Thursday, May 19, 2011

Kek Coklat

1. Satu cawan koko.
2. Dua cawan gula kasar.
3. Dua cawan tepung.
4. Satu cawan air suam-suam kuku.
5. Satu cawan susu cair.
6. Satu cawan butter ( kasi cair dulu )
7. Dua biji telur masin.
8. Satu sudu bicarbonat
9. Satu sudu baking powder atau bedak sejuk.

* Kalau nak lebih realistik dan sedap, boleh tambah dua batang gigi Timmi dan segengam ikan bilis.


Cara-cara.

Campurkan koko, tepung, gula kasar, baking powder atau bedak sejuk dan bicarbonat. Lepas tu godak semua bahan-bahan tadi sampai rata dan sebati.

Lepas tu masukkan air suam-suam kuku, susu cair, telur masin, butter didalam adunan tadi. Ulang langkah pertama tadi iaitu godak sehingga rata. Selagi tak rata jangan berhenti.

Boleh dikukus atau dibakar atau digoreng. Jika dibakar pastikan suhu pada 120 atau 130 darjah selsius. Tapi mungkin akan mengambil masa yang lama sedikitlah.

Suhu tu ikut sukalah. Untuk memastikan kek tadi dah masak ataupun belum, boleh jenguk setengah jam sekali. Kalau tak berapa konfiden boleh tenung kek tu lama-lama sampai ada perubahan. Jangan sesekali berganjak.

Kalau masih tak puas hati boleh cuba cucuk kek tu dibahagian tengah. Kalau dah masak biasanya dia tak melekat.

Kalau melekat maknanya dia belum masak, dan teruskan usaha untuk menunggu dan mencucuk. Ada sesetengah kes dua hari menunggu pun masih juga melekat. Dalam kes ni mungkin ada bahan yang terlepas pandang.

Nasihat gua, kalau nak buat kek coklat pastikan tidak ada sebarang gangguan. Tidak digalakkan buat kek coklat sambil overhaul enjen kereta atau menjahit baju.

Ok. Selamat mencuba.


Contoh kek coklat yang menjadi. Penat gua buat semalam!



8 comments:

  1. ai, gua bagi resipi kek pun kena marah?

    ReplyDelete
  2. jgn ikut resepi mengarut pak din

    ReplyDelete
  3. adoii..gelak giler aunty baca N3 ni..

    ReplyDelete
  4. kalau saya ikut resipi neh,takde yg sakit perut ke?

    ReplyDelete
  5. kehkeh
    gua nak try buat guna pembakar roti ah..

    ReplyDelete
  6. Gile hape nak buat kek sambil overhaul enjin keta!

    ReplyDelete
  7. aku sokong.ni entry pancing ni!-eleanor

    ReplyDelete