Thursday, March 3, 2011

Palat tu sebenarnya manis...

Dua tiga hari ni hati gua selalu gundah. Tak senang duduk. Tak sedap nak makan nasi. Tido pun tak berapa nak lena walaupun hari-hari bangun pukul sebelas sampaikan nak mandi pun dah jadi malas. Ini semua gara-gara teringatkan sorang makwe. Makwe, makwe. Lu ingat gua suka ker berhadapan dengan perkara-perkara palat macam ni? Lu ingat gua suka? walaupun tak suka, gua tetap kena setel juga. Jangan kata gua la, Farid Awaludin pun belum tentu dapat setel masalah macam ni. Servis enjen kereta boleh la dia. Ahhh, lu sendiri pun kadang-kadang mengeluh juga pikir pasal pakwe kan? kan?

Dalam keadaan hati yang gundah macam ni pun sebenarnya tangan gua ligat menghasil dan menyiapkan sesuatu. Dia punya spirit lain macam pula dalam hal ni. Hati gundah, tapi hasil kerja tangan makin power pulak. Time hati riang, nak buat kerja apa pun tak sedap. Nak tukar kepala paip bilik air pun malas. Asik dibelenggu kesedapan saja sampai semua kerja jadi malas nak buat.

Gundah dihati sebenarnya merangsang pergerakkan tangan untuk berkerja dengan lebih teliti dan sentiasa berhati-hati. Otak akan menghantar isyarat merah kepada tangan dan seluruh jari jemari supaya lebih berhati-hati bila bersemuka dengan mana-mana makwe, tak kira la yang panas tau yang sejuk. Sebab makwe ni pada gua terlalu fragile. Halus, mulus, kecik dan senang hilang kalau lepa. Tak boleh buat silap sikit. Pantang silap atau terlajak kata, maka selamat tinggal lah jawabnya. Semuanya kena sempurna. Kalau tak selamat tinggal pun, paling celaka dia akan senyap seribu bahasa untuk satu tempoh yang gua sendiri pun tak tau. Lagi parah, tiba-tiba kad jemputan kahwin sampai rumah.

Sebab tu kerja-kerja tangan gua dua tiga hari ni penuh dengan hati-hati. Tak boleh mengigil sama sekali. Kalau gigil alamtnya memang keparit! Gua menfokuskan benda dihadapan mata gua ni sebagai makwe yang buat gua gundah tadi. Makwe yang gua minat untuk satu tempoh terdekat ni. Tak boleh silap. Tak boleh terkucil. Layanan kena mesra dan manja. Semua kena buat dengan sempurna. Kalau salah memang bersememeh la hasil dia. Gua pulak memang jenis tak suka hasil kerja yang kucar kacir. Meja tempat gua buat kerja ni pun perlu selalu kemas. Selama tiga hari jugalah gua mengadap benda-benda kecil dan fragile ni. Tak. Sebenarnya dari minggu lepas lagi.

Dan hasilnya malam ni kerja tangan gua dah siap hampir sepenuhnya. Tinggal nak finishing sikit-sikit jer. Kasi polish dua tiga round, mesti puas hati. Setakat ni gua memang berpuas hati walaupun memang ada kejadian maki-maki kecil tadi. Tapi gua berjaya cover balik dengan Istighfar banyak-banyak. Tak baik maki-maki makwe. Makwe ni insan yang lemah mak gua pesan masa gua gagal dalam bercinta dulu. Sebab tu gua semakin berhati-hati sekarang ni. Suspen sekali bila ada yang nak terkucil tadi.

Alhamdulilah AE86 dapat juga gua siapkan. Dan enjen Skyline yang twin cam tu pun gua berjaya siapkan dalam masa beberapa hari ni. Hasilnya akan gua pertontonkan untuk bulan April nanti. Kecemerlangan hasil kerja tangan gua dua tiga hari ni adalah gara-gara penangan sorang makwe yang jauh dimata tapi selalu dekat dihati. Kah kah kah. Ayat macam gampang! 

Sebenarnya ni kalau gua lambat masuk tido, silap hari bulan esok kebarangkalian boleh terlajak sampai pukul sebelas! Sekaligus akan memungkinkan gua lewat ketempat kerja!




Makwe oh makwe... tolong kejut gua pukul lima nanti yer...

5 comments: