Wednesday, August 24, 2011

Kemaskini memori


Hari ini kerja gua tidak berapa banyak dan gua rasa sangat boring. Kontena yang gua angkat hari ini pun tidak sampai empat puluh ketul. Jadi gua rasa sangat boring. Henpon pula gua rasa dah lebih berapa jam senyap tidak berdering. Gua perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan benda-benda sunyi ini.

Jadi gua pun cuba kemas kini henpon gua yang teknologinya dah hampir sepuluh tahun ketinggalan. Teknologi yang ada pada henpon ini gua rasa dah tidak berapa releven sangat dengan dunia siber sekarang ini. Memandangkan gua rasa henpon gua ini dah rasa berat semacam dengan benda-benda yang tidak berfaedah, gua pun ambil langkah untuk buang mana-mana file yang tidak perlu yang kebanyakkannya gambar posing. Eh, file gambar makwe lama pun masih ada juga.

Langkah pertama adalah mengemaskini semua nombor telefon yang ada. Gua semak satu persatu nombor yang ada. Ada yang masih aktif dan ada juga yang sudah bertahun tidak berhubung. Untuk mengetahui sama ada nombor tersebut masih aktif atau tidak, jadi gua terpaksa 'miscall' hamir setiap nombor. Agak mana yang dah tidak ada dalam perkhidmatan memang segera gua delete.

Bila gua kira-kira hampir dua puluh persen juga nombor yang ada didalam henpon gua ini dah tamat perkhidmatan. Tidak pasti samada pemiliknya sudah meninggal dunia, hidup lagi atau sudah bertukar nombor. Gua malas nak fikir panjang, lain kali kalau rasa-rasa nak tukar nombor tu kasi tahu kawan-kawan dululah. Mana yang gua tahu sudah meninggal dunia tu gua simpan untuk dijadikan kenangan. Mana yang reply semula 'miscall' gua dengan hantar pesanan ringkas berbunyi "siapa disana?" gua terus delete. Manusia jenis macam ini memang tidak patut ada dalam simpanan telefon bimbit gua. Tidak kira atas alasan apa pun.

Mana yang pesen, tahu-tahu "eh, saya dah lama mendirikan rumahtangga, awak apa khabar?, lama tak dengar cerita?". Ini pun satu penyakit juga. Memang gua delete. Pesen mendirikan rumahtangga pun tidak kasi tahu, kemudian baru sibuk-sibuk nak tanya lama tidak mendengar cerita. Kebanyakkan kes yang seperti ini adalah datangnya dari kawan-kawan perempuan. Gua hairan. Perempuan ni pesen kalau dah jumpa pakwe memang dia akan terus senyap dari kawan-kawan lelaki ke macam mana?. Seratus peratus kehidupan pasti akan berubah bila sudah bertemu dengan teman lelaki berdurasi tinggi.

Kebanyakkan nombor telefon kawan-kawan kepada makwe lama gua memang gua dah delete. Gua anggap sahaja kami sudah tidak ada apa-apa urusan lagi. Memandangkan kebanyakkannya pun sudah senyap seribu bahasa lebih dari dua tahun. Sudah berumahtangga juga barangkali. Biasanya status bergini adalah bertunjangkan prinsip 'berkawan kerana kau kawan dengan kawan aku' jadi bila gua sudah tidak ada hubungan dengan makwe lama, gua terpaksa delete juga kerana 'aku dah tak kawan dengan kawan kau lagi'.

Tapi folder gambar-gambar lama memang gua steady tak buang pun. Itu kena simpan. Gua akan buang bila gua bertukar pakai telefon bimbit baru. Maknanya bila gua pakai telefon bimbit baru, telefon bimbit yang sekarang ini, dengan segala isi yang ada didalamnya akan gua semadikan didalam bilik tidur gua di dalam kotak asalnya dan gua akan simpan dibawah katil bersama khazanah-khazanah yang lain. Itu sahaja jalan penyelesaiannya. Biar dia hilang sendiri ditelan kulat-kulat siber.

Eh, nanti cerita lagi, ada banyak pula kontena gua nak kena angkat!



5 comments:

  1. wa mmg setuju bab kawan pompuan tu. lepas ada bf or suami terus senyap. padahal sebelum tu bukan main baik dengan wa.

    ReplyDelete
  2. Dai p0n sama! Mentang-mentang raya nanti dah nak kawen!

    ReplyDelete
  3. We are a gгoup оf volunteеrs and opеning a bгand nеω schеmе in our community.
    Your webѕіtе ρrovided us wіth νаluable info
    tο ωorκ on. You have done a formіdable ϳob and our entire
    community will be grateful to you.

    Неre is mу web-sitе jailbreak iphone

    ReplyDelete