Sunday, December 9, 2012

Melawan lampu besar dengan 180kmj.


Satu benda yang aku kurang minat kalau kerja siang adalah ketika memandu untuk ke tempat kerja.
Lagi-lagi kalau aku terpaksa bawak kereta ke tempat kerja.
Memang leceh dan rimas.
Benda yang selalu buat aku naik darah ketika memandu adalah pemandu dibelakang yang jenis otak letak dekat buku lali.
Bukan nak mengutuk atau apa.
Tapi kebanyakkan dari mereka adalah pemandu dari Singapura.
Pemandu Singapura ni kurang prihatin sikit dengan suasana memandu pagi.
Pagi seawal jam enam pagi.
Biasanya pada waktu-waktu hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat.
Pada waktu-waktu ni lebuhraya Second Link memang sesak.
Bukan dengan kereta tetapi motosikal.
Orang Malaysia yang terpaksa bangun seawal jam empat pagi.
Yang tidurnya cuma sekitar enam jam.
Menunggang motosikal dan berpusu-pusu untuk kejar masa masuk Singapura.
Dah macam sekumpulan lalat pun ada aku tengok kadang-kadang.

Ramai pemandu kereta dari Singapura tak alert sangat dengan benda dan situasi ni. Yang dia tahu nak cepat sampai.
Tak peduli sangat dengan pesekitaran motosikal yang bersepah-sepah ni.
Lorong kanan ada motosikal.
Lorong kiri ada motosikal.
Dan lorong tengah pun ada motosikal.
Kadang-kadang bila memandu kereta aku tersepit diantara mereka.
Tapi aku tak kisah sangat. Aku faham.
Pasal aku pun penunggang motosikal seperti mereka juga.
Aku kadang-kadang kejar masa.
Tapi mereka selalu dan terpaksa kejar masa dalam keadaan tak cukup tidur.

Yang buat aku naik darah selalunya ialah bila aku menten disatu-satu lorong,
ada saja pemandu kereta dari belakang main lampu tinggi.
Main lampu tinggi suruh aku ketepi untuk memberi laluan.
Bukan aku tak mahu mengalah.
Bukan juga aku tak mahu ketepi.
Kanan motosikal. Kiri juga motosikal.
Engkau nak suruh aku selit kemana lagi?
Engko tak tahu ke kalau aku ubah laluan secara tiba-tiba akan mengundang bahaya kepada penunggang motosikal tadi?
Tapi engko tak faham, engko main lampu besar lagi.
Benda-benda macam ni memang senang buat aku naik darah.
Aku memang tak salahkan penunggang motosikal tu.
Kereta kat belakang aku ni yang bangang.

Biasanya bila hati dah panas dan darah pun dah mendidih, memang aku tak kasi peluang punya.
Tiga kali kena main lampu besar, memang aku drop gear dan terus pecut.
Tak kisah la kereta apa pun yang aku bawak.
Kalau BLM, BLMlah.
Kalau Camry, Camrylah. Lagi sedap.
Kalau Corona, lagilah engko jangan buat hal.
Memang aku tekan pedal tu sampai habis meter.
Kalau BLM dapat 180kmj.
Kalau Camry dapatlah 210kmj.
Tapi kalau Corona, pernah sekali cecah 240kmj!
Tapi bukan KLMJ.
Itu kalau laluan depan aku clear la.

Tapi kalau laluan depan aku agak kurang clear, biasanya aku akan ambil masa sikit untuk mengalah. Mengalah dan masuk ke laluan sebelah dalam keadaan sukar. Okey takpe.
Aku beri engko laluan selesa untuk memecut.
Tapi lepas kereta engko dah ada kat depan mata.
Siap-siaplah memang aku tak kasi peluang punya.
Aku ikut belakang engko pulak.
Tadi tiga kali engko main lampu besar kan?
Sekarang tiba giliran aku pulak.
Engko tiga kali, tapi aku sepanjang jalan memang aku guna lampu besar.
Lampu besar dalam keadaan rapat dibelakang engko.
Apa macam?
Ada rimas?
Ada geram?
Ada marah?
Rasa tercabar dan ingin memecut tapi depan engko ada motosikal dan kereta?
Tak boleh nak kemana-mana dah?

Ada satu kata.
Pergi jahanam sana!
Rasakan! rasakan! rasakan!
Sampai simpang ke Pelabuhan Tanjung pelepas.
Aku pun belok.
Belok dengan keadaan lega dan puas.
Puas dapat sakitkan hati engko pulak.
Rasakan! rasakan! rasakan!


P/s. Sakit betul hati aku masa memandu untuk ke tempat kerja pagi tadi. Tak habis-habis dengan lampu besar. Aku ni kalau sesak dan nak cepat macam mana pun, memang tak pernah guna lampu besar untuk minta laluan. Lagi-lagi dalam keadaan jalan sesak. Jangan kata lampu besar, bunyi hon pun aku tak pernah. Aku bukan jenis pemandu yang suka bunyi hon macam kebanyakkan pemandu kat Kolumpo sana biar apa jenis keadaan ketika pemanduan pun.

Biasanya kalau ternampak kawan atau kereta yang aku kenal, aku akan tekan pedal minyak sampai bunyi enjen mengaum. Kalau dia perasan dia perasan la. Kalau tidak, tidaklah. itu cara aku. Bunyi-bunyi hon, dan main lampu besar ni aku tak gemar. Itu bukan identiti dan etika aku ketika memandu sejak dari dulu lagi. Lagi pun Corona aku tu dah lebih dari sepuluh tahun hidup tanpa hon. Lampu besar pun kalau aku guna otomatik semua lampu jadi padam. Haha.


2 comments:

  1. aku ingatkan drop gear nak bagi lagi slow. bagi dia lagi sakit hati. tapi aku faham, semua orang pun nak kejar masa. tak kuasa nak main lengah2 ni...

    ReplyDelete
  2. I blog quite often anԁ Ι sегіouѕly appreсiate уour informatіon.
    This article has reallу peаked mу interеѕt.
    I'm going to bookmark your site and keep checking for new information about once per week. I opted in for your Feed too.

    Also visit my web site ... unlock iphone 4

    ReplyDelete