Ok, dalam tangan gua sekarang ni ada sekeping surat yang gua sangat yakin didalamnya berisi kad jemputan kahwin. Baru sampai tadi dan gua rasa gua tak perlu bukak untuk mengetahui segala isi didalamnya. Biasa kalau orang hantar kad jemputan, mana ada nak tulis panjang-panjang. Tanya khabar pun tak ada. Dengan ilmu firasat dan hikmat mata peringkat ke tiga yang gua miliki, gua dah tau dari mana kad jemputan ini datang dan siapa pengirimnya. Sebenarnya masa surat ni dalam tangan posman lagi gua dah tau.
Tapi malangnya buat masa sekarang ni gua memang tak mampu nak pergi mana-mana jemputan kahwin, hatta adik gua punya majlis belah lelaki sendiri pada 19hb ni pun gua tak dapat nak datang. Jangan tanya kenapa. PTP kalau tanpa tenaga gua memang kucar kacir nanti. Jadi sebagai pekerja yang berdedikasi gua korbankan semua yang gua rasa perlu demi kerjaya gua sebagai kakitangan PTP. Ikhlas tak ikhlas itu belakang cerita. Sebakul maki hamun tetap ada sebagai pengiring.
Namun gua bersyukur juga, walaupun jarang sangat jumpa, tapi lu masih ingat kat gua dengan melayangkan kad jemputan ni. Tak macam sesetengah kawan-kawan gua yang lain. Selalu jumpa, selalu lepak sama-sama pun boleh lupa kasi gua kad jemputan kahwin. Kalau jenis makwe pulak, cakap tak ada pakwe, tak ada orang nak. Kemudian amik masa untuk menyepikan diri buat seketika. Tiba-tiba gua dapat tahu dah ada pakwe dan bakal mendirikan rumahtangga. Ini kes paling banyak berlaku dalam diri gua. Makwe jenis ni gua pun tak reti nak kategorikan macam mana. Palat memang palat!
Gua kenal dengan pengirim kad jemputan yang gua terima hari ni memang dah lama. Sejak dari tingkatan satu lagi. Sama-sama jadi pengawas disekolah sampai tingkatan lima. Sama-sama jadi hardcore lepas sekolah. Sama-sama ada masalah dalam percintaan, sama-sama pernah keparit walaupun tidak pernah bercinta dengan makwe yang sama.
Kalau lu orang pernah baca Roots isu pertama, nescaya lu mesti kenal dengan kawan gua yang satu ni. Orangnya hitam manis, tinggi lampai dan peramah bila berjumpa dengan mana-mana makwe. Gua tak heran kalau dia memang banyak makwe sama macam Pipi. Tapi dalam banyak-banyak makwe pun dia selalu keparit juga macam gua. Tapi gua keparit cuma hanya dengan satu makwe. Maknanya gua lagi power kot.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan sekarang dah pun masuk tahun 2011, akhirnya gua terima juga kad jemputan dari dia. Malangnya gua tak tau siapa makwe bertuah kali ni yang berjaya buat dia tertarik sampai nak kahwin. Sebab setahu gua, dia ni memang jenis memilih tahap super. Seksi adalah keutamaan nombor satu. Stylo, vogue, cantik itu semua memang selalu keluar dari mulut dia. Tapi malangnya gua memang dah lama sangat tak amik tahu hal peribadi dia. Siapa makwe terkini dia, dan apa cerita dia sekarang. Yang gua tahu dia masih lagi kerja dengan gomen dan pejabat dia dah berpindah ke Gelang Patah.
Gua sebenarnya nak tau juga siapa makwe merangkap bakal bini dia, tapi apakan daya, masa tidak pernah mengizinkan. Boleh ke lu rasa kalau gua sms dan suruh dia mms gambo makwe dia kat gua? boleh ker?
Secara tak langsung kunjungan kad jemputan ni ke rumah gua mengundang macam-macam perasaan dalam diri gua. Cabaran tu jangan cakap la, setiap hari memang ada punya bila gua tengok kawan-kawan sedap ada makwe dan bini. Bukan gua sengaja tak nak mendirikan rumahtangga. Tapi benda selalunya tak jadi dengan mudah walaupun gua dah berusaha. Sabar. Itu yang mampu gua buat sekarang ni. Nak berak pun kadang-kadang perlukan pengorbanan juga. Tak ada 30 sen jangan harap la lu dapat berak kat shopping kompleks dengan nada lega.
Bila dah jumpa dengan orang yang gua suka, terang-terang kena rejek pula. Bukan senang selama bertahun-tahun gua kumpulkan semangat dan idea untuk cakap "saya suka awak". Berpeluh-peluh juga sebenarnya. Tapi, tak sampai satu minit mudah saja jawapan yang gua terima "saya tak boleh terima awak". Haih, kalau ikutkan hati memang malu besar la. Rasa macam nak lari keliling padang bola sepak sebanyak seratus kali sambil angkat gearbok T55!
Memang. Hakikatnya depan mata bukan tak ada. Tapi adat manusia yang bernama lelaki, sukakan cabaran dan kesusahan. Jadi gua memang tak boleh mengeluh dengan apa yang gua lalui sekarang dan setiap hari pada masa akan datang. Semuanya kerana silap gua juga. Mungkin suatu hari nanti bila keadaan mendesak gua untuk berkahwin, gua akan sakau mana-mana saja makwe yang ada didepan mata. Tak kira siapa.
Tapi sebagai langkah berjaga-jaga kepada semua makwe, sebenarnya gua memang dari awal lagi dah plan nak kahwin lebih dari seorang. Limit tiga orang. Gua kasi tau awal-awal supaya gua tak nak nanti kalau dah jadi bini merungut pula bila gua suarakan hajat gua ni. Gua rasa orang macam gua memang sesuai berbini tiga.
Berbalik pada kad jemputan tadi, memandangkan gua memang tak dapat datang, sebagai seorang kawan yang jauh dimata namun dekat dihati, gua doakan semoga lu sentiasa berbahagia hingga ke syurga disamping bini yang sangat lu cintai.
Eh, bakal bini lu ni pilihan mak bapak atau lu cekidot sendiri?
Iguana dah besar, tapi masih tak jinak. Nanti lu datang amik la yer.
kkkkkkkkkkkental
ReplyDeleteBini 3 din?... hahah boleh boleh.. tapi buat satu-satu dulu..
ReplyDeleteBelum apa2 dh bgtau nk berbini tiga. Iswhhhhhh...tak suka betul
ReplyDelete