Friday, April 8, 2011

Barang lama untuk dijual.


Hari ini Sabtu dan gua tak tau apa nak buat. Bangun pula awal. Time hari kerja bukan main susah pula nak bangun, tapi time cuti bukan main senang lagi. Matahari belum terbit gua dah bangun. Tapi tak kisah sekurang-kurangnya ada banyak benda gua boleh buat bila dapat bangun awal. Lagi pun semalam gua dah tidur awal. Lagi pun lelaki yang suka bangun awal memang sesuai sangat di buat suami.

Okey, kerja pertama yang gua nak buat pagi ini ialah gua nak kasi tau yang Roots isu sembilan ( seperti gambar diatas ) masih ada sikit stok lagi. Kalau rasa nak baca benda-benda mengarut hasil dari nukilan gua, boleh dapatkan direct dari gua. Sumpah benda macam ini lu tak akan jumpa kat kedai MPH, Badan Book Store atau mana-mana kedai mamak.

Roots isu sembilan ni benda lama, rilis pada tahun 2008. Jadi kalau lu baca jangan harap dapat baca benda-benda yang terkinilah. Tahun 2008 mungkin gua masih bersedih lagi dengan macam-macam hal. Kalau sekarang ni memang gua dah super hepi. Kah kah kah. Oh ya, kalau nak tau sejarah KLMJ, lu boleh baca dalam Roots isu sembilan ni.

Masa gua jual benda ni dulu harganya RM10 tidak termasuk kos penghantaran. Sekarang ni kalau lu pandai kipas gua sikit, kata-kata manis sikit, silap hari bulan gua boleh kasi lu free sahaja. Sebenarnya gua dah malas nak simpan benda-benda lama dalam bilik kecik gua. Cukuplah gua simpan senaskah buat rujukkan gua di masa akan datang.

Okey, kalau ada yang berminat boleh kontek gua segera.


Sekian terima kasih.

3 comments: