Wednesday, August 10, 2011

Kad raya bersampul surat dan setem 50 sen.


Pada zaman imperialis dan modenasasi macam sekarang ini, orang dah tak pandang sangat dengan penggunaan kad raya bersampul surat dan bersetem. Kebanyakkan orang lebih selesa dengan menggunakan email, Facebook, Twitter dan apa benda medium elektronik lain untuk menghantar kad ucapan. Lebih jimat dan pantas katanya. Memang itu gua setuju.

Sedangkan gua masih lagi beratur di pejabat pos untuk membeli setem dan mengepos sejumlah kad-kad raya untuk dikirim kepada teman-teman. Gua masih lagi setia dengan scene jilat setem walaupun gua sudah berstatus pengguna internet yang tegar. Gua perlu memerah otak untuk menulis bait-bait ayat agar tidak nampak sama kesemuanya. Gua perlukan pen yang berdakwat sedap untuk menulis. Gua perlukan modal untuk setiap keping kad ucapan. Itu semua namanya passion. Tahu?

Entah kenapa memang sejak dari dulu lagi gua tidak berapa minat dengan gaya elektronik. Gua masih selesa dengan gaya pos. Ada perkara boleh diselesaikan dengan internet, dan ada hal yang akan lebih bermakna jika kita dapat merasainya secara realistik. Dapat tengok tulisan dan baca kreativiti pengirim. Aura dia lain. Ada nilai sentimental yang mungkin tidak ada pada medium elektronik.

Kalau zaman muda belia dulu, gua ingat bila tiba menjelang musim perayaan, berpuluh kad raya juga habis gua kirim pada teman-teman. Sampai satu tahap terpaksa mengaplikasikan teknik kitar semula setem sebab bajet untuk beli setem tak berapa kukuh. Bila dapat balasan dari mereka gua akan gantung kad-kad raya tadi pada ranting kayu yang telah diubah suai dan diletakkan diruang tamu. Konon-konon nak tunjuk pada tetamu berapa banyak kad raya yang gua terima pada setiap tahun. Tapi itu dulu, sekrang ni kalau dapat balasan pun gua akan simpan dalam bilik sahaja.

Yang sebenarnya gua baru lepas kirim lima belas kad raya pada teman-teman. Tahun ini dia punya semangat memang lain sikit. Entah siapalah dikalangan kawan-kawan yang bertuah sebab dapat kad raya dari gua. Mana alamat yang ada dalam simpanan, itulah yang gua kirim. Walaupun setiap tahun gua tak dapat cuti raya, tapi kad raya tetap juga gua kirim.

Dan sekarang lidah gua sudah rasa kebas sebab jilat setem banyak sangat tadi. Harap-harap gua tak tertelan perasa setem sampai masuk dalam perut. Menjilat setem pun dah dikira makruh. Tapi nak buat macam mana gam pun terlupa nak bawa. Aduhh....


3 comments:

  1. nk dapat 1 pon payah, nk bg kwn2 sume da pindah ;(

    ReplyDelete
  2. guna la air paip. leh jugak basahkan. ke air liuq lebih lekat? anyway. syabas atas cara tradisional yg masih dpraktiskan samapai skg :)!

    ReplyDelete