Friday, February 11, 2011

Perahu

Hah, orang kata kalau terlajak perahu, macam mana bersusah payah, separuh mati sekali pun masih boleh ejas lagi kasi undur sikit-sikit pun dah kira ok. Tapi kalau dah terlajak kata, terlajak cerita haram sesen pun kalau diejas separuh mati pun tak guna juga. Pendek kata buruk padahnya. Memang macam celaka la jadinya.

Ahh, kalau tak diluah salah, bila diluah pun salah juga jadinya. Berterus terang salah, bila dah berterus terang sendiri juga yang susah. Hidup ni memang susah. Kadang-kadang memang palat. Kalau dipendam lama-lama, malapetaka pula jadinya. Kalau arak diperam lama-lama mahal juga harganya. Ini , sesen pun tak mendatangkan apa-apa.

Ni semua semalam punya kes la ni. Gua ni memang jenis yang tak reti sangat nak berterus terang bila bicara bab hati dan perasaan. Tak. Bukan tak reti, tapi sebenarnya malu. Bunyi ayat ni memang macam celaka sikit la. Tapi gua kena cerita juga sebab nak kasi lega sikit benda yang ada kat dalam tempurung kepala gua ni. Dah lama sangat bersarang. Silap tune boleh jadi busut jantan. Bahaya, sebab berpenunggu. Gua ingat bila gua berterus terang keadaan akan jadi lebih tenang, tapi sebaliknya pula. Tapi tak ada la sampai gua jadi gila macam dulu kala. Nasip baik antibodi gua sekarang ni dah kuat. Lebih kuat sedikit dari Pipi. Kalau tak keparit lagi la jawabnya. Gua memang dah malas nak selalu lari tune. Bila gua fikir balik lepas gua angkat sebiji dua kontena, cerita malam semalam memang kelakar sebenarnya. Nasib baik lu pulak jenis yang berfikiran terbuka. Ahhh, tapi dalam hati siapa nampak. Keh keh keh

Demi menjaga sebuah persahabatan yang gua rasa sagat berharga dan rare, kadang-kadang kita memang kena berkorban. Korbankan perasaan sendiri la. Perasaan cinta tu buang jauh-jauh la kalau nak menten kawan lama-lama. Suka, tapi terpaksa kata tak suka dan kadang-kadang tak suka, tapi terpaksa kata suka juga. Memang macam gampang. Kalau diteruskan suka tu, maknanya gua akan diberi dua pilihan. Teruskan atau lupakan buat selama lamanya. Mana satu lu nak? nampak macam kejam jer bunyinya. Kenal dah lama, tak kan semata benda kecik macam ni semua nak kena padam. Tak ker rasa rugi? Maka terpaksalah berfikir dengan bijak. Terpaksa amik masa juga. Lepaskan tiga, empat biji kontena baru dapat jawapan.

Sebelum sampan terbalik dan gua mati lemas, manakala lu pulak dapat berenang sampai ke tebing elok gua ejas dulu sampan ni kasi stabil. Kalau hanya itu ubat yang terbaik, yang ada untuk selamatkan nyawa gua dan mungkin lu, maka gua memang tak ada pilihan. Terpaksa telan juga. Bukan telah, tapi kunyah kasi cepat sikit sembuh. Dengan harapan gua dan situasi akan sembuh dan sihat seperti sediakala. Itu kalau sihat? kalau dah makan ubat tapi masih tak sihat macam mana? Ahhh, nasib la.

Gua pun malas dah nak pening kepala dengan benda-benda gampang macam ni. Pergi sana, pergi sini sama juga. Longneck lu dah lama sampai. Cuma tunggu masa yang sesuai jer nak pasang. Harap lu dapat besabar dan jangan ngada-ngada nak merajuk lagi. Bulan April lu ada show. Harap jangan buat perangai lagi. Ok, gua berhenti sini dulu. Apahal pun, gua tetap sayangkan lu Cik Corona!

4 comments:

  1. Cibik ngan Dogleg gua dua-dua jantan,memang takde masalah macam ni

    ReplyDelete
  2. kalau peram kencing boleh kena batu karang.. kencingkan aje..keh keh...

    ReplyDelete
  3. emo stuff shit. fakofff!!

    ReplyDelete