Monday, October 15, 2012

Bulan tanpa Facebook dan juga Twitter = Jahanam!


Amboi selesa betul hidup tanpa Facebook dan juga Twitter. Diam tak diam dah dekat dua minggu jugak aku tak bukak dua lama sosial celaka tu. Kalau tidak asal ada masa terluang, memang kesitu aku melepak. Eh, sebenarnya bukan masa terluang sahaja, tengah sibuk bekerja pun masih juga mahu ber Twitter dan ber Facebook. Dah macam udara dan air pula aku rasa kepentingan dua laman sosial celaka tu. Tak cukup depan laptop, dengan henpon pun jadi. Akibatnya bill melambung dan kualiti kerja entah kemana.

Bila hidup tanpa dua lama sosial tu, aku rasa masa tidur aku lebih berkualiti dan teratur. Hampir 24 jam masa aku dipenuhi dengan tido kalau aku tidak bekerja walau hakikatnya tengah kerja pun aku selalu tido juga. Kalau makwe lama yang ibarat macam air dan udara tu aku boleh lupa, apalah sangat nak lupa dua lama sosial celaka tu yang kewujudannya tak pernah menjamin kita kesyurga. Ke neraka mungkin cerah.

Kalau dulu balik kerja, lepas mandi terus online. Sekarang balik kerja, lepas mandi terus tido. Bila dah online, otomatik waktu tido aku menjadi berkurangan sekaligus membuatkan aku sentiasa mengantuk semasa bekerja. Bukankah itu celaka namanya?

Aku nak tengok, sebenarnya berapa lama aku boleh hidup tanpa dua benda bedebah tu. Sebelum ni aku pernah cuba dan bertahan hanya untuk sebulan. Pada aku sebulan pun dah kira power juga. Aku tak rasa ramai kawan-kawan aku boleh bertahan hidup selama sebulan tanpa Facebook dan juga Twitter. Apatah lagi internet. Lebih-lebih lagi yang bekerja dipejabat. Mati kutu mereka dibuatnya.

Masalahnya cuma bila aku tak bukak dua lama sosial tu, banyak perkembangan kawan-kawan aku jadi tak tahu. Bila aku tak tahu perkembangan kawan-kawan jangan harap dia orang nak update kat aku melalui pesanan ringkas. Apatah lagi dengan membuat panggilan. Celaka bukan? Dan bila ada apa-apa acara atau benda penting aku jadi terlepas pandang. Ahhh nasip dia la..

Aku tak rasa dua laman sosial tu penting sangat buat aku untuk masa ni. Aku anggap dua laman sosial tu tak lebih dari tempat untuk bersuka ria. Memang selama ini itulah anggapan aku tentang lama sosial. Nama pun lama sosial. Kalau nak ilmu, banyak lagi medium aku boleh jumpa dan boleh cari. Ke perpustakaan misalnya. Berapa ramai orang yang nak lepak perpustakaan sekarang ni? Dah macam banglo berhantu aku tengok perpustakaan sekarang ni. 

Masalahnya dalam perpustakkan pun orang masih berinternet juga. Masih tak lepas dengan Facebook dan Twitter juga. Ah sudah!



P/S. Sebenarnya aku tengah praktis menulis entri panjang-panjang untuk projek zine aku. Harap-harap otak aku masih lagi tajam dan cemerlang macam dulu. 



2 comments:

  1. blogging pun lebih kurang jugak. kalau silap dayung, terjun laut la jawabnya! hahahaaa....

    ReplyDelete
  2. Simpan laptop dalam laci b0ntot dia!
    Masalahnya kita tak jumpa butang setting nak private. Mampos!

    ReplyDelete