Entah.
Sejak aku kenal punk dari tahun 1994,
aku dah disogokkan tentang aktiviti tak sihat yang dilakukan oleh Mc Donalds.
Macam-macam cerita yang aku dengar dan baca.
Semuanya berkaitan dengan penindasan.
Penindasan yang tidak nampak secara mata kasar.
Benda-benda kapitalis ni secara umumnya memang nampak sedap.
Ramai orang konsume.
Terpengaruh dengan iklan.
Kanak-kanak disogokkan dengan mainan.
Orang dewasa disogokkan dengan harga yang murah.
Rata-rata budak punk memang tak konsume Mc Donalds.
Ramai yang serius.
Aku pun serius.
Masa bercinta tak pernah makan di Mc Donalds.
Makwe lama aku pun punk juga.
Dia ada kesedaran.
Dan dia faham.
Punk memang tak ngam langsung dengan Mc Donalds.
Tapi hari ni bila Gaza kena serang,
tiba-tiba ramai yang baru tahu Mc Donalds itu celaka.
Ramai yang mula boikot.
Ramai yang kata Mc Donalds itu sekutu Zionis.
Ramai yang kata macam-macam pasal Mc Donalds.
Itulah, dulu punk dah pesan.
Tapi kau degil.
Kau kata punk jumud.
Sekarang?
Tapi tak kisahlah. Bagus juga bila ramai yang dah sedar.
Punk memang tak ngam langsung dengan Mc Donalds.
Namun kita semua faham.
Iman manusia tidak seperti malaikat.
Maintain. Tidak berganjak. Statik.
Iman manusia seperti roda.
Ada kala boleh melambung sampai ke langit.
Ada kala boleh berada dibawah.
Lebih bawah dari tapak kaki haiwan.
Kalau sepuluh tahun kita boikot Mc Donalds,
Mungkin ada sekali dua kita beratur beli Mc Chiken.
Tapi sekurang-kurangnya kita cuba dan kita sedar.
Perjuangan memang tidak mudah.
Kalau nak mudah elok pergi tidur.
Punk memang tak ngam langsung dengan Mc Donalds.
Memang. Kita memang susah nak boikot semua yang berkaitan dengan
kapitalis.
Lagi-lagi yang berkaitan dengan Zionis.
Tapi rasanya tak salah kalau kita mencuba.
Mencuba dan melaksanakan mana yang mampu.
Rasanya tak mati seorang itu kalau tak pekena Mc Donalds.
Kalau tak percaya cubalah.
Aku dah buat.
Makwe lama aku pun dah buat.
Kami bahagia.
Tapi sekarang dia lebih bahagia dengan orang lain.
Kah kah kah.
Nampak tak?
Bila ramai yang dah mula sedar dan mula boikot,
Mc Donalds dah mula goyang.
Mc Donalds kasi free burger pada semua orang.
Ya, semua orang yang jiwa dan pegangannya boleh dibeli.
Dibeli dengan makanan.
Bukan duit yang Mc Dolands nak dari kita.
Mc Donalds dah lama kaya.
Kalau lima hari kasi orang makan free pun Mc Donalds tak akan bankrup.
Mc Donalds cuma nak sokongan moral dari semua orang.
Itu yang penting bagi mereka.
Memang.
Melayu memang mudah dibeli dengan benda percuma.
Tapi...
Punk memang tak ngam langsung dengan Mc Donalds.
Punk dari dulu dah pesan.
Tapi kau degil.
Masyarakat degil.
Kau cuma tahu punk makan sampah.
Punk selekeh.
Punk tidak bertali leher dan berseluar slack.
Bila dah jadi macam ni baru kau nak sedar.
Punk dah lama sedar.
Punk bukan benda tak senonoh yang selalu kau sangka.
Punk adalah berkenaan dengan kesedaran dan perlawanan.
Punk adalah kaunter kulture.
Punk memang tak ngam langsung dengan Mc Donalds.
P/s. Kau faham tak maksud minimise?
satu benda pun kalau kita mampu buat dengan serius, tetap memberi impak yang besar kepada yang terlibat.
satu benda pun kalau kita mampu buat dengan serius, tetap memberi impak yang besar kepada yang terlibat.
*tepuk tangan*
ReplyDeletePunk mmg tak ngam dgn McDonalds. Mungkin aku dpt ngam dgn punk.
ReplyDeletejgn plak ada yg pegi pukul budak kerja mcd lepas ni.
ReplyDeletesaye bru wat entri psl ni gak,hahaha
ReplyDeleteGua xpenah masuk mcd.awek punye pasal dlu die suruh belanje.tjebak la kejap
ReplyDelete