Thursday, August 11, 2011

Objek Seks.



Aci sesondol berdurasi tinggi perlumbaan.

Kaberater berkembar Mikuni PHH 40. Seksi kan?

Dah gua kata kaberater tu kadang-kadang boleh jadi objek seks. Macam lagu dari Worlds Collide-Object Of Desire. Objek yang boleh mendatangkan berahi. Objek yang boleh buat jantung kita berdegup kencang dan bulu roma meremang serta dahi berpeluh. Objek yang diidam-idamkan oleh kebanyakkan manusia lelaki macam gua. 

Apabila ia mengeluarkan bunyi mengerang dan seksi sebegini pasti akan membuatkan sesiapa pun yang meminati dan mendengarnya jadi berahi, ingin bersenggama dan akhirnya klimaks!

Ada satu kes berlaku di England dimana seorang pemuda menjadikan kaberater sebagai objek melakukan onani. Ini cerita benar yang pernah keluar dalam tabloid di England. 

Kombinasi kaberater berkembar dengan aci sesondol berdurasi tinggi adalah pasangan paling ideal untuk mendapatkan klimkas yang lebih cepat dengan tork yang lebih tinggi. Semangkin tinggi durasi aci sesondol, maka semakin kuat bunyi yang terhasil dari corong kaberater. 

Pada gua, penggunaan kaberater berkembar ini wajib dalam kelompok main kereta lama. Biarlah kereta buruk macam mana pun, yang penting kaberaternya berkembar! Tak kisah walaupun dengan menggunakan enjen asal. Ini umpama seorang makwe memakai g-string. Walaupun makwe tu tak cantik dan gemuk tapi bila dah pakai g-string otomatik jadi sedap. Mendatangkan berahi juga. Faham?

Kesimpulanya gua cuma nak beritahu yang Cik Corona adalah tergolong dalam kategori seksi dan boleh mendatangkan berahi. Itu sahaja.

Bulan puasa nanti kurang-kurangkanlah tengok kaberater dan video-video yang berkaitan dengannya. Risau boleh membatalkan puasa pula nanti.

Apa pun selamat berpuasa dan semoga kita menemui keberkatan dariNya.



3 comments:

  1. lu sembang. 400m lah kalau berani!

    ReplyDelete
  2. Seksi-seksi cik Cor0na p0n dia kena carik bini jugak!

    ReplyDelete
  3. Do уou minԁ if I quote a couple of уour рosts as long аs
    I provide credit and sourсes back to yοuг weblog?

    My blog is in thе very sаme area of intеrеst as yourѕ and my useгs would genuinely benefіt from
    sοme of the information you present here. Please let me know if this okay
    with you. Many thankѕ!

    my ωeb page; iphone dev team

    ReplyDelete