Sunday, April 10, 2011

Hamster yang aneh

Ada satu kejadian aneh berlaku dalam rumah gua malam tadi. Hamster yang gua beli tempohari untuk dijadikan makanan bagi ular terlepas dari kotak. Ini terjadi bila mak gua perasan kucing gua yang bernama Thamser tu sedang bergurau-gurau dengan hamster tu. Anehnya kucing gua tu langsung tak ada niat nak mencederakan hamster tu. Elok jer dia dua orang bergurau. Tak ada sebarang kecederaan langsung pada hamster tu. Bukan yang gua tau kucing makan hamster ker? kalau tak makan pun gua syak mesti kena gigit. Ke kucing gua ni pesen penakut dengan hamster? Aneh...

Akibat panik bila ternampak kucing gua tengah bergurau dengan hamster tu, mak gua lekas-lekas masukkan hamster tu kedalam kotak semula ( rumah sementara ). Risau juga kalau hamster tu kena makan dengan kucing, padahal nak buat makan ular. Tak, sebenarnya mak guua memang selalu kesian dengan apa jenis haiwan pun.

Selang beberapa jam selepas itu, gua tengok kotak yang berisi hamster tu dah kembali kosong. Ada kesan dua lubang besar. Gua yakin ini kerja hamster tu untuk meloloskan diri. Okey, gua admit mungkin hamster tu dah mati sebab gua dah cari satu rumah pun tak jumpa. Mungkin Senyum dah makan agaknya. Secara otomatik kotak ( rumah sementara ) tu mak gua pun letak la kat luar sebab dah kosong. Dah tak ada motif nak simpan lagi.

Selang beberapa jam kemudian, gua terdengar bunyi benda kais-kais dari dalam kotak yang mak gua dah campak kat luar tadi. Kerana rasa curiga gua pun bukak kotak tu semula. Rupa-rupanya hamster tu masih ada lagi. Panjang umur dia. Pandai pula dia balik rumah semula ya.

Kesimpulan dari kejadian tadi :

  1. Kucing dan hamster memang boleh jadi kawan baik sebenarnya.
  2. Hamster sejenis haiwan yang reti balik rumah. Lebih kurang macam ayam dan sikit-sikit macam makwe.
  3. Gua tak jadi nak kasi ular makan hamster ni, sebab dah timbul rasa kesian.
  4. Hamster ni akan hidup bebas didalam rumah gua seperti mana kucing-kucing gua yang lain.




Banyak benda yang lu boleh belajar sebenarnya kalau lu rajin bergaul dan berinteraksi dengan haiwan.

10 comments:

  1. teringat pulak hamster saya Chan Chan yang mati bunuh diri terjun dari tempat tinggi masa saya tengah basuh cage dia..:(

    ReplyDelete
  2. buat hari terbuka zoo KLMJ la. stail.

    ReplyDelete
  3. yela..haiwan kalau xpaham perasaan kita p0n xpe..
    kalau manusia ni sakit jugak nak layan..emm

    ReplyDelete
  4. Banyak benda boleh belajar dari binatang ni... dulu masa pembunuh paling pertama nak setelkan mayat, dia tiru binatang lah... (baca Qabil dan Habil putera Nabi Adam - Al Ma’idah: 31).. tapi setakat ni aku bela nyamuk je dalam kereta... ada elergik dengan binatang berbululah...

    ReplyDelete
  5. woi... tu tikus woi... hamster lagi comel... cam hamster aku...

    ReplyDelete
  6. bukti kau kasi ulo kuning ko makan hemster tu ade dalam henpon aku ni.aku post kang haa...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete