Monday, January 24, 2011

Cantik tapi makan tak habis

Perempuan ada sembilan nafsu manakala lelaki pula mempunyai hanya satu nafsu. Perempuan yang cantik biasanya digilai oleh ramai lelaki bengap, manakala lelaki yang kurang paras rupa pula hanya diminati oleh guru-guru dan para ulamak.

Okey, sebenarnya gua nak bercerita hal semalam masa gua dengan Farid Awaluddin pergi makan nasik kat depan Esso Kampung Melayu. Tempat ni memang heaven untuk makanan goreng-goreng dan port cuci mata, cuci kaki dan cuci minda. Menu paling istimewa kat sini adalah Mee Bandung Muar. Tapi bila gua fikir balik, semua makanan kat ini memang sedap. Dari air kosong hinggalah ke sate. Kalau oder nasi lebih atau mee lebih, sekali datang memang penuh sepinggan kawah. Memang puas hati kalau makan time perut tengah lapar. Kalau gua ada makwe memang gua akan bawak dia makan kat sini. Kalau gua tak ada makwe sebab tu lah gua keluar makan berdua dengan Farid. Dan semalam gua order nasi goreng udang. Ini menu pertama gua semenjak gua mengenali tempat ini. Gua mintak nasi lebih sebab dari pagi sampai malam tak makan langsung. Dia punya udang memang hell punya banyak! Seperti biasa teh o panas nipis kurang manis untuk basah tekak. Rasanya dah lebih dari sepuluh kali gua datang makan kat tempat ni, gelas yang gua dapat tetap sama. Gelas Calvin Klein. Gua pun hairan. Orang lain tak pernah dapat gelas / mug yang sama. Gua saja yang selalu sama. Gua rasa makwe lengan besar ni cuba menggoda gua agaknya.

Dalam ramai-ramai kastemer, mata gua dengan Farid hanya tertumpu pada dua orang makwe yang sedang makan berhadapan dengan meja gua. Sorang kurus dan sorang lagi badan sedap-sedap pakai cermin mata. Tapi dua-dua pun memang lawa. Pakai jeans dan tshirt ketat berkasut tumit tinggi.  Gua rasa makwe ni baru balik dari Jusco Tebrau tak pun balik dari berjogging kat Taman Bunga Istana. Gua tengok makanan memang banyak atas meja dia. Gelas ada tiga. Pinggan berisi nasi goreng kampung ada dua dan side menu sepinggan sate. Tapi gua tak sempat pulak nak kira ada berapa cucuk. Susah nak jumpa makwe yang suka makan sate.

Selang beberapa minit gua tengok makwe tu panggil pelayan ( makwe lengan besar muka garang ) untuk mengira harga makanan. Masa ni gua dengan Farid dah geleng kepala dan menyumpah seranah. Gua perhatikan satu persatu makanan yang ada atas meja makwe tadi. Elak gua datang dekat-dekat dan geleng kepala depan makwe tu jer. Jahanam! langsung apa pun tak luak.  Macam tak makan pun ada gua tengok. Gua pun tak tau, makwe punya stail makan macam mana, dan makwe punya stail kalau lapar macam mana pergi dia. Gila apa makan sikit dah tak habis. Lepas tu ada hati oder sate lagi! Gua tengok air pun sama juga. Segelas jer yang habis. Belen lagi dua gelas masih penuh. Air tak mau kalah, sirap bandung gelas besar jug! Gua perasan sirap bandung tu macam belum kena sedut jer lagi. Kalau ikutkan hati, nak jer gua  datang dan sedut cepat-cepat sirap bandung tu kasi habis dan mintak semua  belen makanan yang ada.

Scene makwe ni kalau makan memang jenis selalu tak habis ke apa?  ke kerana terlalu risaukan berat badan? sampai sekarang gua masih belum jumpa makwe yang kalau makan nasik boleh kasi habis. Susah juga nak jumpa makwe yang stail makan macam ni. Makwe kalau makan memang suka sangat membazir. Ishhh, geram pulak gua tengok makwe semalam. Orang lain ada yang hidup merempat, nak makan sesuap nasi pun payah, dia pulak boleh order makanan banyak-banyak lepas tu tak dimakan. Kalau perut kenyang kenapa nak makan lagi? kalau lapar, kenapa pula makan tak habis? sampai sekarang gua masih terfikir stail makwe semalam makan. Apa yang dikatakan lapar dan apa yang dikatakan kenyang.

Ah, yang gua bising-bising sangat ni apahal? bukan gua ada makwe pun! kah kah kah!








9 comments:

  1. teh o ais dia baru sedut suku gelas
    kalo gua,teh o tu dah abis pastu gua tunggu sampai ais tu jadik air dan gua sedut lagi sampai kering


    er...makwe yang belakang gua tu anting-anting dia boleh buat Tsurikawa Hanger kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. nasik tu menangis nanti sape nak jawab? lain kali makan sampai licin pinggan macam maksu makan.keh keh keh.

    ReplyDelete
  3. ni kedai yg u bwk dlu ye? mi bandung muar mmg superbb!!

    ReplyDelete
  4. gua dengan ais2 sekali gua kunyah..ade beran?
    tapi kan ex girlfriend gua dulu makan pelahap juga mengalahkan gua..makan xde cover2 punye.pelahap mengalahkan gua...gua pun suke scene makwe2 makan ni..kehkehkeh

    ReplyDelete
  5. orang lelaki jumpe makwe makan tak habis merungut,makan banyak kata belahak mentekedarah.lelaki oh lelaki.nasib baik gua lelaki yang memahami.

    ReplyDelete
  6. kalau xabis wa cadangkn bungkus bwk blik..pastu bole panaskn blik,makan bile lapar..xpyh nk membazir bli2 lg..xpn kasi kat petom..

    ReplyDelete
  7. betul tu!i makan kalau tak habis mesti i bungkus tau.ape nak malu,i bayar!tak baik tau membazir mak i cakap...

    ReplyDelete
  8. awek lengan besar muka garang tu confirm makan licin. beauty comes with pain.iaitu pain in the ass.

    ReplyDelete
  9. setahun berkawan (belum tunang belum kawin masih status kwan je la kot), dia bgitau aku yg 1st jupa makan dia nak tngok aku abis makan ke tak sebb dia tak bkenan prangai makan tak abis..ooohh aku pun bukk cite sebenarnya 1st jupa aku pun duk tunggu perhati dia smoking ke tak, kalo smoking aku nak pangkah hahahahaahahaah

    ReplyDelete