Saturday, August 20, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA TOYOTA 2011



Okey, kepada yang belum tahu atau tidak pernah ingin ambil tahu, ini ada sedikit berita dari kawan untuk kawan. Kalau ada sesiapa yang rasa berminat dan rasa berkelayakkan dengan acara ini, dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Gua tolong-tolong promote jer. Sekian terima kasih.

President
Kelab-Kelab Toyota
Malaysia

Tuan,

JEMPUTAN KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA TOYOTA 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa satu JAMUAN HARI RAYA anjuran Toyota Melaka Club & KUPETO akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut. 

Tarikh : 2 October 2011 (Ahad)
Masa          : 08.00am - 18.00pm
Tempat : Stadium Tampin. Tampin,Negeri Sembilan

3.Oleh yang demikian saya mewakili Toyota Melaka Club & Kupeto,cdengan berbesar hati ingin menjemput Kelab-kelab Toyota yang ada di Malaysia ini untuk hadir pada majlis Jamuan Hari Raya Toyota tersebut.

4.Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara ahli-ahli kelab dan pemilik Toyota yang terdapat di negeri Melaka & Negeri Sembilan secara amnya dan Malaysia secara khususnya bagi mewujudkan satu jalinan kerjasama ke arah perkembangan kelab permotoran yang lebih efisyen dan efektif.

5.Sehubungan dengan itu pihak Toyota Melaka Club & Kupeto amat berbesar hati & berharap agar tuan dapat mengahadiri majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan akan dapar memeriahkan lagi majlis ini. 

6.Bersama-sama ini juga disertakan aturcara majlis utuk makluman dan perhatian pihak tuan. Pihak Toyota Melaka Club & Kupeto juga memohon jasa baik tuan agar dapat memberi maklum balas kepada pihak kam, ini adalah bertujuan untuk pihak kami menyediakan kelengkapan dan persediaan di atas kehadiran tuan pada majlis tersebut. Kerjasama dan keprihatian tuan amatlah diharga, dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Abdul Ghaffar ( Apai ) Bin Abd Aziz
Penasihat & Urusetia Jamuan
TMC & Kupeto

Parking & Kemudahan

1.Kawasan Jamuan ini hanya boleh memuatkan sebanyak 300 buah kereta  sahaja
2.Sebuah Pentas
3.Tandas
4.Kawasan Permainan kanak-kanak serta taman rekrasi
5.Gerai Makan

Bayaran

1.RM40.00 akan diberi T-shirt jamuan, pas masuk, keychain

2.RM30.00 akan diberi cenderahati, pas masuk & keychain

3.Kanak-kanak percuma.

Bayaran adalah untuk menampung kos makan minum secara buffet, sewa, khemah, kerusi meja, DJ & P.A sistem, pas masuk, keychain, cenderahati, hadiah, plag jemputan, juri jemputan untuk acara donut & wartawan serta lain-lain pengurusan.

Kami harap anda faham ini adalah majlis jamuan hari raya sudah tentu kita perlukan makanan yang sesuai dengan suasana hari raya.

4.Tarikh Akhir semua bayaran pada 18 September 2011. Tidak ada penambahan selepas tarikh ini, kami harap anda faham kerana kami perlu tempah baju, keychain, pas masuk dan cenderahati untuk semua peserta. Saya harap semua peserta akan membuat bayaran melalui kelab masing-masing dan yang tidak mempunyai kelab boleh membuat bayaran melalui kelab-kelab Toyota yang berhampiran dengan anda, bagi pemilik olskool selain dari Toyota boleh membuat bayaran melalui olskool.org atau mana-mana kelab Toyota yang berhampiran dengan anda. Ini adalah penting bagi memudahkan segala urusan. Baju,cenderahati, pas masuk dan keychain akan diserahkan kepada president / wakil kelab sahaja.

5.Semua bayaran perlu diserahkan kepada Pengurus Kewangan Jamuan Raya saudara Khairul Azmi Bin Abd Ghani No Akaun MayBank 154071041673, no telefon 012-2548758 ( sila maklumkan kepada beliau setelah anda bank in duit dan sila simpan penyata bank tersebut )

Pertandingan.

Semua peserta berbayar dibenarkan menyertai semua pertandingan yang diadakan tanpa sebarang bayaran dan pihak kami tidak menjanjikan hadiah yang lumayan kerana matalamat utama kami adalah jamuan hari raya dan semua pertandingan yang diadakan hanyalah sekadar untuk memeriahkan lagi suasana jamuan ini.

1.Karaoke : 10am>3.30pm
a. Hanya perlu jumpa DJ yg bertugas 
b. Akan diadili oleh DJ yg bertugas

2.Autoshow : 10.30am>12.00pm
a. Smart Car: LE, SE,SEG, EP dan lain-lain yang sesuai
b. KP, KE, Celica, Corona dan lain-lain yang sesuai

Peringatan : Untuk pertandingan Autoshow jika ahli kelab anda ramai yang hadir kami akan had kan penyertaan.

3.Burn tayar / Donut : 2.00pm>3.30pm

Disini kami suka mengingatkan bahawa semua pertandingan yanag kami sediakan hanyalah sekadar memeriahkan lagi jamauan hari raya ini dan kami tidak menjanjikan hadiah yang lumayan.

Nota Penting.

Kami hanya menghadkan penyertaan kereta pada 300 buah kereta tetapi kami tidak menghadkan penyertaan peserta. Tiada had kemasukan yang dikenakan. Anda hanya perlu bayar ini adalah disebabkan setiap peserta akan diberi pas masuk dan yang paling penting adalah untuk budget makan dan minum.

Aturcara Majlis

7.00am : Ahli TMC & KUPETO mula berkumpul di Parking Stadium Tampin untuk sarapan pagi & sessi taklimat tugas

8.00am : Susun kereta mengikut model yang telah di tetapkan,

9.00am : Ketibaan wartawan daripada Majalah Myrides 

9.00am : Ketibaan semua kelab toyota dan susun kereta
1. Toyota Melaka Club
2. Kupeto Motosports 
3. AE80_Groups
4. Classic Celica Club Malaysia
5. EPMC
6. 4AE_Owners Club
7. AEJB
8. Olskool.org
9. AE86_Owners Club
10. X-series
11. Coroller'z Ipoh Owner's Club
12. TOMAN
13. KEKELTU
14. T-Utara
15. STT Sahabat Toyota Taiping
16. Toyopet Gombak
17. KBAE
18. Kaizen Motosports Kuantan

Tolong update jumlah kereta jika ahli kelab anda telah buat bayaran.

10.30am : Taklimat kepada semua Juri Autoshow & mula beri markah

12.15pm : Bacaan Doa oleh

12.30pm : Jamuan Makan & Solat Zuhor

2.00pm  : Pertandingan Burn Tayar & Donut

3.30pm  : Ucapan President TMC & KUPETO

3.45pm  : Penyampaian hadiah & cenderahati

4.30pm  : Sessi bergambar dengan Majalah MyRides

5.00pm  : Aktiviti bebas & Bersurai


4 comments:

  1. pahang coming soon, tahun depan!tapi tak sure kat belah mana.

    ReplyDelete
  2. aah.wat r kat pahang gak.leh koi join...

    ReplyDelete
  3. My brothеr recommendеd I might like thiѕ website.
    He ωas entіrely гight. This ρost truly maԁe mу ԁaу.
    You can not іmagine just how much tіme I had spent for thiѕ info!
    Τhаnks!

    Αlѕo visit mу blog; unlock apple iphone

    ReplyDelete