Tuesday, January 8, 2013

Sambal.


Masyarakat tak tahu ke yang sambal dah lama berjaya menyatupadukan kaum kat Malaysia ni? Kalau nak harap politik, entah sampai bila pun tak menjadi.
Sambal ni dah lama menjadi ejen kasih sayang dalam alam rumahtangga.
Itupun masyarakat masih tak sedar lagi.
Sambal juga dah lama menjadi pengubat rindu pada anak-anak perantauan.
Sambal juga adalah pengikat kasih sayang antara ibu dan anak.
Dan rindu yang paling power sekali adalah rindu kepada sambal tumis ibu.

Apa jenis kaum pun kat Malaysia ni semuanya makan sambal.
Kaya, miskin, cantik, hodoh, bodoh, pandai semuanya makan sambal.
Cina, India, Melayu, Kadazan Dusun, hatta orang putih pun makan sambal.
Sambal tidak pernah memikirkan soal kasta. Sambal untuk semua. 
Sambal tidak rasis juga sexist.
Penjenayah makan sambal. Polis pun makan sambal.
Kita semua tetap sama bila ada sambal.

Tapi aku sedih.
Kenapa artis Malaysia tak ramai yang nak menyanyi pasal sambal.
Aku rasa tak ada seorang pun artis muda kat Malaysia ni yang menyanyi pasal sambal. Apatah lagi menyanjungi sambal sebagai ejen perpaduan.
Dunia hiburan kita perlu ada 'sambal' untuk menjadi lebih berperisa.
Aku dah muak dengan lagu-lagu hal percintaan.
Hal mari pimpin tangan ku, peluklah daku, cium pipi ku, aku rindu padamu, goyangkan pinggulmu, bibirmu merah bak delima dan seterusnya...
Aku muak dengan hal percintaan yang penuh dengan maksiat.
Aku muak dengan hal percintaan yang tak berkesudahan.

Aku perlukan lagu yang bermotifkan sambal.
Sambal adalah lambang perpaduan kaum di Malaysia.
Sambal adalah kuasa penyatuan umat.
Sambal adalah segala-galanya bagi masyarakat Malaysia.


6 comments:

  1. sebenarnya kau rindu nk mkn sambal ke?

    ReplyDelete
  2. Sambal sotong..perghhh

    ReplyDelete
  3. alleycats ada nyanyi lagu pasal sambal belacan..

    ReplyDelete
  4. andrian penyanyi kanak-kanak tahun 90an ada lagu sambal belacan.

    ReplyDelete