Sunday, January 23, 2011

Kereta kecik dan tak mandi pagi

Tak mandi, tak basuh muka, tak makan, tak tido, tak sapu sampah, tak basuh pinggan, tak lap Cik Corona, tak balas sms, tak keluar dating, tak gosok gigi. Hari ni dari mula bangun tido sampai la membawa ke maghrib gua pulun siapkan satu kete kecik yang paling hell sekali dia punya cerewet. Semua benda nak kena detail. Banyak parts yang halus dan kecik-kecik. Macam gampang. Dia punya penat sekali letak kepala kat batal memang terus berdengkur. Tapi gua masih belum ada masa nak letak kepala atas bantal sampai la sekarang ni.

Setakat ni gua agak berpuas hati dengan hasilnya. Walaupun masih tak siap lagi, dah terserlah kilauannya. Gua rasa elok gua sambung esok jer.  Belen tenaga yang tak seberapa ni kalau dikerah juga memang boleh memudaratkan. Malam ni adalah masa untuk bersenang-senang. Stamina dan konsentrasi gua dah curahkan pada kereta kecik siang tadi. Gua tengah menunggu makwe datang rumah pikap gua bawak gua jalan-jalan sebenarnya.

Main kereta kecik ni pun sebenarnya sama jer macam melakukan hubungan  kelamin diranjang. Ada perkataan "yesss", ada perkataan "ahhh"  dan ada perkataan "sedappp". Dalam kepenatan ada kesedapan. Penat nak siapkan sebiji kereta kecik, tapi bila dah siap, sedap mata memandang. Lebih kurang macam tu la perumpamaannya. Ramai yang kata main kereta kecik buang masa dan macam budak-budak. Ramai ni merujuk pada makwe sebenarnya. Memang ramai yang tak faham dengan scene kereta kecik. Main kereta kecik pun gua kategorikan sebagai art juga selain dari berlakon teatre, menulis blog, bermain bola sepak, mengambil gambar pengantin, membaiki motosikal dan bermain badminton. Main kereta kecik memerlukan kehalusan tangan dan ketelitian serta konsentrasi yang sangat tinggi. Kalau tangan jenis gigil-gigil dan tak reti sabar, panas baran memang keparit la jawabnya. Nikmat kalau berjaya menyiapkan sebiji kereta kecik sama macam dapat menjaringkan satu gol dalam game bola sepak pada minit pertama.

Gua mula terjebak dengan scene kereta kecik ni pada 22 April 1997. Kereta pertama yang gua beli adalah Toyota Cerumo Exiv edisi JTCC keluaran Tamiya.  Gua beli dekat Plaza Pelangi kedai Ashraf. Sekarang kedai ni dah berpindah ke Danga Street Mall. Masa ni gua main sendiri-sendiri, tak ada kawan untuk share idea dan cara-cara nak buat. Makwe pun masa ni belum ada. Gua buat ikut sedap hati. Dan hasilnya sekarang kereta ni gua dah scrapkan dan jadikan alat ganti. Tapi kotaknya gua masih simpan menghiasi dinding bilik gua. Kalau mengikut perkiraan gua, kalau kereta ni masih sihat lagi, tentu dia  dah jadi  rare model sekarang ni. Dapat simpan kotak pun pada gua dah cukup baik.

Masa terus berlalu dan sekarang gua kembali aktif dalam dunia kereta kecik. Koleksi gua setakat ni hampir menjangkau 30 biji. Itu tak termasuk koleksi yang bukan berskala 1:24. Senang cerita gua memang gila kereta kecik tak kira apa saiz pun. Mungkin suatu hari nanti gua akan gila kumpul makwe kecik pulak.

Okey, gua nak makan nasik. Perut dah lapar.


4 comments:

  1. kah kah kah!lu kategori makwe juga apa..

    ala maksu tu yang sibuk dengan kawan-kawan dia!

    ReplyDelete
  2. Pretty sectiοn of content. I juѕt stumbled upon уouг web ѕite anԁ in acсession capital to assert
    that Ι acquire in fact enjоyed account your blog
    posts. Anуway I will be subѕcribing to
    your augment аnd even Ӏ аchievement you access consistently fast.


    Here іs my web pаge :: jailbreak iphone

    ReplyDelete