Friday, November 2, 2012

Persiapkan diri untuk ke Australia.



Nampak gaya dalam masa terdekat ni Cik Corona kena masuk bengkel semula, kena buat persiapan paling power untuk gathering kali ni. Alangkah gathering kat Pasir Gudang dan Kolumpo pun aku kasi oberhol enjen, inikan pula gathering sampai ke Australia. Aku tak nak ada apa-apa masalah sepanjang perjalanan ke sana nanti. Kali ni segala kelengkapan dan keselesaan semasa memandu perlu dititik beratkan. Penghawa dingin kena ada, radio kena ada, lampu kecemasan kena ada. Dan yang paling penting sekali tayar spare pun kena ada. Ya, sepanjang penglibatan Cik Corona secara serius dalam dunia pemotoran kereta klasik, tidak pernah sekalipun ada tayar spare kat bonet belakang. Kosong. Makwe pun tak ada, apatah lagi tayar spare.

Aku tak pasti untuk rombongan atau konvoi kali ni berapa ramai yang nak ikut. Kalau tak ada orang nak pergi, aku memandu sorang-sorang pun tak kisah. Yang penting kereta aku kena sampai sana juga. Apa guna aku buat passport hari tu kalau sampai sekarang masih tak digunakan. Inilah masanya. Entah apa la agaknya reaksi orang-orang Australia bila tengok kereta aku nanti.  Mesti dia orang tak percaya yang orang Melayu kampung macam aku ada kereta power seperti Corona. Siap dengan twin kaberater lagi. Sekaligus aku bawak nama "Tuner From Hell" sampai ke sana. Entah macam mana la agaknya gaya makwe-makwe kat sana nanti bila meleset-leset kat kereta aku. Tapi aku harap benda tu tidak akan terjadi. Aku harap aku tak lupa diri bila nampak buah dada sebesar 18 inci kat sana nanti. 

Kos perjalanan pun aku kena ambik kira juga sebenarnya. Masa pergi Kolumpo hari tu pun kos minyak untuk pergi balik cuma RM200 sahaja. Itupun dari tol Skudai terus sampai ke tempat kejadian. Tak ada pusing mana-mana pun. Aku fikir kos untuk perjalanan kali ni mungkin akan jadi lebih sikit. Mungkin minyak sekitar RM300 untuk pergi dan balik. Yang sedang aku fikir dan agak risau sekarang ni ialah kos untuk tol. Hari tu pun dari Johor Bahru ke Sungai Besi dah RM90. Tapi orang kata kalau nak jimat kita masuk ikut Singapura, kemudian naik ke Batam dan seterusnya. Kalau nak ikut Kalimantang memang murah. Tapi kereta aku lowet, susah sikit nak meredah hutan belantara. Takpe, nanti aku fikirkan lagi bagaimana caranya.

Alamat lambat lagilah aku berumahtangga kalau macam ni gayanya. Okey, aku nak pergi pam tayar Corona kejap. Dah dekat dua bulan tak jalan. Tayar pun jadi kempis.


5 comments:

  1. tak ke celake nak memandu ke australia

    ReplyDelete
  2. Dеfinitely bеlieѵe that whіch you ѕtateԁ.
    Your favorite reasоn seemeԁ to be on the іnteгnеt the simρlest thing to be
    awаrе of. I say to you, I dеfinitely get іrked ωhile people cοnѕider ωorries
    that they plainlу don't know about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people can take a signal. Will likely be back to get more. Thanks
    My page ; netbooks cheapest

    ReplyDelete
  3. I blog often and I truly thank you fоr your infoгmatiοn.
    Τhіs аrticle has reаlly peаκеd my interest.
    I'm going to book mark your website and keep checking for new details about once a week. I subscribed to your RSS feed as well.

    Feel free to visit my homepage ... iphone repair apple store
    Also see my web site: unlock iphone 3g

    ReplyDelete