Friday, January 21, 2011

Pengalaman mengosok gigi menggunakan berus jamban.

Gua balik kerja penat. Siang tadi kerja solid. Badan dah lusuh dan berbau haring. Lebih haring dari bau badan Jimbo. Perut pula dah mengelodak mintak nasik. Mulut dah rasa tak sedap kerana asid berlebihan didalam perut. Gua bukak baju, sekadar bertuala. Merenung cermin disinki dapur sambil memicit-micit jerawat yang dah masak. Kemudian mencapai ubat gigi untuk mengosok gigi. Malangnya gosok gigi tidak kelihatan ditempat biasa. Mandi kalau tak gosok gigi pun serupa macam tak mandi juga. Gua mula menyelongkar seluruh pelusuk rumah. Termasuk didalam tank ular. Mana tau kalau-kalau ada yang dengki.

Darah dah semangkin mendidih, balik kerja penat-penat berus gigi pulak hilang. Boxer kalau hilang gua tak hangin sangat. Ini berus gigi! Hampir setengah jam mencari masih juga tak jumpa. Gua terpandangkan berus jamban yang masih berbungus plastik tergantung didalam bilik mandi. Gua rasa benda ni masih baru dan belum digunakan. Gua dapat satu ilham yang tak akan ada pada orang lain. Gua letak ubat gigi perisa strawberi ( adik gua punya ) banyak-banyak, gua tutup mata tanpa berfikir panjang gua terus memberus gigi gua dengan satu perasaan yang aneh.

Masa nak makan nasik, bibir terasa pedih. Baru gua perasan bibir gua pecah didua tempat. Cilaka! sudahnya malam ni gua cuma larat makan roti sebuku  cecah sardin jer!
Kesimpulannya lain kali sediakan berus gigi sebanyak mungkin didalam rumah! dan sembunyikan berus jamban ditempat yang sesuai! Sekian terima kasih.


4 comments: