Monday, November 12, 2012

Sistem down dan camwhore holocaust.














Umum sedia maklum bahawa kehidupan sebagai seorang pemandu kren memang selalu sangat solid dan sibuk sampai ada satu tahap nak korek hidung, nak sikat rambut dan nak cari makwe pun tak ada masa. Eh, nak jawab panggilan dan membalas sms pun berisiko besar juga sebenarnya. Kerja sebagai pemandu kren ni memang memerlukan konsentrasi dan daya fokus yang sangat tinggi dan berterusan. Tidak boleh lepa walau seminit dua. Tidak seperti bekerja dipejabat dimana kita masih boleh betulkan anak tudung atau menyikat rambut sambil membuat kerja. Kalau ada masa lebih sikit boleh buat kerja sambil makan nasik lemak.

Tapi sebagai seorang pemandu kren ni, bila mana kita mula saja memegang joystik masalah dirumah, masalah dengan makwe, masalah dengan kawan, masalah dengan kereta terpaksa kita tinggal dan lupakan buat sementara waktu. Sebaik joystik dipegang, tiada yang lebih penting selain dari benda yang berkaitan dengan kontena. Sebab tu pemandu kren ni biasanya kurang yang ada makwe dan kebanyakkan dari mereka memang pesen lewat berumahtangga. Jadi kalau aku tak jawab panggilan atau membalas sms tu maknanya aku tengah konsentrate pegang joystik la tu. Jadi kalau nak cari pasangan yang boleh membalas sms atau menjawab panggilan 24 jam, carilah pakwe yang berkerja dipejabat.

Tapi sesekali bila sistem down, bila tak ada kerja, bila keadaan sangat tenang dan bila kebosanan menguasai diri, maka inilah jadinya! memang jahanam!

Hehehe.

Camwhore holocaust!

P/s. Kalau nak camwhore sekalipun, biarlah kreatif sikit. Jangan camwhore depan cermin bilik air lepas tu tekan baten snap sendiri. Tak kreatif langsung.

Opss, jangan mandai-mandai save gambar ni dan kemudian mandai-mandai lagi pergi paste kat Facebook ke, Twitter ke atau simpan dalam henpon.


4 comments:

  1. topeng transformer pun ada dlm kren...

    ReplyDelete
  2. Pix lastu tu ala2 ben ashaari siot.hahaha

    ReplyDelete
  3. Oi din... Ko cuti la, aku cover.. Da mkun tenat aku tgk..

    ReplyDelete