Monday, January 24, 2011

Hari cuti berkerja mempengaruhi perwatakkan anda.

 
Menurut satu kajian dari sumber manusia, mereka yang tidak berkerja pada hari Isnin merupakan seorang yang sangat rajin, bijak, jujur, menghormati orang tua, pandai mengemas rumah, disiplin tinggi, tidak suka bercakap bohong, gemarkan sukan bola sepak dan permotoran, minat pada benda-benda antic dan bernostalgia, pandai melukis dan mewarna, tangan tak mengigil, tidak gayat berada ditempat tinggi, berani mengangkat senjata, pandai bersilat, rambut ikal mayang, berat badan yang stabil walaupun kuat makan, gemar makan kek, tidak merokok dan kalau merokok pun cuma hisap sejenis rokok sahaja dan tidak mempunyai teman wanita tetapi sentiasa dikelilingi oleh wanita-wanita cantik.

Mereka yang tergolong didalam kategori ini biasanya memang sesuai untuk dijadikan menantu. Jika mereka berkerja dengan badan kerajaan, mereka ini biasanya duduk ditangga yang teratas. Misalnya jika menjadi guru, posisinya disekolah adalah sebagai guru besar atau guru disiplin, kerana mereka ini biasanya berperwatakkan garang, tegas, muka bengis dan bebadan sasa.  Sebab itu mereka ini tidak sesuai menjadi guru pendidikan jasmani mahupun guru seni. Guru seni dan pendidikan jasmani seperti yang kita tahu  biasanya berperwatakkan lembik, jalan kasut seret-seret dan tangan biasanya kalau berdiri akan melebihi lutut. Berbalik pada kajian tadi, mereka yang garang, bengis dan tegas ini sangat disenangi oleh semua peringkat umur. Baik dari budak umur baru nak masuk sekolah tadika, hinggalah yang dah berjalan menggunakan tongkat.

Bagaimanapun biasanya mereka yang tergolong didalam kategori ini juga sering menjadi buruan para mak janda dan juga duda. Kalau mak janda memang stok yang baru ada anak satu dan badan masih sedap-sedap ( YPM, MILF dan TPI ). Manakala bagi kategori duda pula pasti yang dah tua, rambut beruban, jalan pakai tongkat, panas baran, tak ada bulu dada, kaki pukul dan gemar curi kabel elektrik. Oleh kerana fakor-faktor dan kajian ini, mereka-mereka ini lebih gemar memencilkan diri dengan hanya duduk dirumah melakukan kerja-kerja rumah dan bercucuk tanam.

Untuk mengenali mereka ini bukanlah suatu kerja yang mudah kerana  mereka-mereka ini begitu bijak menyamar diri disebalik batu, daun-daun kering dan tiang lampu. Salah seorang dari mereka yang gua kenal… dah meninggal dunia.

Ahhh kalau gua senang nanti gua sambung balik kajian ni…

4 comments: