pantang ada masa berdua, mesti dia akan tanya.
Tak kira siang, malam, baru bangun tido atau ketika sedang memandu.
Satu hari tu masa aku tengah konsentrate menyapu sampah mak aku tanya lagi.
"Din bila kau nak kawen ni?"
Aku diam sambil terus konsentrate menyapu.
Diam tak tahu nak kasi jawapan apa.
Tak sampai hati nak menipu.
Kebetulan masa tu aku perasan ada beberapa ekor lipas dilantai.
Tanpa membuang masa aku ambik satu dan terus masuk kemulut dan kunyah dengan lahapnya.
Mak aku terperanjat tidak terkata dan terus berlalu pergi.
Sejak dari itu mak aku tidak bertanya lagi bila aku nak kawen.
Mungkin dia ingat aku sudah tidak waras lagi sejak ditinggalkan tunang enam tahun lalu...
Sunday, December 30, 2012
Double Demam Part 2.
Kalau ikut kotak, dia suruh buat macam gambar kat kotak ni lah. Tapi memandangkan aku ni jenis rebel, tak minat aku nak simpan kereta standard keluar kilang dalam display kabinet aku. Ini Toyota Mark 2, dengan chasis kod GX81. Bapak aku ada sebiji, tapi dalam bentuk kereta sewa.
Asalnya cuma plastik putih. Macam bayi baru lahir, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Kalau ibu bapanya power, maka power lah rupa bentuk kereta ni nanti bila dah siap.
Macam yang sebelum ni, aku kena tebuk bonet depan secara manual. Orang kilang memang pemalas macam lahanat.
Tak ada susah sangat la nak siapkan enjen ni. Simple je, lecehnya bila nak gam part-part yang celah-celah tu je. Aku malas nak upload step by step proses buat enjen ni. Notebook aku tak power.
Aku cat kereta ni dengan warna sparkling silver. Pakai lebihan cat yang ada kat rumah ni. Tak payah susah-susah pergi kedai beli. Entah tahun bila punya stok cat aku simpan pun aku tak ingat. Ni masking untuk proses buat lining cermin, dan pintu. Cepat betul habis masking tapi aku. Segulung dah la RM10.
Nampak tak seni main masking ni? part yang curve tu engko ingat senang nak masking?
Kalau yang cermin tu pun dah payah, apatah lagi yang bulat macam ni. Dekat setengah jam juga kot aku masking benda ni. Ini namanya rim BBS RG. Bunga tengah tu aku nak sembur warna biru.
Bersepah meja makan. Aku memang suka buat kerja atas meja makan kat dapur. Gambar ni aku snap sekitar pukul 3.00 pagi. Siapkan sikit kerja lepas tu aku terus masuk tido dengan biarkan meja makan ni bersepah. Dah tak larat aku nak kemas.
Part celaka nilah yang makan masa aku lebih dari tiga jam! kau ingat senang nak lowetkan kereta kecik ni? Aku gam lepas tu aku tinggal, esok pagi sambung. Aku tido dengan jari penuh dengan gam gajah. Naik kematu jari.
Hah inilah hasil lowet yang dah aku buat. Tayar termasuk sikit dalam fander. Rim depan tu stok standard tapi aku tukar dengan tayar yang stretch. Sama juga dengan belakang. Tayar aku beli seken hand dengan kawan aku dengan harga RM35.
Sedap juga rupanya rim standard ni lepas aku masukkan tayar stretch. Sebenarnya tak muat, tapi aku paksa masuk. Biar nampak lebih stretch. Lepas tu lowet dengan negatif camber.
Menyesal pulak buat enjen ni simple-simple. Kalau aku tahu, aku bubuh warna yang lebih terang. Yang biru kat depan tiga set tu dari jenama Samco. Sebab tu kaler dia biru.
Ni gambar lepas aku wax tayar. Tapi tak nampak perbezaan pun dalam gambar ni. Buang masa je aku upload.
Engko tahu, nak buat lampu belakang tu je makan dua hari. Nasib baik hasil dia power. Merah tu aku pakai stok lama punya clear red yang masih berbaki. Baru nampak real sikit merah dia.
Celaka, apa pasal ada dua gambar ni? okey takpe. Aku cuma nask kasi tahu yang rim belakang pun aku tukar dengan tayar stretch, lepas tu lowet dan negatif camber. Biar nampak terkangkang sikit.
Rasa puas dapat hasilkan satu benda yang sedap mata memandang macam ni. Sekurang-kurangnya hiburan untuk diri sendiri. Display pun kat dalam bilik sendiri.
Ini view dari atas. Gambar interior memang aku malas nak upload. Banyak sangat step dia pasal aku main dua tone warna.
Facelift depan GX81 Mark 2. Facelift depan ni kalau ikut kereta sebenar ada macam-macam. Kalau model Chaser lain, kalau Cresta lain, kalau Cressida pulak lain. Toyota kan rajin buat kerja banyak-banyak, lepas tu kongsi chasis yang sama. Lepas tu orang kat Malaysia boleh jadi sawan nak cari bodypart dia.
Macam tak lawa pulak bila ada bonet. Yang celakanya fitmen bonet depan tu tak ngam pulak bila dah masuk enjen dan pasang part yang lain. Ke aku salah potong?
Macam tak sedap pulak view ni. Tapi inilah kereta kecik terakhir yang aku buat untuk tahun 2012. Tahun depan aku sambung buat lagi dengan model yang lain. Dah ada sekotak tu tengah menunggu. Tunggu je la 1 Januari 2013 nanti.
Sebenarnya masa mula-mula aku beli kereta kecik ni, aku ingat nak buat sebiji macam kereta sewa bapak aku. Tapi bila aku fikir-fikir balik, rasa macam tak sedap pulak pasal kereta sewa bapak aku dah tukar kepada warna hitam dengan bumbung kuning. Kalau masih menten warna biru dengan bumbung kuning nak juga aku buat. Tapi takpelah, boleh beli yang lain untuk buat sebiji macam kereta sewa bapak aku nanti.
Dua minggu juga aku amik masa untuk siapkan kereta ni. Mula-mula ingat macam malas nak buat. Tapi disebabkan aku dah tak ada apa nak buat kat rumah ni, dan rasa bosan yang membuak-buak, aku pun buatlah benda ni. Selalunya macam tulah. Bosan aku akan hilang kalau ada aktiviti nak dibuat. Kang kalau aku bantai tido seharian kat rumah time offday, masyarakat kata aku pemalas pulak. Badan boleh jadi gemuk pun ya juga. Main bola sepak dah la malas, macam mana badan nak sehat. Peluh tak keluar.
Semalam kereta kecik ni siap. Aku marathon buat sampai pukul 4 pagi. Jahanam. Walaupun mata dah berpinar-pinar, tapi aku kuatkan semangat untuk terus bertahan. Ini jam makwe semua dah masuk tido, henpon pun dah tak berbunyi.
Bila dah sampai pada satu part yang kau dah konsisten buat, kau tak boleh nak stop macam tu je dan pergi masuk tido. Tak boleh. Kalau dah buat, kau kena terus siapkan. Kalau kau tinggal dan sambung esok, tune dia dah lain. Risau nanti hasilnya tidak semetri. Mungkin ada yang senget dan sebagainya. Timing masa untuk setiap part memang kena ada. Kalau silap timing, jadilah macam aku ni. Terpaksa bersengkang mata sampai pukul 4 pagi. Kalau aku buat solat tahajud dan solat taubat mungkin ada lebih baik. Permainan dunia ni memang penuh dengan kejahatan. Subhanallah...
Alhamdulilah semuanya dah pun siap, dan ini hasil yang akan aku bawa ke Kolumpo nanti. Aku tak harap apa-apa. Tapi kalau menang Alhamdulilah. Kalau tak memang pun aku tetap bersyukur sebab dapat hasilkan satu benda yang boleh buat aku rasa syok sendiri. Dari tahun ke tahun hasil kerja tangan aku ada perubahan. Malangnya aku masih tak berkongsi kelebihan ini dengan isteri dan anak-anak...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)