Friday, December 7, 2012

Vaarallinen - Demo kaset


Artwork yang simple. Rasanya gambar polis tu. 


Kaset punya artwork pun simple. Tampak pakai kertas yang diprint je. 


Lirik dalam bahasa inggeris ada, dalam bahasa Sweden pun ada.


Entah kenapa aku ni jenis yang cepat sangat tertarik dengan kaset. Lagi-lagi kalau demo. Belum dengar lagu, tak tahu apa-apa pasal band dan musick yang dia orang main pun aku dah boleh jadi teruja untuk dapatkan kaset tu. Ini bukan kali pertama. Aku rasa memang sejak dari dulu lagi. Sejak mula-mula aku kenal dengan punk. Entah kenapa aku rasa kaset ni macam unik. Lebih menarik dari cd. Kalau susun banyak-banyak kat dalam bilik nampak macam lawa. Pandangan orang lain aku tak pastilah. Bersusah payah juga aku usaha nak dapatkan demo ni. Kontek kawan sana sini. Akhirnya dapat juga. Aku tak pasti demo ni rilis tahun bila. Dengar cerita label yang riliskan demo ni nak buat cetakkan kedua. Maksudnya demo ni dalam kategori rare jugalah ya. Jadi punk kalau asyik nak kejar benda rare nampak gaya sampai bila pun masalah penindasan, peperangan dan kemiskinan tak akan selesai. Aku tertarik nak dapatkan demo ni pasal dapat tahu sebahagian dari line up band ni main dengan Snaggletooth juga. Mungkin ada persamaan dari segi musick. Tapi jangkaan aku tu memang jauh sekali meleset.

Vaarallinen ni kumpulan punk yang berasal dari Singapura. Singapura yang kita kenali dengan bandar maju dan lebih "bertamadun" dari Malaysia. Bersih, bersistematik, sempit, Sing dollar, tak boleh makan singam, tak ada tempat untuk berlumba haram, tak boleh itu, tak boleh ini. Banyak sangat pantang larang. Singapura yang baru-baru ni kalahkan pasukan bola sepak Malaysia dengan 3 - 0. Padan muka Malaysia. Tapi dalam pada banyak pantang larang tu, ada juga budak-budak punk yang hidup didalamnya. Punk yang berjuang bermati-matian untuk melawan semua sistem yang dirasakan menindas tadi. Entah dia orang ni rimas atau entah dia orang ni selesa. Aku tengok hidup juga budak-budak punk kat Singapura tu walaupun undang-undang negaranya menyesakkan. Sebenarnya dia orang ni selesa hidup sebagai punk dikota yang serba moden seperti Singapura tu. Nak apa pun semua dapat. Rasanya kalau jadi punk kat Malaysia ni hidupnya lebih mencabar sikit. Banyak punk yang betul-betul miskin kat Malaysia ni. Semiskin-miskin punk kat Singapura tu, IPhone juga yang dia orang pakai. Kalau kat Malaysia ni, selagi belum lunyai henpon tu, selagi itulah dia akan pakai. Janji boleh dibuat panggilan dan membalas sms. Mungkin ramai juga yang macam tak percaya Singapura ada budak punk. Aku rasa punk Malaysia dengan punk Singapura banyak dibezakan dengan henpon.

Tak. Ni sebenarnya aku nak cerita apa benda ni? Vaarallinen ni pada aku kumpulan muscik punk yang bijak sekali meniru, menyembah dan mengagungkan kumpulan-kumpulan hardcore punk dari Sweden. Tengok pada nama band pun kita dah dapat agak. Itu baru tengok pada nama band, kalau engko nak tahu, dia orang menyanyi pun dalam bahasa Sweden. Hebat tak hebat dia orang ni meniru. Padahal bukan orang Sweden pun. Entah apa pelik kadang-kadang aku tengok budak-budak punk ni. Sekali dia orang tiru, memang power. Kau ingat senang nak menyanyi dalam bahasa Sweden? engko ingat senang nak menghafal semua itu? Kalau aku tak ada kerja la nak buat semua tu. Sakit kepala tahu? Duduk asia tapi sibuk nak nyanyi dalam bahasa Sweden. Kan jadi susah nak sampaikan mesej. Katanya punk itu berkenaan dengan mesej, bukan sekadar musick. Entahlah.

Dari segi musick memang power. Punk Singapura kalau main apa jenis musick pun memang selalu power. Selalu boleh buat orang Malaysia dan dunia amnya jadi sawan. Memang boleh buat kita khayal melayan adunan musick dari mereka. Tapi itulah, sekadar musick jelah. Engko tak faham apa dia orang nyanyi. Kalau dia orang ni memang datang dari Sweden tu aku tak kisah sangatlah. Tapi mujurlah kat demo dia orang ni ada disertakan dengan lirik sekali yang telah diterjemah kepada bahasa inggeris. Lega sikit rasa. Kurang sikit rasa marah tadi. Kalau tak ada lirik tadi memang terniat juga aku nak campak demo ni dari atas kren ke bawah. Biar hancur berkecai. Itulah, buat kerja review ni kalau perut tengah lapar memang lain macam pergi dia. Asik nak marah-marah je. Okey, aku baru lepas makan nasi ni. Baru dapat tenaga sikit nak sambung buat review demo ni. Dari segi musick dia orang ni gah dan power dengan musick hardcore punk dari Sweden. Raw punk dengan sikit sentuhan d-beat. Ala budak-budak punk kata Swedish hardcore la. Aku nak kasi contoh band tapi nanti takut salah eja pulak. Maklum la nama band Sweden ni pelik dan susah sikit nak eja. Lebih kurang macam Moderat Livid apa benda aku lupa nak eja.

Sebenarnya aku tak kisah sangat benda yang lain tu. Nak meniru ke, nak nyanyi apa jenis bahasa ke, itu kreativiti dia orang. Aku tak ada hal. Tapi bila aku semak-semak lirik dia orang, aku perasan ada satu lagu lirik pasal tak percaya dengan wujudnya tuhan. Benda tu terus buat aku rasa down nak review demo ni. Tak faham betul aku dengan budak-budak yang tak percaya tuhan. Tak kisahlah samada engko punk ke, dangdunt ke, k-pop ke apa jenis sekalipun, yang engko tengok tuhan kat langit tu apa pasal. Engko ingat tuhan duduk kat atas awan? bila hujan lebat habis basah lencun, dan hangus disambar petir? engko tak ada otak untuk belajar dan berfikir? engko yang bijak pandai takkan tak boleh fikir yang setiap kejadian pasti ada yang menciptanya. Benda simple macam gini pun engko tak boleh fikir ada hati nak selesaikan masalah dunia. Engko ingat demo ni boleh jadi dengan sendirinya kalau tak engko yang buat? 

Kadang-kadang aku semangat nak kasi tahu masyarakat yang punk ni benda baik. Benda yang boleh dibuat contoh kepada masyarakat, benda yang lebih power dari scene mat rempit dan ahli politik. Biar masyarakat tengok punk ni senonoh sikit. Dahlah dari dulu masyarakat asyik pandang serong pada budak-budak punk. Tapi bila tiba part punk tak percaya tuhan ni, aku terus kurang konfiden sikit. Itulah, sebenarnya yang membuatkan punk jadi tak senonoh dimata masyarakat adalah datangnya dari punk itu sendiri. Benda ni aku dah cerita banyak kali juga dalam zine dulu. Tapi biasalah, kebanyakkan punk kat Malaysia ni bukan boleh terima sangat. Dikatanya aku ni moralis la, religious la. Ada otak tak reti nak guna dia orang ni. Dia ingat kalau jadi punk semua benda dia boleh dan suka-suka nak langgar dan mula buat aturan alam ikut sesuka hati. Entahlah, aku kalau dah cerita benda-benda serius ni nanti boleh jadi bergaduh pulak. Ni pun aku rasa dah tak macam review. Dah macam celaka pulak jadinya.

Takpelah, sebelum aku pergi lebih merapek, aku rasa ada baiknya aku stop sini dulu. Ada banyak lagi kontena yang aku nak kena angkat. (02 Disember 2012)


8 comments:

  1. cun jugak pemandangan opis kau.

    ReplyDelete
  2. Eh..kalau tak suka tape ni, jual kat aku la...

    ReplyDelete
  3. Mesti kau pun tak faham kenapa org Hindu ada byk tuhan kan? Mesti kau rasa tuhan namanya mesti Allah, dan Yahweh atau Tuhan tak bole digunakan? MestIi ko rasa punk ni cool Sgt smp masyarakat gak patut tak terlepas menyukainya kan? Kelakarlah org jb ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau lagi kelakar. Kau tau tak ayat kau ni berbaur fasis? Apa salahnya masyarakat suka dengan punk? Kenapa kau nak letakkan border antara punk dan non-punk? So now kau nak kata kau special lah sebab kau punk? My ass.

      Delete
  4. Hafiz dah jumpa tuhan, alhamdulillah. syurga tmpt ko pis. hehehe

    ReplyDelete
  5. ini review kaset ke review perihal lineup band? macam lebih review benda personal band je..lawak la tukang review ni

    ReplyDelete
  6. wei dengar cite hafiz bastard dah semayang tunggang terbalik 7 kali sehari lepas baca riview lu ni beb!!!dahi die pon gua dah tengok start hitam sikit sikit.macam uztaz azhar idrus!!!die dah nampak cahaya melayu jawa islam die tu.alhamdullillah!!!moga moga die tak masok neraka la nantikan sebab dahi die dah hitam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la dia dah solat. Ingat tuhan. Ingat dari mana dia datang. Daripada kau ? Haha. Kelakar la korang ni. cuba la jadi PUNK yang educated, ada akal sikit. Fikir secara rasional sebagai seorang manusia. Just saying. Kalau terasa AMBIK. Hihihi. And wahai admin, kenapa music jadi musick ? Typo error or memang sengaja dilakukan ? Just asking bro.

      Fahmi.
      Kuala Lumpur.

      Delete