Tuesday, January 1, 2013

Budak naik sekolah.


1986. Hari pertama aku nak menjejakkan kaki ke sekolah sebagai pelajar darjah satu di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Bergambar kenangan bersama adik lelaki aku. 


Sempena budak-budak dah naik sekolah ni, aku ada pantun sikit untuk budak-budak sekolah. Pantun lama dengan nafas baru.

Budak-budak pergi sekolah,
Pergi sekolah naik bas sekolah,
Budak-budak balik sekolah,
Balik sekolah naik bas sekolah.

Engko baca la pantun ni dengan nada yang paling sayu sekali. Seolah-olah engko pergi sekolah dan tidak akan pulang ke rumah lagi sampai bila-bila.

Sebenarnya kalau aku kawen enam tahun dulu, mungkin sekarang ni aku tengah kelam kabut hantar anak-anak aku kesekolah. Mana yang bersekolah menengah, mana yang bersekolah rendah dan yang akan ke universiti. Tapi aku bersyukur kerana masih belum ada anak dan tak perlu kelam kabut untuk semua itu.

Kalau aku ada anak sekarang ni, mungkin aku baru lepas lempang anak aku pasal dah darjah satu tapi masih tak reti-reti ikat tali kasut sendiri.

Dan kalau aku ada anak sekarang ni, bila anak-anak aku semua dah ke sekolah maksudnya aku dah boleh bermain-main dengan isteri aku diruang tamu seperti sediakala.

In Sya Allah...


5 comments:

  1. Comelnya adek dia. Patutlah sekarang hensem. Nyum nyum nyum

    ReplyDelete
  2. Pantun paling hebat abad ini. kihkih.

    ReplyDelete
  3. anak sulong aku dah darjah 1 tahun ni. sama dengan jimbo kan?

    ReplyDelete
  4. anak sulong aku dah darjah 1 tahun ni. sama dengan jimbo kan?

    ReplyDelete