Tuesday, March 1, 2011

Nekad

Kerana terlalu tertekan dengan keadaan, Farid Awaludin ( bukan nama sebenar ) tekad untuk keluar dari rumah itu. Dengan berbekalkan tuala mandi, berus dan ubat gigi, sehelai seluar pendek, singlet dan kain pelikat dia membungkuskan barang-barang tadi ke dalam sebuah beg kecil. Dalam hatinya bergetus...

"Lagi lama gua dalam rumah ni, lagi sakit hati gua!, elok gua choww sekarang! "

Tanpa berfikir panjang, dia terus melompat keluar melalui tingkap yang terbuka luas itu dengan segengam dendam.

Tatkala kaki mencecah tanah, telefon bimbit yang disimpan kemas didalam posh beg berdering melantunkan nada Sejiwa nyanyian kumpulan Spring mengejutkan Farid Awaludin. Tanpa menoleh kanan dan kiri dia menyeluk posh beg dah terus menekan punat "answer".

"Assalamulaikum..." Terdengar satu suara lembut dan melekit dihujung corong telefon.

"Walaikumusalam..." Balas Farid Awaludin bergetar tetapi tenang.

"Saya rindu awak, malam ni boleh kita jumpa?" Tanpa segan silu, suara dihujung talefon terus mendesak.

Farid Awaludin tergamam seketika. Baru dia terfikir lalu spontan dia mengeluh "Babi, apasal gua tak tengok nama yang keluar kat skrin telefon tadi!"








Bersambung...

6 comments:

  1. otak dia....gua mana ada seluar pendek,singlet ngan kain pelekat. Pouch bag dengan ringtone lagu spring tu pun lu jek yang tergamak pakai...
    tak real...tak real...

    ReplyDelete
  2. sikit-sikit la, nanti dah masuk tengah cerita gua kasi real la..

    ReplyDelete
  3. kekekeke...jd mngsa din la ko payed...

    ReplyDelete
  4. maksu jeles ngan gua ni din....risau gua...




    hai maksu!

    ReplyDelete