Monday, January 7, 2013

Makan tak habis.


Sebagai seorang lelaki yang gagah perkasa, aku rasa malu betul hari tu. Malu pasal tak dapat habiskan makanan dan minuman didepan kawan-kawan. Didepan Farid, Along, Ahmad Nizam dan Shafarina Ramli Sarip.

Sepanjang menjadi lelaki perkasa, tak pernah sekali pun aku tak habis makan. Tapi entah kenapa hari tu aku tewas. Aku tewas dengan nasik dengan lauk ayam dan segelas jus nenas. Dengan segelas jus nenas sekali tak boleh habis tu yang lebih tak masuk akal. Susah nak tengok aku tak habis minum. Kalau air suam itu lain, ini air sedap. Air nenas sejuk!

Aku dah cuba kunyah, cuba telan, cuba habiskan. Tapi aku gagal. Kalau tewas dirumah sendiri mungkin aku tak rasa malu. Masalahnya aku tewas dihadapan kawan-kawan yang sama pesen kuat makan dengan aku. Mana nak letak muka? kalau persatuan tahu mesti teruk aku kena marah. Dan yang lebih memalukan aku tak habis makan makanan tersebut dihadapan Maksu.

Mana aku nak letak muka? reputasi aku sebagai lelaki gagah perkasa dah musnah. Dan yang lebih malang lagi aku juga tak dapat nak habiskan ciken chop Maksu. Maksu tu perot dah la nipis, makan ciken chop baru berapa cubit dah kenyang katanya. Maksu ni sebenarnya kalau makan kuici dua tiga butir pun dia dah kenyang. Inikan pulak ciken chop sebesar dulang. Mana aku nak letak muka? kalau dulu makwe aku tak habis makan, akulah plastik hitamnya. Akulah lori sampahnya.

Sebenarnya ini pengalaman pertama aku makan kat William Kelana Jaya Budak-budak ni bawak aku makan kat sana. Entah, aku sebelum ni tak pernah tahu pun pasal benda William ni. Maklumlah, dah lama sangat tak online Facebook. Aku ingatkan makanan dia biasa-biasa, sekali semuanya besar dulang. Portion dia banyak nak mampus. Satu pinggan bersamaan untuk makan empat orang. Tapi aku makan sorang. Semua pun makan untuk seorang. Memang stail makan kat William macam tu.

Budak-budak lain semua habis makan. Kecuali aku dengan Maksu. Aku tengok Farid pun steady makan walaupun hujung-hujung nampak semput juga nak habiskan sebiji meatball carbonfibre tu. Aku rasa tak puas hati betul hari tu. Bila dah sampai rumah rasa menyesal pasal tak habis makan. Kalau aku bungkus-bungkus kasi kucing pun ada betul juga sebenarnya. Aku fikir bila ada masa terluang, aku nak return semula makan kat situ. Aku kena balas dendam pada makanan-makanan tu. Hal makan tak habis ni bukan boleh dibuat main-main.

Setelah aku fikir-fikir balik, punca aku tak dapat habiskan makanan pada malam tu adalah kerana perut aku masih penuh dengan makanan. Mana taknya, sarapan pagi nasik goreng dua kali tambah kat rumah nenek Ahmad Nizam. Sampai tempat kejadian sempat lagi makan roti apa benda nama dia kat Hailam Kopitiam. Niat dihati sekadar nak temankan Chubby Harus Direjam. Tapi tak boleh tahan, aku pun makan sekali. Tengahari makan pulak nasik kandar yang disponsor oleh pihak penganjur. Benda dah ada depan mata mustahil sekali aku nak menolak. Dan selang beberapa jam, malamnya terus pergi William pula.

Manalah aku tak semput nak habiskan makanan-makanan tu. Makanan dalam perut ni pun masih tak habis diproses lagi. Dan yang lebih malang sekali punca semua hal ini berlaku adalah kerana aku masih lagi tak berak-berak untuk satu hari tu. Biasanya aku akan berak setiap pagi lepas bangun tidur. hari tu entah kenapa aku tak berak. Aku rasa kalau aku berak sikit hari tu tentu aku dapat habiskan semua makanan-makanan tu. Rasa menyesal betul pasal tak berak sebelum makan.

Kesimpulan yang aku buat kat sini ialah, kalau kita nak makan banyak-banyak kita kena berak dulu banyak-banyak kasi perut kembali kosong.



7 comments:

  1. dahlama aim nak pergi william. tapi tak berkesempatan lagi..ada nampak satu kat danau kota, setapak.

    ReplyDelete
  2. william padu tapi tempat dia tak best sangat. p adik dia la, murni..baru sedap sikit..

    ReplyDelete
  3. hahaa org tgh frust elok bace cite ni . bagi nafsu makan datang balik !

    ReplyDelete
  4. sudah la din...terima hakikat yang kau sudah gagal!

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah.Rugi bawak lu ni pegi makan kat sana.

    ReplyDelete
  6. kem salam kat Chubby Harus Direjam..cantikk nama tu....harharharhar...

    ReplyDelete