Tuesday, December 4, 2012

Jemputan kahwin disana sini.




Kad jemputan pertama untuk bulan Disember ni.
Kawan sama tempat kerja.
Sama-sama bawak kren.
Budak Sabah, merantau ke Tanjung Pelepas untuk jadi pemandu kren.
Bertemu jodoh dengan makwe Gelang Patah.
Kenapa aku yang dah bertahun bekerja area Gelang Patah tak pernah jumpa makwe?
Insyallah kalau tak ada aral melintang aku datang.
Bila dah dijemput wajib datang kalau tak ada halangan.
Kalau tak dijemput tak wajib datang walaupun tak ada halangan.

Bulan Disember ni memang musim orang mengawan.
Setiap hujung minggu mesti ada jemputan kawen.
Kawan-kawan kawen, musuh pun kawen juga.
Tapi disebabkan aku bekerja pada hari minggu, kebarangkalian nak datang kenduri kawen memang tipis.
Apa nak buat. Kerja pun jihad juga kalau kita ikhlas kerana Allah.

Kalau setiap hari ada orang kawen, maka setiap hari juga ada orang yang meninggal dunia.
Bila setiap hari ada orang meninggal dunia, setiap hari juga ada ibu yang melahirkan anak.
Aku dah tak tahu nak cakap apa.
Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke syurga.

Tahniah brader!


No comments:

Post a Comment