Thursday, January 19, 2012

Senaman pagi.


Lepas solat subuh, gua terus berlari dari ruang tamu ke dapur, dari dapur ke ruang tamu, dari ruang tamu ke beranda, dari beranda sembunyi pula bawah meja. Kemudian berlari semula ke dapur, ke ruang tamu. Lakukannya berulang-ulang sebanyak mana yang mampu.

Gua pun hairan sejak dua menjak ni kucing gua rajin betul ajak gua bersenam. Lepas tu sama-sama semput. 

Baru gua perasan yang kucing gua ni ada satu tabiat yang agak pelik. Dia tak boleh dengar bunyi nafas orang semput. Kalau dia dengar dia akan jadi marah dan kejar. Gua selalu nyakat dia buat-buat nafas semput kuat-kuat. Nanti dia kejar lepas tu dia gigit kaki.

Sekarang gua nak kena mandi dan bersiap-siap. Pagi-pagi Jumaat macam ni gua kena masuk UTM nak kasi settel jumpa dengan abang technician. Kalau dia tak kasi guna machine tu memang gua terajang kepala dia sampai dia kasi pakai machine tu.

Semoga urusan pagi gua hari ini diberkati tuhan.


2 comments: